Rabu, 31 Disember 2014

Coretan terakhir 2014

Ok,woa,where should I start. 2014,rasa sekejap sangat masa berlalu. Masih segar dalam ingatan macamana sabutan tahun baru yg lepas. Masa tu baru habis SPM,tgah berehat lek lek kat umah. Tak sangka,tahun baru 2015 datang dengan begitu cepat.

2014,zuhairi habis sekolah,yea,kenangan zaman sekolah yang tak mungkin dapat dilupakan tamat pada tahun ini. Suka duka tangis tawa semua ada,saat berpisah lepas SPM memang meninggalkan kesan. Ye laaa masing masing bawak haluan sendiri. Dah tak dapat jumpa hari hari.  Dapat lak keje sebagai cikgu tusyen. Alhamdullilah rezeki allah bagi. Mendidik pelajar pelajar merupakan satu coretan sejarah buat zuhairi sendiri. At least kalau anak anak tanya,ayah keje apa dulu waktu lepas SPM,zuhairi akan bangganya menjawab ayah pernah bekerja sebagai seorang guru. Yes,pengalaman 2014 yg tak mungkin dilupakan.

Dapat tawaran masuk KPTM,woaaah dunia baru. Diterima masuk sebagai seorang pelajar business di Kolej Poli Tech Mara Bangi,course UITM business study. Berkenalan dengan kawan kawan baru,yeaahh totally dunia baru. Semuanya mengubah landskap kehidupan. Mengharungi sem 1 dengan penuh suka duka. Semua ini membuat diri lebih matang.

Dan kini 2015 akan menjelma,muka surat baru,akan zuhairi kalerkan seelok eloknya. Inshaallah tahun depan akan jadi lebih gemilang daripada tahun sebelumnya.

Coretan terakhir 2014,semoga perjalanan yang akan ditempuh membawa seribu satu sinar kebahagian. Amin. Selamat tinggal 2014, Assalammualaikum 2015 ^-^

Isnin, 10 November 2014

Wahai Hati

Wahai hati,kau dan aku satu jasad yang sama. Setiap hari kita selalu bersembang berdua. Kau dan aku tiada bezanya. Di saat aku sedih,kau jua sedih. Di saat aku gembira kau juga turut gembira. Di saat aku kesunyian,kau ada menemani,di saat kamu disakiti aku juga terasa peritnya.

  Wahai hati,indah sungguh hubungan yang Allah ciptakan buat kita berdua. Kita saling berkait antara satu dengan yang lain. Jahat kamu jahatlah aku. Baik kamu baiklah aku. Dikaulah rakan karibku sejak dari mula aku dilahirkan. Masih ingatkah saat aku masih tidak boleh berkata kata. Saat aku lapar dan dahaga sewaktu aku masih bayi,aku tidak boleh membutirkan sebutan yang aku lapar. Kau membantuku dengan mengizinkan aku menangis. Masih ingat bukan?

  Kini kita sudah dewasa. Kita sudah berjumpa dengan hakikat dunia yang nyata. Kau dan aku besar kita bersama. Pengalamanku pengalamanmu jua. Kini dunia sudah semakin mencabar buat kita berdua. Kita hidup dalam kalangan manusia yang pada hakikatnya suka menilai diri kita sesuka hati mereka. Sering sahaja manusia disekelilingmu menyakitkan dikau wahai hati. Aku juga berkongsi rasa yang sama.

  Sekali dikau sakit wahai hati,jasad ini turut terasa. Peritnya hanya kita berdua yang tahu. Memang,sudah beribu kali kamu wahai hati terluka akibat dunia. Aku mengerti itu wahai sahabatku.

  Satu yang aku mohon wahai hati. Sentiasalah kuat tak kira apa pun yang terjadi. Sesungguhnya dunia ini amat kuat dugaannya dan aku perlukan kekuatanmu wahai hati. Sentiasalah bisikkan kata kata semangat buatku setiap hari wahai hati. Bantulah aku untuk kuat dan aku akan membantumu untuk lebih tabah.

Wahai hati,aku akan sentiasa menjagamu. Tatkala malam dan siang aku akan menjagamu. Usah lagi kita dengar mulut mulut manusia itu. Usah lagi kita dengar perkara yang menyakitkan. Kelak kita akan gembira disamping orang orang yang kita cinta. Wahai hati,senaskah surat ini untukmu,semoga kau sentiasa tabah...

Isnin, 3 November 2014

Dalam kelip cahaya

Dalam kelip cahaya tersimpan satu rahsia. Aku melihat cahaya menerusi cahaya yang aku sendiri dibutakan olehnya. Dalam kesamaran kelip kelap itu aku terlihat sebuah jalan yang aku ingin tuju. Tapi aku tidak pasti adakah jalan itu yang aku mahu.

  Dalam kelipan itu aku mengenal erti agamaku. Dalam kepayahan putaran 365 arah selatan aku bergelut hebat. Pada mulanya nafsuku mengekang aku daripada terus melangkah. Tapi aku tahu ini adalah kebenaran dan kebenaran takkan pernah mengecewakan.

  Sikap positif aku tanam sedalam dalamnya bagi aku terus kuat. Persetankan sahaja hasutan dan buangkan sahaja segala keperitan. Hanya aku yang mampu membawa aku terbang dan hanya aku yang mampu membuat diriku tenang. Lalu aku memilih untuk terus menjadi pemerhati. Tidak mengungkit dan tidak pula diungkit. Aku mahu menjadi lebih baik dari diriku yang lalu.

  Kelip akan terus berkelip walaupun aku tiada. Tetapi kelip juga akan terpadam jua jika langit mendung berarak awan gelap menghitam menyelubungi cahaya. Apa akan aku biar kelip itu hilang??

  Aku masih membaiki dan aku juga masih ingin dibaiki. Cuma jawapan bagi persoalan tadi,aku takkan biarkan kelip itu terpadam. Aku akan perjuangkan walaupun dalam diam. Biar namaku tidak dikenali tetapi biat hanya jasaku yang berbunyi. Cukup sekadar Tuhan mengetahui apa yang aku miliki dan apa yang aku beri.

  Kelip dan teruslah berkelip. Akan aku jagamu wahai kelip dalam cahaya.

Dia Takkan Menangis Lagi

Bila aku melihat air matanya mengalir,seolah aku sudah mengenalinya begitu lama. Siapakah gadis yang aku lihat tadi? Menangis ditepi jalan dan keseorangan. Ingin sahaja aku menegur dia tetapi aku sudah lambat untuk menuju ke kelas. Sebagai pelajar sem satu aku harus juga menjaga sahsiahku,maklumlah masih baru.

  Di dalam kelas juga fikiranku masih melayang layang terfikirkan dirinya.Arghhhhhh apa semua ini! Aku harus fokus!! Lagi lagi ini subject account,subjek yang paling aku lemah. " Afiq Hadi bin Muhammad Razi"! Huh,tiba tiba namaku dipanggil. "Apa yang kamu buat termenung sensorang dekat belakang tu? Kamu dengar tak apa yang saya ajar dekat depan ni"? Alamak,Madam menegurku. Sememangnya aku sudah termenung sejak awal aku masuk kelas tadi.

  "Saya,saya dengar madam,just tengah ingat balik formula yang madam bagi tadi" balasku sebagai langkah untuk 'cover line ' kesalahanku. "Formula? Apa yang kamu melalut ni Afiq,saya sedang mengajar accounting bukannya matematik. Kamu ni sebenarnya kenapa Afiq? Putus cinta ke"?

