Rabu, 30 April 2014

Jagalah Dirimu

  Jagalah dirimu. Aku mungkin tidak lama untukmu. Masaku bersama dirimu mungkin sahaja bakal habis. Dikau mengejar gunung yang tinggi dan sukar didaki. Aku pula menanti disini disetiap hari. Menanti kepulangan dirimu yang saban hari tidak kunjung tiba.

  Kau bersama si dia,jejaka idaman malaya yang kau agung agungkan. Aku disini sedar,ku hanya bagaikan sayap rerama yang sungguh rapuh. Aku terbang dalam pelukanmu tetapi aku hanyut dalam setiap dustamu. Makin hari aku mencintaimu sedangkan aku tahu kau bukan milikku.

  Aku mungkin telah mati. Ya mungkin sahaja aku telahpun mati dilamun angan angan palsuku sendiri. Cukup bodoh aku memikirkan bahawa aku mampu memiliki dirimu. Selama ini aku menjaga hatimu. Saban hari aku menunggu kau yang sentiasa bernada dalam hatiku. Tapi bagaikan cerita melayu,semuanya hanya dongengan si penyair sunyi ini sahaja.

   Apabila aku bertekad aku akan pergi ya aku akan pergi. Aku akan pergi jauh meninggalkanmu. Apabila aku sudah tiada lagi jangan pernah kau menangis kernaku. Jagalah hatimu sebagaimana aku menjaga hatimu. Sayangi dirimu sebagai mana aku menyayangi dirimu. Hormati maruahmu sebagaimana aku menghormati dirimu. Usah lafazkan apa apa lagi. Aku sudah tekad.

  Biarpun aku mungkin sahaja tidak bisa lupakan dirimu,akan ku cuba lupakan. Biar sahaja aku memukul kepalaku agar darahnya keluar supaya aku bisa melupakanmu. Jagalah dirimu wahai sahabat seerat. Jagalah dirimu. Jagalah dirimu........

  Salam sayang kutitipkan buatmu yang selalu sahaja berada di fikiran ini. Kelak aku selamanya disakiti.....