Ahad, 27 April 2014

Mereka tidak mengerti....

   Mereka tidak mengerti,tidak pernah walau sekali. Apa sahaja yang aku lakukan semuanya cacat dimata mereka. Pernah jua aku bertanya pada diriku,wahai diri,dimana silapmu. Ternyata benar berjuta juta silapku,maafkan mereka,mereka tidak mengerti.

  Aku cuba mengenal dunia melalui mata kecil ini. Segala apa yang aku lihat segalanya dimaniskan dengan dusta. Apa sahaja yang disuapkan ke telinga semuanya dihiasi dengan makna makna sinis menyenda dan menghina sahaja. Maafkan mereka,mereka tidak mengerti.

   Bukan dipinta satu dunia menerima,cuma meminta fahamilah satu sama lain seadanya. Telah ramai aku lihat mereka yang mengalir air mata kerna mulut mulut durjana manusia yang hanya pandai menghina dan menutup sebelah mata. Maafkan mereka,mereka tidak mengerti..

  Hentikanlah semua ini,moga satu hari nanti kebodohan hari ini hanya sekadar memori hitam insani. Jaga diri hiasilah peribadi. Hanya mampu menulis dan memahami. Sesungguhnya diri ini juga tidak lari dari dosa dosa durjana setiap hari. Maafkan sahaja mereka,kelak mereka akan mengerti.......