Hahahahahahaha,riuh satu kelas mentertawakan aku. Merah padam muka aku dibuatnya. Erghhh malunya akuuuu. "Takdelaaa madam,saya cuma tak boleh fokus je tadi,ada masalah sikit"

"Saya sekarang tak nak tahu masalah awak. Kalau awak rasa awak nak belajar,awak tolong fokus,kalau awak rasa awak nak layan masalah awak tu awak boleh keluar dari kelas saya sekarang" Terkedu aku mendengar kata kata madam Intan Nurbaizura ni. Madam yang paling garang dalam seantero dunia. Kecil je orangnya tapi kalau marah mahu bergegar satu kelas nii. Silap aku juga,kenapa berangan dalam kelas yang paling 'dangerous' nii.

"Maaf madam,saya akan fokus lepas ni".

.........................................................................

Kenapa laaaaa aku fikir pasal dia niii,sampai dalam kelas tadi pon aku tak boleh nak fokus. Ni mesti aku dah kena mandrem ni. Selalunya aku boleh je fokus,lagi lagi dalam kelas madam Intan. Erghhhh seram aku kelas madam ni. Kalau buat salah silap silap boleh aruah dibunuh oleh sentapan kata kata madam.

  Perut pun dah lapar nii,nak pergi makan kejap laa dekat kafeteria. Nasib baik kelas acconting harini habis cepat. Boleh curi masa lepak lepak sekejap sambil makan. Lepas ni kena rushing pergi kelas agama pulak.

  Eh itu bukan............bersambung

Khamis, 23 Oktober 2014

Cahaya itu

Cahaya itu seakan terang dan menarik. Seakan memukau igauan mata ini aku jadi terpaku. Kadang aku termenung aku mula terlihat jua cahaya itu. Tak sangka,aku ternampak cahaya duniawi yang sungguh indah berseri dengan ketelanjangan mata ini sendiri. Sungguh aku tidak menipu bahawa aku terpersona dengan kewarnian cahaya itu.

  Cahaya itu bagai hidup. Dia bersinar sinar di hadapan aku. Setiap hari aku sangat rindu untuk mencari cahaya itu. Apabila aku melihat cahaya itu,dia tersenyum padaku. Seakan mimpi bertemu realiti aku tersekat ditengah tengahnya,tidak aku tahu apa yang patut aku lakukan. Aku hanya mampu memerhatikan cahaya itu berterbangan.

  Cahaya itu juga menjadi pujaan kebanyakkan manusia. Mereka terpersona dengan keindahan cahaya yang dibawa. Sesaat aku kalih kekiri mahupun kekanan,ada saja manusia yang memanjangkan tangan mahu menyentuhnya. Sebak aku rasakan di dalam dada,cahaya yang aku sendiri tidak berani pegang mahu disentuh orang.

  Apa yang boleh aku lakukan hanya lihat dan percaya,aku berdoa semoga cahaya itu tidak akan hilang. Kerna aku ingin memilikinya. Aku tidak berani lagi memetik cahaya itu kerna aku tahu,akan melecur kulitku akibat kecantikkannya kelak. Hanya cahaya yang mampu menyentuh cahaya. Biar aku juga menjadi cahaya terlebih dahulu sebelum aku bersamanya.

Rabu, 22 Oktober 2014

Dua

Antara dua aku tidak pasti pilihanku ini yang mana. Sebelah juga cantik lagi sebelah juga menarik. Tapi aku tahu bukan rupa yang menentukan segalanya,tetapi rupa juga yang pertama dilihat oleh mata. Sesungguhnya aku telah ditipu oleh mataku sendiri tatkala aku melihat dua perkara yang menjernihkan hati.

  Sebelah kiri membawa penipuan yang setiap kali tersimpan pasti akan aku rungkaikan ikatan. Aku tahu ini adalah penipuan tetapi mengapa aku masih juga teruskan. Hidup dalam dunia penuh khayalan seakan akhirat sudah dilupakan. Disini aku mengejar populariti dan menghancurkan diri sendiri. Aku tahu ini adalah penipuan tetapi mengapa jua aku teruskan.

  Disebelah kanan jua ada syurga yang terbentang luas di hadapan mata. Di mana jalannya lurus untuk aku teroka. Aku telah terjerumus jauh dalam pengertian kebaikan tetapi manisnya seakan sukar aku rasakan. Ada sahaja dugaan terbentang sebidang seakan aku jua yang harus dibeban. Memang jalan yang lurus ini aku pilih,tetapi jernihnya dikotorkan dengan tangan tangan manusia rupawan. Mereka juga mengejar populariti tetapi mengejar menggunakan modal yang dipanggil agama duniawi.

  Aku pilih yang mana antara dua?? Aku pilih yang kanan,dan aku masih cuba untuk mengelak diriku kekiri disimpangkan. Moga aku terus kuat kekanan tatkala satu dunia cuba melawan.

Aku tidak sepertimu

Aku tidak sepertimu. Aku bukanlah manusia yang selalu dipuja puja setiap masa. Dari kecil hingga dewasa,hatiku ini sentiasa keseorangan. Sungguh sulit untuk difahami dan sungguh jumut untuk diselidiki.

  Aku hanya memerhati manusia manusia lain. Semuanya berteman. Semuanya bergelak sakan bersama rakan rakan. Di dalam hati,tipulah kukatakan bahawa tiada ruang rasa cemburu dan menipulah aku kalau aku tidak mahu menjadi sepertimu.

  Aku tidak sepertimu. Mungkin telah ditakdirkan diri ini keseorangan. Apa yang aku bekalkan hanya impian dan harapan. Aku mahu menjadi peneman kepada insan insan yang kesepian,kerana apa? Kerana aku memahami bagaimana sakitnya rasa keseorangan.

  Mungkin kau katakan aku hanya melayan perasaan. Sungguh,aku benar melayan perasaan. Sensitivitiku hanya pada manusia yang aku rasa patut disayangkan. Bukan senang untuk memahami tetapi kalau kamu menghampiri aku sanggup membuka jalan untuk difahami.

  Manusia dalam hidup memang datang dan pergi tetapi aku tetap disini. Ada jua insan yang sentiasa memahami,alhamdullilah,semakin aku dewasa aku semakin berani. Kerna orang orang sebergini membuatkan aku lebih berdikari. Mereka bukan sekadar memahami,tetapi mereka juga mengerti dan cuba untuk menyelami tatkala kebanyakkan manusia hanya melarikan diri.

  Apa yang aku takut di dalam dunia ini?? Aku takut akan mata mata manusia. Aku takut akan persepsi manusia. Aku takut akan tikaman lidah manusia. Manusia ini sentiasa kejam pada hakikatnya. Tidak cuba mengenal terus menghukum. Tidak mahu menyoal terus mencanang khabar melalui logik akal. Yaa aku juga manusia yang melakukan kesilapan,tetapi apakah kesalahanku tidak boleh dimaafkan?? Sungguh mulia manusia pada zaman ini,mereka melakukan kesalahan,kita memaafkan dan apabila kita melakukan kesalahan,ke neraka juga kita dihumban,terus tanpa soal dan pengadilan.

  Aku tahu aku tidak sepertimu. Yaaa suatu masa dahulu mungkin aku ingin menjadi sepertimu,tetapi kini aku tidak mahu menjadi sepertimu. Kerana kamu seakan terlalu suci dalam status dan martabatmu kau angkat setinggi langi nan biru. Biarlah aku bergelumang dengan kesepian ini kerna disini jua tempatku. Di mana aku lahir dan membesar disini. Sekurang kurangnya aku tidak akan hilang identitiku.

  Aku bukan sepertimu....ya aku bukan dan tidak akan sepertimu.

