Sabtu, 26 April 2014

Nombor 019

   Nombor 019 kutitipkan buatmu yang selalu sahaja tidak lekang dari ingatan ini. Teringat kembali waktu waktu suka duka kita bercerita dan bergurau senda melalui telefon tanpa wayar. Pada waktu itu,masa seakan akan berlalu pantas. Nombor 019 ini menjadi saksi sukanya diriku ini mendengar suaramu di malam hari.

   Nombor 019 ini juga membawa memori bagaimana kata perpisahan kau ungkapkan buat diriku. Tahukah kau bahawa pada malam itu hatiku begitu remuk rendam. Nombor 019 yang pernah menceriakan aku sekian lama bertukar menjadi pembunuh sekelip mata. Sakit sungguh hati ini,seakan ditikam mahupun dirodok isi perut berkali kali juga tidak sekejam ini sayangku.

   Pernah terlintas dihati,ingin sahaja aku melemparkan dan membuang nombor 019 ini jauh kedasar laut. Mahu sahaja aku menukar nombor 019 ini menjadi angka yang lain. Tapi aku tidak cukup kuat. Hati ini sering berharap bahawa mungkin satu hari nanti,akan sudi dirimu menghubungi nombor ini kembali,yaa mungkin sahaja. Maafkan aku,nombor 019 ini amat bermakna bagiku.

  Kini nombor 019 ini menerima seribu satu panggilan daripada ramai manusia kecuali dirimu seorang. Kenangan bersama nombor 019 ini masih terpahat kuat dalam ingatan. Andai sahaja nombor 019 ini mati jua pada suatu hari nanti,anggap sahaja aku jua turut mati bersamanya. Moga kenangan bersama nombor 019 ini bisa aku lupakan suatu masa nanti..............