 

 

Selasa, 21 Oktober 2014

Hujan

Hujan tadi seakan mahu menceritakan padaku. Setitis air membawa makna dan seribu erti. Disebalik kedinginan angin yang kau bawa,juga telah kau hadirkan untukku seorang insan yang sanggup menjadi teman seiring sejalan.

  Aku tahu kau ada disampingku wahai teman. Selalu dan selalu kau mendampingi aku. Saat senyum itu hilang juga kau ukirkan kembali untukku. Insan yang tidak pernah mencercaku atas kehodohan dan kebodohanku. Insan yang sanggup menerima aku sebagai aku. Itulah insan yang menemani aku dikala hujan dingin membasahi urat urat rambutku.

  Tadi kita basah. Tapi kita tetap tersenyum kerna kita tahu kita basah bersama. Basah aku basah juga kamu. Walau sedingin mana kita tetap ketawa hingga ke akhirnya. Begitu juga hidup yang dingin ini. Kau sentiasa ada untukku wahai teman. Tatkala hujan datang menghampiri,kau tidak membawa payung,tetapi sanggup kau redah hujan itu bersama aku. Biar kita sejuk bersama.

  Tuhan tolonglah berkati dia,temanku ini. Sebaik baik insan,setulus juga hatinya. Rahmatilah hidupnya seakan kau turunkan hujan membasahi bumi yang barakah ini. Moga hujan ini tidak akan berhenti,kerna ku tahu,aku kuat untuk menghadapi bersama temanku disisi.

Hujan....basahilah hatiku.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Kali Sejuta

Kali sejuta rasa aku percaya. Tuhan itu bersamaku tidak pernah Dia terleka. Sesaat bersamamu aku bahagia. Biar aku seorang aku tahu aku tenang.

  Kali sejuta mata yang sentiasa lihat memandang. Mereka melihatku dengan penuh kerut garang. Aku perjuang bukan penentang. Setiap yang ada lubang akan aku tuju serang.

  Kali sejuta tangis aku menangis. Tiap ketika detik aku terguris. Tiada satu manusia yang memahami. Semua hanya mengherdik dan memandang sinis.

  Kali sejuta manusia yang aku temui. Semua lain perangai dan isi hati. Ada yang baik juga ada yang bersulam dengki. Moga sahaja Allah sentiasa melindungi.

  Kali sejuta peperangan demi peperangan. Banyak jua musuh musuh yang aku tewaskan. Tak gentar walau pedih aku rasakan. Kerna aku tahu darah pasti akhir akan berlinangan.

  Kali sejuta hati ini perlu kuat. Sentiasa harus berani sentiasa harus kuat. Sejuta kali aku diasak bertubi tubi. Sejuta satu kali aku takkan berhenti.

  Kali sejuta. Biar dunia bergerak ke kiri. Walau kuat arusnya aku takkan berhenti. Ke kanan aku langkah hujung aku berhenti. Takkan mudah mengalah sehingga aku mati

Isnin, 11 Ogos 2014

Biar Robek

Dalam diam aku pendam dalam sunyi aku terkam. Perjuangan ini seakan patah bagiku. Para sahabatku telah pergi meninggalkan aku. Kini aku adalah tentera juga aku adalah raja. Perih aku dihadapan berdarah juga aku relakan

  Telah aku tulis sebuah coretan seakan mahu menceritakan segalanya. Atas kenan perkenan aku hebatkan diriku untuk meneruskan perjuangan. Jikalau diatas aku diserang,dari bawah aku pasang jurus sedia berperang. Kanan dan kiriku sudah banyak dirobek. Hatiku seakan remuk dikopek. Kulitku bagai disiat. Sungguh perit apa yang aku tanggung demi menegakkan sebuah tiang yang patah dilumpuhkan.

  Aku sedar aku harus kuat. Aku tahu aku harus hebat. Biar arus dunia mengorak aku kekanan kekiri jua akan aku teruskan. Sungguh,aku berjanji,takkan aku biar kaumku ini menangis lagi. Cukup sudah kaumku,keluargaku,agamaku menderita. Biar aku derita kini agar aku dapat juga menanggung derita mereka disana kelak. Aku harus perit kini supaya kuat pada perit yang akan datang.

  Biar aku dirobek. Aku akan terus kuat. Biar aku disepit,aku akan terus hebat. Ini perjuangan aku. Ini perjuangan aku yang tiada siapa siapapun yang tahu. Biar keris dalam otak,biar kapak kita campak. Aku tulis cerita ini hanya untuk diriku. Bila patah biar ayat yang mengubati. Bila patah Tuhan yang aku cari. Tetapkan aku pada jalanMu,agar aku tahu ini perjuangan yang satu.

Isnin, 16 Jun 2014

Sunyi

  Saat aku sendiri masih tertanya tanya siapa yang bakal mengisi kekosongan ini,aku sendiri juga masih terasa amat sunyi. Setiap hari aku ternanti nanti sahaja,semuanya seakan akan berlalu pergi. Mungkin sahaja tiada ruang dan peluang untuk diri ini untuk menulis sebuah hikayat bersama seseorang yang amat istimewa kerana keistimewaan itu sendiri masih tidak dapat aku temui.

  Pernah sahaja orang berkata,jika kita bercinta,maka akan hilanglah rasa sunyi didalam diri kita. Hanya mereka berdua yang akan dapat merasa saat dan nikmat itu tanpa mempedulikan dunia disekeliling mereka. Ya mungkin kini aku jua berasa teramat sunyi sehingga aku hanya termenung sahaja sepanjang hari.Segala rasa ini sebenarnya tiada siapa yang mengerti.Mungkin aku seorang yang sukar menitiskan air mata tetapi siapa sahaja yang tahu bahawa aku sedang berdarah didalam.

  Masih menunggu detik itu. Saat jantung ini berdetak laju aku seakan tahu detik itu akan muncul jua lambat atau cepat. Saat dimana segala penulisanku selama ini akan menjadi realiti dan segala fantasi akan menjadi mimpi lahiriah yang wujud dalam kegembiraan hati. Mungkin satu hari nanti akan aku mula menulis mengenai diri insan lain yang amat aku sayangi. Mungkin dia hanya akan tersenyum pada saat itu kerna dia juga seakan tahu,aku akan sentiasa ada disisinya.

  Biarkanlah saat saat ini aku menangis seketika,biar walau seketika sahaja. Biar aku menangis sepuas hati kerna aku tahu pasti suatu hari nanti aku akan bahagia. Walau apa yang menghalang,hanya dia sahaja akan sentiasa berada di hati aku. Cepat atau lambat dia jua akan muncul.Aku akan sentiasa menunggu dirimu untuk menghapuskan air mataku ini. Mungkin dia jua akan menghilangkan rasa sunyi ini bersama...

Khamis, 8 Mei 2014

Aku Berpura

  Aku berpura setiap hari aku kuat untuk melupakanmu. Lagakku seperti akulah orang yang paling kuat untuk meninggalkanmu. Aku yakinkan hati ini setiap detik dan ketika,aku bisa dan bisa untuk menjauhimu.

  Aku berpura bahawa senyumku ini untuk satu dunia melihatku dalam keadaan gembira. Aku terus senyum dan senyum sehingga manusia percaya aku bahagia. Aku menipu diri ini,dengan menyakini bahawa aku bisa tersenyum walaupun tanpa mendengar suaramu lagi.

  Aku berpura,akulah insan yang paling kejam. Aku ingin sekali memarahimu setiap kali aku teringatkan kisah perpisahan dulu. Aku juga ingin mengabaikanmu dan tidak mempedulikanmu. Aku berlagak seperti akulah orang yang paling kejam dalam dunia. Sanggup membunuh demi cinta malah sanggup membutakan mata demi dia.

  Aku berpura bahawa akulah orang yang akan bangkit pada esok harinya. Semua kenangan itu aku mahu lupakan sahaja. Aku menghasut diriku supaya membenci kamu. Aku menyakinkan hatiku kau wanita yang tidak pernah aku kenali walau sekali. Aku katakan pada mindaku,bunuhlah sahaja dia dari fikiranmu,kelak patah akan berganti baru.

  Tetapi yang seperti aku katakan tadi. Aku hanya berpura. Aku hanya berpura pura dan menipu diriku sendiri. Aku harap kau kembali seperti dulu. Aku harap aku juga tidak sekejam ini dengan mudah melupakanmu. Ini diriku tetapi bukan diri sebenarku. Setiap hari aku seakan akan mati kerana sakit merinduimu. Tetapi kau tak pernah tahu.

  Aku harap kau pergi jauh dari hidupku tetapi sebenarnya aku berharap kau kembali kepadaku. Aku berharap suatu hari nanti kau akan menghubungiku. Aku berharap kau juga merinduiku sebagaimana aku merinduimu. Ketahuilah dirimu aku sentiasa menunggumu biar sampai nafasku ini terhenti. Kini aku akan terus hidup dalam kepura puraanku agar mungkin suatu hari nanti kau akan sedari.......

Rabu, 7 Mei 2014

Mimpi Itu

  Mimpi itu mengingatkan diriku tentang suatu ketika aku mengenalimu. Biar sahaja aku bertemu denganmu di alam yang lain kerana keizinan untuk aku mencintaimu hanya ada di alam itu. Ketika aku lena tidur kau bagaikan pari pari berhias senyuman,datang dan terbang pergi dari hidupku. Meninggalkan aku dengan seribu satu persoalan dan juga satu dalam seribu kecintaan.

  Malam itu juga kau hadir dengan senyuman. Aku melihat dirimu menyandarkan kepalamu di atas bahuku. Terasa kehangatan dan kelembutan kasih sayang itu terhadap diriku. Mimpi bagaikan realiti pada saat itu. Kau lalu terjaga dan tersenyum kepada diriku. Aku jadi tak keruan dengan kepersissan wajahmu dan kemanisan senyummu. Wahai bidadari mimpi,inikah rupa sebenarmu.

  Tidak mahu aku terjaga dari mimpi itu kerna disitu aku merasakan bahagia. Lalu tanganku dan tanganmu ditarik dan direntap oleh dunia realiti tanda harus berpisah. Ingin sekali aku juga turut ikut mati dalam mimpi itu bersamamu tetapi aku tidak berdaya. Cintaku ini hanya dongengan mimpi yang selama ini hanya mainan nurani. Bilakah kita akan ketemu lagi.

  Lalu aku terjaga dari mimpi itu. Perasaan sedih dan hiba menghantui diri ini. Telah aku cuba untuk mengulangi mimpi itu kembali setiap hari tetapi kau tidak pernah lagi muncul walau sekali.

  Mimpi itu,mengajar seribu satu erti. Sakit dan pahit berhias dengan hiasan cinta ini aku titipkan buat gadisku di dalam mimpi itu. Moga sahaja aku bisa memilikimu di dunia nyata kerna cinta ini merentasi dua dunia. Mimpi itu mencalarkan realiti hati ini. Moga cinta ini pulih kembali.

  Jika ketemu kita di dunia nyata,mungkin kau tidak pernah akan mengenaliku. Biar sahaja aku bersembunyi di sebalik bebayang ini agar tangan dan kaki ini tidak mampu melangkah pergi. Sahutlah walau sekali. Kuizinkanmu bahagia wahai gadis mimpi...

Lenalah

  Pabila malam menjelma rembulan juga mula mendakapmu. Muka surat mimpi mula dibuka tatkala mata mahu terpecam tertutup lena. Bayu dingin malam mengufuk dikaki nan salju tanda kesejukan permaidani minda yang terbentang luas. Cerita malam ini,cerita hari ini semuanya terungkai menjadi satu noktah.

  Lenalah sahaja wahai sayangku. Lenakan sahaja dirimu dalam dakapan serta renungan mimpi mimpi itu. Segala perit nanah cerita hari ini lupakan sahaja. Pecamkan matamu. Biarkan sahaja hatimu dihiasi bintang bintang agar dapat ia berdiri teguh pada esok harinya.

  Mimpi buruk pasti akan datang menjemputmu. Janganlah risau wahai sayang,kakanda akan sentiasa berada di sisi adinda. Takkan kakanda biarkan adinda menangis lagi. Cukuplah sudah derita hari ini. Izinkan kakanda dodoikan adinda. Izinkan kakanda menjadi arjuna menjaga hati adinda. Jangan pernah terluka lagi wahai adinda. Kakanda sentiasa berada di sini.

  Mentari esok akan muncul sebentar sahaja lagi. Maka tidurlah wahai puteriku. Kelak kakanda akan ada saat terbukanya mata adinda nanti. Jika kakanda pergi,jangan pernah buka mata itu lagi. Tunggu sahaja kakanda kembali disisi. Tidak lama walau sehasta kakanda pasti akan pulang menemani adinda semula.

  Lenalah wahai puteriku. Lenakan sahaja mata itu. Pecamkanlah sahaja sayangku. Tidurlah agar hilang sakit sakitmu itu. Hiduplah bersama anganmu di alam itu buat seketika. Jika tidak bersedia untuk terjaga jangan pernah mata itu dibuka sayangku. Selamat malam,lenalah.........

Isnin, 5 Mei 2014

Hilang

  Semuanya seakan hilang. Bagaikan bintang yang bersinar dimalam hari apabila mentari tenang bangkit maka gelap jualah bintang. Seakan langit cerah meskipun mendung datang menjanjikan kedinginan,akhirnya hujan jua di petang hening.

  Apa yang sebenarnya berlaku. Hidup ini bagaikan terasa jauh pada pandangan. Hanya dikuasai nafsu serakah yang mengejar dunia tanpa memikirkan barzah yang menanti. Apa jua akan aku hadapi bagaikan segalanya melangit tinggi,mustahil jua untuk aku mencuit awan menggunakan jari jemari.

  Jatuh lalu terduduk diriku ini. Hilang sahaja semuanya. Aku tidak sedar ramai rakan rakanku telah berpaling jua. Ada yang meninggalkanku dan ada jua yang masih setia. Takutkah dikau akan perpisahan?? Ya sesungguhnya aku amat takut mengucapkan kata selamat tinggal kerana dunia ini begitu luas untuk diriku.

  Cinta bagaikan tidak ketemu. Segala simpang jua benua pertualang sudah aku takluki tetapi cinta masih tidak menyebelahi diri ini. Setiap wanita yang aku temui semuanya hanya memandang rupa bukannya hati. Kadang kadang aku hampir berputus asa. Arjuna ini tiada pasangan di dunia.

  Mungkin sudah tiba masa untuk aku kembali. Ya kembali pada Yang Ilahi. Sudah pasti Dia yang Maha Mencintai. Aku perlukan rehat juga ketenangan. Biar sahaja aku mencari zuhairi razi yang hilang itu. Timbullah wahai insan yang bernama zuhairi. Kelak dunia baru menunggumu. Panggilan kemenangan sedang menjelma di depan mata. Inshaallah akan muncul putera yang membawa bendera di tangannya juga ilmu di dadanya. Inshaallah kesana jua kita akhirnya.

Sabtu, 3 Mei 2014

Sahabat

  Sahabat. Sebuah perkataan yang membawa makna syurga bagiku. Di setiap pintu kejemukan hari hari,insan yang bernama sahabat inilah yang selalu datang menghiasi dan meneladani segala isi hati. Manusia yang bernama sahabat ini setiasa aku sanjungi dan sayangi.

  Perkataan sahabat itu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa dekat dan eratnya diriku dengan dirinya. Di setiap pahit kelat tawar asam garam kehidupan,semangat setiakawan tidak pernah berubah. Dari tarikh awal perkenalan dari tersusun jari berjabat tangan,sungguh indah makna persahabatan. Perasaan yang dijalinkan itu membawa maksud kau dan aku saling berhubungan.

  Sahabat bisa menjadi tempat dikau bergantung. Sebagaimana eratnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dengan rakannya Saidina Abu Bakar,sehingga kemati mereka masih berteman. Apabila bersahabat,segala suka dan duka kita lalui bersama. Kau memberikanku air mata dan aku pula membalasnya dengan kegembiraan. Kau mendatangiku dengan pelbagai permasalahan dan aku memberikanmu jalan penyelesaian. Sungguh indah jalinan kita bukan??

  Saat dirimu disakiti wahai sahabat,aku juga turut disakiti. Seakan berdarahnya dikau aku juga turut bernanah. Apabila dikau dihentak bertubi tubi,aku di sini juga merasakan sakit yang sama. Apa yang membataskan kita hanya deria tetapi tidak pada rasa simpati di dalam hati. Seakan aku menyayangi nyawaku sendiri,seberat itu juga aku menyayangi dirimu wahai sahabat.

  Moga sahaja Allah SWT memberkati persahabatan kita yang mekar ini. Salam sayang hingga ke hujung waktu aku titipkan buat semua sahabat sahabatku. Kelak ke jannah juga kita berteman dan kelak hingga ke akhir zaman juga kita berindu rinduan. Wassalam

Wanita Itu

Wanita itu yang dahulunya aku kagumi. Wanita yang secantik rupa indah persona menambat hati dan jiwa apabila memandangnya. Wanita itu juga yang telah memperagakan serta menimbulkan sebuah warkah berlagu cinta di dalam diri ini pada suatu ketika. Wanita itu juga telah mengajar aku apakah ertinya mencintai juga disanyangi.

  Tetapi wanita itu juga yang telah mengajar aku apakah itu keperitan. Wanita itu juga yang telah mempersetankan segala maruah dirinya pada suatu ketika kerana mencintai seorang jejaka. Aku yang bagaikan jatuh lagi ditimpa tangga hanya mampu melihat juga tertawa kesedihan. Hanya air mata yang dapat aku sampaikan setelah kau aku anggap hanya sebagai kawan.

  Kini wanita itu mula kembali dalam hidupku. Kemana aku pergi pasti dia ada. Dalam realiti mahupun fantasi aku tidak boleh melupakan bahawa wanita itulah cinta dewata aku yang pertama. Dalam pada aku memikirkan tentang dirinya,seribu satu kekesalan juga menghantui diri ini. Kerna kadang kadang aku terlupa,dia juga wanita yang kejam di dalam tetapi bersembunyi di sebalik kejelitaan wajahnya sahaja.

  Wanita itu sungguh kejam. Dia baik dihadapan tetapi pembunuh di belakang. Dia cantik pada pandangan tetapi lusuh pada senyuman. Wanita itu juga yang penuh dengan penipuan,hanya melayan sesiapa yang setaraf dan perawan. Golongan seperti aku ini dianggap lawan dan bukannya kawan.

  Wanita itu,yang sering menghantuiku. Pergi sahaja dari hidupku. Wanita itu yang aku masih cintai,aku berharap jangan pernah kau sebut namaku lagi. Wanita yang akan terus menerus menjadi puaka yang mendatangi di segenap sudut kegelapan hidupku. Berubahlah wahai wanitaku. Mungkin sahaja aku gila. Yaaa mungkin sahaja aku gila kerna terlalu mencintai wanita yang sekejammu. Tertapi ingatlah,kegilaanku ini kerna aku mencintai dirimu wahai wanitaku.

  Wanita itu.........wanita itu.........

Khamis, 1 Mei 2014

Waddup

Assalammualaikum,hye guys ^-^

  Pe khabar semua,harap semua dalam keadaan sihat sahaja. Zuhairi alhamdullilah,setakat hari ini sihat sahaja. Syukur kehadrat ilahi sampai hari ini masih lagi bernyawa dan sempat sampai ke bulan rejab menghampiri syaban dan ramadhan ni,haha.

  Tujuan zuhairi tulis status ni adalah untuk menerangkan pasal post zuhairi dekat blog ni. Lately cam little bit emo kan?? Haha. Actually takde apa apa pon,jangan salah faham. Zuhairi tak emo pon sebenarnya. Apa yang zuhairi tulis tu semuanya anggap sahaja sebuah karya penulisan kreatif. Jangan amik serious sangat laaa kay.

  Zuhairi bukan apa,takut korang salah faham jee,maklumlah,pembaca hanya memahami penulisan itu tetapi tidak mengetahui tujuan penulisan itu ditulis. Jadi bagi mengelakkan salah faham,zuhairi terangkan dekat sini,itu semua hanya penulisan.

  Jadi dengan penerangan ini zuhairi harap korang faham eh. Penulisan zuhairi tiada kaitan dengan sesiapa pon. Mana mana individu tidak terlibat dalam penulisan ini. Ianya cuma idea kreatif sahaja.

  Kaykay,zuhairi harap korang enjoy dengan penulisan zuhairi. Inshaallah zuhairi akan terus lagi menulis karya kreatif yang lebih dahsyat,haha,kaykay,catch you later,babai,wassalam. ^-^

Kejam

  Bagaimana kau mahu aku untuk tidak kejam terhadap dirimu. Ya,mungkin sahaja aku telah berubah. Mungkin sahaja aku telah berubah menjadi seorang yang kejam. Aku kini bukan diri aku yang dahulu. Ya aku sedar aku telah berubah. Tetapi sedarkah engkau,tahukah engkau mengapa aku berubah?? Semuanya kerna diriku yang dahulu telah mati dibunuh oleh dirimu.

  Aku dahulu seorang yang berperikemanusiaan. Aku dahulu seorang yang menjaga perasaan orang disekelilingku. Disebabkan satu kekhilafan yang aku lakukan,semua manusia disekelilingku menghina aku. Kau,kau yang bernama cinta juga sama sahaja. Kau kata kau mengenali aku tetapi kata hanya sekadar kata.

  Kini kau fikir aku tidak boleh berubah. Kau fikir setelah apa yang kau beri dan sakiti hati ini,aku tidak berhak untuk berubah?? Segala sakit ini kutanggung demi mempertahankan apa yang aku percaya,tetapi kau hanya memperkotak katikkan diriku ini sahaja. Cuba beri satu,hanya satu alasan mengapa aku harus tidak bersikap kejam,sedangkan kau lebih kejam daripadaku.

  Aku kini lebih kuat,berdiri dengan langkah kaki ini sendiri. Segala tomahan dunia mungkin akan membuatkan aku berdarah,tetapi aku tidak akan pernah mati selagi parut ini masih bernanah. Aku insan yang lebih kuat. Berani untuk membuangmu jauh daripada hidupku. Satu sahaja pesanan,jangan pernah hampiri aku atau kau mahu lihat diriku disudut yang lebih kejam.

Rabu, 30 April 2014

Jagalah Dirimu

  Jagalah dirimu. Aku mungkin tidak lama untukmu. Masaku bersama dirimu mungkin sahaja bakal habis. Dikau mengejar gunung yang tinggi dan sukar didaki. Aku pula menanti disini disetiap hari. Menanti kepulangan dirimu yang saban hari tidak kunjung tiba.

  Kau bersama si dia,jejaka idaman malaya yang kau agung agungkan. Aku disini sedar,ku hanya bagaikan sayap rerama yang sungguh rapuh. Aku terbang dalam pelukanmu tetapi aku hanyut dalam setiap dustamu. Makin hari aku mencintaimu sedangkan aku tahu kau bukan milikku.

  Aku mungkin telah mati. Ya mungkin sahaja aku telahpun mati dilamun angan angan palsuku sendiri. Cukup bodoh aku memikirkan bahawa aku mampu memiliki dirimu. Selama ini aku menjaga hatimu. Saban hari aku menunggu kau yang sentiasa bernada dalam hatiku. Tapi bagaikan cerita melayu,semuanya hanya dongengan si penyair sunyi ini sahaja.

   Apabila aku bertekad aku akan pergi ya aku akan pergi. Aku akan pergi jauh meninggalkanmu. Apabila aku sudah tiada lagi jangan pernah kau menangis kernaku. Jagalah hatimu sebagaimana aku menjaga hatimu. Sayangi dirimu sebagai mana aku menyayangi dirimu. Hormati maruahmu sebagaimana aku menghormati dirimu. Usah lafazkan apa apa lagi. Aku sudah tekad.

  Biarpun aku mungkin sahaja tidak bisa lupakan dirimu,akan ku cuba lupakan. Biar sahaja aku memukul kepalaku agar darahnya keluar supaya aku bisa melupakanmu. Jagalah dirimu wahai sahabat seerat. Jagalah dirimu. Jagalah dirimu........

  Salam sayang kutitipkan buatmu yang selalu sahaja berada di fikiran ini. Kelak aku selamanya disakiti.....

Isnin, 28 April 2014

Memang Aku Pelik

   Memang aku pelik,dari dulu lagi. Setiap mata yang memandang diriku hanya mampu melihat kepelikkan aku. Aku bukan seperti kamu semua. Aku memang manusia tetapi kita berbeza.

  Disaat semua orang mempunyai rakan rakan sepermainan seusia,aku hanya mampu duduk dan termenung sahaja. Kadang kadang mengalir juga air mata kanak kanakku kerana dicemuh dan dihina. Aku memang pelik,sehingga tiada siapa yang mahu berkawan denganku.

   Aku memang pelik. Ramai yang menggelarkan diriku ini sombong. Tetapi pada hakikat sebenarnya,aku begitu takut dengan kelibat kalian semua. Aku mahu berkawan tetapi bukan semua sudi berteman. Aku memang pelik.

   Seakan sudah biasa dengan pandangan mata manusia,semuanya mengutuk aku dari belakang. Kelibat aku dimana mana sering dipersendakan dan dijadikan bahan gelak tertawa. Aku memang pelik.

  Walaupun aku pelik,aku tetap gembira dengan diriku. Memang benar,selalu juga aku berasa sunyi dan sedih,tetapi aku sedar kepelikkan inilah yang menjadikan diri ini seperti ini. Inilah diriku. Memang aku pelik,tetapi inilah aku. Tidak menjadi kesalahan kiranya jika aku menjadi aku.

  Aku memang pelik. Hidup di dalam dunia ini yang kurasakan pelik. Biarkan sahaja semua ini menjadi aneh,asalkan aku gembira menjadi diriku.......

Ahad, 27 April 2014

Mereka tidak mengerti....

   Mereka tidak mengerti,tidak pernah walau sekali. Apa sahaja yang aku lakukan semuanya cacat dimata mereka. Pernah jua aku bertanya pada diriku,wahai diri,dimana silapmu. Ternyata benar berjuta juta silapku,maafkan mereka,mereka tidak mengerti.

  Aku cuba mengenal dunia melalui mata kecil ini. Segala apa yang aku lihat segalanya dimaniskan dengan dusta. Apa sahaja yang disuapkan ke telinga semuanya dihiasi dengan makna makna sinis menyenda dan menghina sahaja. Maafkan mereka,mereka tidak mengerti.

   Bukan dipinta satu dunia menerima,cuma meminta fahamilah satu sama lain seadanya. Telah ramai aku lihat mereka yang mengalir air mata kerna mulut mulut durjana manusia yang hanya pandai menghina dan menutup sebelah mata. Maafkan mereka,mereka tidak mengerti..

  Hentikanlah semua ini,moga satu hari nanti kebodohan hari ini hanya sekadar memori hitam insani. Jaga diri hiasilah peribadi. Hanya mampu menulis dan memahami. Sesungguhnya diri ini juga tidak lari dari dosa dosa durjana setiap hari. Maafkan sahaja mereka,kelak mereka akan mengerti.......

Sabtu, 26 April 2014

Nombor 019

   Nombor 019 kutitipkan buatmu yang selalu sahaja tidak lekang dari ingatan ini. Teringat kembali waktu waktu suka duka kita bercerita dan bergurau senda melalui telefon tanpa wayar. Pada waktu itu,masa seakan akan berlalu pantas. Nombor 019 ini menjadi saksi sukanya diriku ini mendengar suaramu di malam hari.

   Nombor 019 ini juga membawa memori bagaimana kata perpisahan kau ungkapkan buat diriku. Tahukah kau bahawa pada malam itu hatiku begitu remuk rendam. Nombor 019 yang pernah menceriakan aku sekian lama bertukar menjadi pembunuh sekelip mata. Sakit sungguh hati ini,seakan ditikam mahupun dirodok isi perut berkali kali juga tidak sekejam ini sayangku.

   Pernah terlintas dihati,ingin sahaja aku melemparkan dan membuang nombor 019 ini jauh kedasar laut. Mahu sahaja aku menukar nombor 019 ini menjadi angka yang lain. Tapi aku tidak cukup kuat. Hati ini sering berharap bahawa mungkin satu hari nanti,akan sudi dirimu menghubungi nombor ini kembali,yaa mungkin sahaja. Maafkan aku,nombor 019 ini amat bermakna bagiku.

  Kini nombor 019 ini menerima seribu satu panggilan daripada ramai manusia kecuali dirimu seorang. Kenangan bersama nombor 019 ini masih terpahat kuat dalam ingatan. Andai sahaja nombor 019 ini mati jua pada suatu hari nanti,anggap sahaja aku jua turut mati bersamanya. Moga kenangan bersama nombor 019 ini bisa aku lupakan suatu masa nanti..............

  

Isnin, 7 April 2014

Alhamdullilah

Assalammualaikum,hye guys ^_^

  Alhamdullilah,saat menulis blog ini,diri ini masih lagi bernyawa dan terus bernafas adanya,alhamdullilah.Mesti ramai yang tanya result SPM zuhairi berapa kan?? hahaha,alhamdullilah,takdelaa tinggi mana,just nice je,dapat 3a and lain lain tu tak perlu mention ah,hahaha,alhamdullilah,kata kata yang harus tidak lekang dari bibir dan sebutan kita,kira ok laaa tu kan,ade laa gak A nye.

  Nak cakap tak sedih...hmm...sedih laaa gak,tapi nak wat camne,dah rezeki setakat tu je.Still alhamdullilah,at least,lepas gak syarat nak masuk university.Sekarang ni baru je lepas apply upu and inshaallah akan sambung pengajian dalam bidang bussiness.Keputusan ini bukan satu pengakhiran buat zuhairi malahan ia menjadi satu titik permulaan yang penuh keserdahanaan.Kesimpulannya,amat amat bersyukur laaa kira adanya dengan result ni.Tak kisah laaa result orang lain,yang penting sendiri punya hal kita cerita.

  Inshaallah,uitm ataupun uia mahupun politeknik adapun unisza menanti zuhairi pergi jee.Melihat rakan rakan yang telah menyambung pengajian diorang,hati ini adelaaa jeles sket,but takpe ah,lambat laun inshaallah ke menara gading jugak kita hendaknya,Lepas ni kita tengok siapa lagi berjaya and kaya,ahahahahaha.Inshaallah,berjaya jugak satu hari nnti.

  Family sentiasa ada untuk diri ini,segala sokongan dan dorongan amat amat zuhairi hargai.Soooo skang ni sementara tunggu result,banyak aktivity zuhairi sebenarnya.Yang menjadi keutamaan kerja dan keluarga laa.Agama dan musik juga tidak dilupakan.Just buat segala aktivity yang zuhairi suka dan buat diri ini gembira.Luangkan masa dengan memember pengubat duka.Akhir kalam,alhamdullilah,syukur,keadaan semakin baik.hahaha

  Kaykay,nnti apa apa zuhairi update lagi,inshaallah,wassalam,peace out

Ahad, 6 April 2014

Senyum

Mungkin senyumku pada hari ini menggambarkan sebuah erti hakiki kehidupan seorang insani,tetapi pada cerita dalam hati tersimpan pelbagai kisah perit rintih.Mungkin senyumku pada hari ini kerna aku sendiri menanti datangnya seorang insan untuk dicintai dan menyintai.Mungkin juga aku mampu tersenyum pada hari ini kerana aku masih berada dalam keadaan yang senang lenang dibuai angan mat jenin yang tiada penghujung walau berakhir waktu.Persoalannya,mengapa aku harus senyum pada hari hariku sedangkan hidupku sunyi ditinggalkan dan ditemani seribu satu kegelapan.

   Ku cuba gambarkan hari ini tanpa ada senyum orang yang aku sayangi.Kucuba juga gambarkan hari ini aku sendiri tidak mengenal apa itu erti senyuman yang terlukis diwajahku.Sebab musabab mengapa aku masih lagi senyum walaupun aku terus disakiti amat susah untuk aku ungkapkan dengan seribu satu ayat ayat bunga dan kata kata.Bertanya mereka mengapa sahaja kau masih senyum dalam kepura puraan sedangkan seluruh dunia sedang mengkejimu dan mencacimu dalam diam.Aku hanya mampu tersenyum.....

 Aku senyum kerana aku mahu senyum,itu jawapanku.Biar sahaja berapa ramai manusia ingin meninggalkan diriku akan aku terus senyum dan senyum hingga penghujung waktu.Biar sahaja halangan menimpa walau seribu satu dan satu dalam seribu akan aku terus kuat dan bangkit.Sesungguhnya kesakitan hari ini tidak mendatangkan makna jika pada hari esok aku menjadi bertambah kuat.Kesakitan ini mengajarku untuk terus bernyawa dan bernafas dalam arus kekuatan.

  Bertanya mereka,wahai insan,aku telah membunuhmu hari demi hari,tetapi mengapa kemaafan juga yang engkau beri.Jawapanku,kerana aku kuat untuk memaafkan dirimu wahai musuhku.Sayangku lebih utuh dari benciku.Jadi aku akan terus tersenyum mahupun didalam hati tanpa ada yang tahu.Kerna aku sendiri mahu tersenyum selalu.....

Khamis, 13 Mac 2014

Gelap

Hilang sudah rasa cinta yg membara dihati.Hilang sudah rasa romantik di sanubari. Segala seni hidup yang mewarnaiku sudah lenyap engkau hapuskan. Kini tinggal jasad hitam pekat hatinya yang masih bernyawa tetapi tidak tahu dan kenal apa itu erti cinta. Kerana apa?? kerana hatinya sudah parah lagi berdarah dihiris berkali kali oleh insan bernama wanita disekelilingnya. Semua,yaa,semua antara mereka hanya menilai melalui mata tetapi tidak melalui hati.

  Insan ini pernah dulunya digelar maha karya cinta,segala dia bisa ungkapkan ayatnya bertabur bunga. Tetapi mengapa kini dia tidak punya rasa walau sehasta rasa cinta sudah tidak lagi wujud dalam hatinya. Manusia wanita memunah ranah hatinya yang selalu sahaja mengenal cinta dahulu kala. Kini,hatinya sudah tidak lagi berwarna.

  Warna apa lagi yang engkau mahukan.Setelah puas menabur jasa,cuba mengenal insan ciptaan wanita sepanjang hidupnya. Mungkin tidak pada wajah tetapi hatinya juga ada cahaya,tetapi tidak pernah difahami oleh segelintir malah sebahagian kaum manusia. Adakah ini rasanya cinta yang cuba engkau ajarkan kepadaku. Jikalau rasa cinta ini sakit bergini harus kumatikan sahaja rasa ini. Biar cinta yang datang mengejar kembali,menyeru nama diriku ini. Lihat pada mata tetapi bukan pada hati. Itulah sebahagian manusia pada hari ini.

  Biar sahaja gelap,jangan pernah disuluh lagi. Biar sahaja kelam jangan pernah diterangi lagi. Seribu kali maaf tidak cukup bagi memulihkan hati ini. salam sayang bersulam duka kutitipkan kepadamu,moga kau kenang diriku yang pernah menyayangimu...........

Hey

Assalammualaikum,hye guys

  Wow,sudah lama tidak berkarya,haha,hi guys,im back,sorry laa coz dah lama tak update. Ade je benda yg nak update,just my blogger apps on phone crash,sooo takleh update via the phone,sorry eh,haha

  Kepada yg tertanya tanya zuhairi kemana hilangnya,haha,zuhairi actually ade je,just busy dengan kerja as a teacher. Harap maklumlah,dah berkerjaya sekarang. My focus 100 percent on my career. Alhamdullilah,semuanya berjalan dengan lancar setakat harini.

  Result SPM minggu depan,mashaallah,cuak giler kot.Hanya Allah sahaja yg mengerti perasaan dihati. Tetapi apa apa pon,result day bakal tiba so berserah sahajalah kepada Yang Maha Esa kerna Dia yg menentukan rezeki kita.Inshaallah,doa doakan sekali ye.

  Memember??? hmmmmmm,okay je,banyak lepak nngan izzuddin laaa,coz he is my beshpwen,haha. Seminggu genap jugak laa lima enam hari kiteorang jumpa atas alasan kerja. Kiteorang actually latih adik adik junior team pantun sekolah,tu yg pergi kerja sesama,haha. Silat zuhairi masih diteruskan,kali ini berguru dengan guru yg baru dibawah pertubuhan yg sama,cikgu syuhada namanya,Alhamdullilah,semakin fit badan,haha

  Fitness projek masih diteruskan sampailaa zuhairi mati,haha,but ni pon dah seminggu tinggal fitness coz treadmill rosak,nak jogging luar,jerebu tebal nak mati,inshaallah,boleh sambung balik lepas semua ini selesai.

  #prayformh370,itulah bualan mulut ramai warga dunia,inshaallah,doakan yg terbaik untuk mereka ye,semuanya ketentuan Allah SWT

  Kaykay,gtg,apa2 nnti zuhairi update lagi,wassalam

Rabu, 1 Januari 2014

Mengapa Masih Aku Disini

Mengapa masih aku disini? Sedangkan segelintir insani telah menyuruhku pergi. Waktu ini bukan lagi waktu untuk diri ini. Segala yang aku impikan sudah sampai ke penentuan penalti. Sama ada masuk atau tidak,semuanya habis sudah aku perjudi. Mengapa? Mengapa masih aku disini?

Mengapa masih aku disini?? Mengapa masih aku kembali sedangkan kalian sudah mampu berdiri. Mengapa hati ini masih melekat di dalam komuniti insani ini. Mengapa??? Itulah soalan yang sering satu dunia ajukan tatkala aku masih memikirkan tentang kepentingan setiap insan. Mengapa setelah semua rakan rakan seperjuangan telah melangkah kaki pergi,jauh meninggalkan komuniti,aku tetap berdiri di belakang kalian. Mengapa?? Apakah jawapan yang kau mahu dengar dari mulutku??

mengapa setelah aku dihina dicaci dimaki dihumban tanpa rasa simpati,dibunuh oleh mata mata manusia yang mempunyai penyakit hati,mengapa aku masih lagi berdiri disini??? mengapa setelah era penjajahan aku tamat aku masih lagi ingin membantu kalian biarpun hanya sekecil kecil bantuan?? Mengapa??

sungguh mudah jawabnya wahai manusia di sekelilingku,kerna aku suka dan cinta dengan apa yang aku lakukan. Kerna darah yang mengalir ini habis ditumpahkan dan disalurkan terhadap komuniti ini. Kalian takkan pernah tahu bagaimana rasa cinta ini,di dalam hati ini terhadap komuniti ini,takkan.... Takkan pernah sekalipun,walau sekali kalian tak akan mampu mengerti. Saat jatuh bangun komuniti semuanya aku tanggung sendiri. Saat berdarah akibat dibunuh oleh insani,komuniti ini aku bangunkan,walau terkulai layu,walau tinggal hanya jasad tanpa roh aku tetap mengambil tanggungjawabku sebagai pengerusi. Biar!! Biar pada waktu itu komuniti ini hampir mati akan aku tetap bangunkan walau nyawaku sendiri hampir sahaja digilis kekecewaan. Pernahkah kalian mengerti??

saat komuniti hanya sekadar tinggal nama,aku tatang ia bagai minyak yang penuh,aku dewasakan ia sehingga ia mampu berdiri berjalan dan berlari. Aku ajar dan didik ahli ahli di dalamnya dengan segala ilmu didada biarpun masa untuk diriku sudah tiada,tetap aku teruskan perjuangan. Saat aku terkenang senior senior lama segala memori mencurah kembali dan aku tahu,bebanan dan tanggungjawab ini terletak di atas bahuku kini. Sumpah setia aku berjanji terhadap diri,walau seribu kali komuniti mati aku bangunkan!! Bangunkan dengan nyawaku sendiri. Biar harus aku beri darah dan air mata akan aku salurkan sepenuh jiwa.

mengapa aku masih disini?? Mengapa?? Mengapa setelah segelintir adik adikku sendiri membuangku aku tetap dan berdegil masih lagi disini menbur jasa tanpa henti,mengapa??? Kerana rasa cinta yang telah aku tanam sejak hari pertama aku menjejak kaki membuatkan aku masih tetap beridi disini. Mungkin kalian menganggap aku obses dan pelik tetapi,salahkah??? Adakah menjadi satu jenayah bagi diriku memperjuangkan segala galanya demi sesuatu yang aku cinta??? Salahkah?? Jawab pertanyaanku,adakah salah?? Adakah salah!!

pedih hati ini tatkala aku telah melihat komuniti ini maju,dan mampu berdiri,kekuasaan telahpun diserahkan kepada orang yang bersalah dan hanya mampu menggedik dan berdusta. Aku tidak faham apakah spesies dirimu sebenarnya,yang tidak mementingkan kesaksamaan dalam komuniti dan hanya menurut nafsumu dalam memerintah???? Apa yang kau cuba lakukan?? Adakah kau mahu membunuhnya sekali lagi selepas puas aku memberikannya nyawa dan darahku sendiri,semata mata hanya untuk melihat ia kembali disanjung tinggi. Hebat sungguh permainanmu,dan jaga jagalah,masamu akan tiba,kau tunggu sahaja,tatkala ajal maut zaman pemerintahanmu tamat,segala aib dan kelemahanmu akan terbuka di depan matamu sendiri tanpa rasa belas kasihan. Akan muncul golongan yang akan menegakkan keadaan dan memperjuangkan nasib insan yang ditindas. Bersedialah menghadapi mautmu........

mengapa aku masih disini??? Sampai masa akan jua aku pergi. Pada masa itu takkan ada lagi aku ini,yang dirimu sanjungi dan segelintirmu benci dihadapan matamu. Tetapi ingatlah wahai adik adikku,lakukanlah perubahan,bangkitlah sebagaimana abangmu ini bangkit memperjuangkan apa yang sepatutnya perjuangkan. Jika mahu komuniti kembali berpaksi,bangkitlah,lawanlah segala yang menghalangmu dan kenali musuh dikalangan kamu. Kelak komuniti akan kembali ceria dan benyawa.

salam sayang buatmu wahai adik adikku,semoga warkahku menjadi pedoman buatmu,cintailah apa yang kamu lakukan dan curahkanlah sepenuh kasih sayang terhadapnya. Hormati guru gurumu,kelak tuhan akan memberkatimu. Kekalkan warna ungu,kelak asal usulmu takkan hilang ditakuk zaman walau berganti teman seperjuangan. Kepada yang berazam mahu membaiki diri,sempunakanlah dirimu pada hari ini. Kelak dirimu akan bangkit sebagai ketua sejati. Jangan pernah kalian berpecah walau sekali dan amalkanlah konsep kekeluargaan yang sejati. Toleransi merupakan kunci kepada kemajuan komuniti. Abang sentiasa akan kenang semua adik adik abang dalam setiap do doa abg,semoga berjaya dalam cita cita dan hidupmu wahai adik adik kesayanganku.

salam perjuangan,wassalam

Epi New Year

Assalammualaikum,hye guys.

saya zuhairi razi melaporkan diri untuk kembali bertugas for this year,hahaha,epi new year guys,camat tahun baru kepada semua. Wow,dah masuk tahun kelapan belas untuk aku hidup dimuka dunia ni,tup tap tup tap dah 2014,rase cam semalam je baru masuk tadika,haha. Sekejap sahaja waktu berlalu.

tahun ni permulaannya rasa agak bosan sket laa. Ye laa mana taknya,dah habis skola bro. Bosan dow dok umah. Apabila bukak twitter and pesbuk rasa jelous lak kat adik2 yang nak gi skola ni,rasa cam nak join sekali tapi apakah daya nama telah ditendang keluar dari sistem pelajaran Malaysia sebagai pelajar sekolah menengah. Lepas ni daftar masuk ipt lak. But seriously,rindu era persekolahan dimana kita belajar membesar dan berkawan. Kini semua hanya tinggal kenangan.

tahun baru azam baru,haha,ayat standart. Masing2 of course ade azam baru kan. Zuhairi sendiri pon ade azam baru sepesel untuk tahun ni,haha. Taknak ah cite ngan korang,takut riak pulak,haha,apa apa pon teruskan usaha kita untuk mengejar mimpi kita dimuka dunia ni,jangan mudah putus asa.

kepada adik2 yg nak start sekolah tu selamat bersekolah!! Jangan noty noty,haha. Good luck guys tahun baru 2014 ni. Moga cahaya tahun baru sentiasa bersinar dalam hidup anda,inshaallah....wassalam