Mungkin senyumku pada hari ini menggambarkan sebuah erti hakiki kehidupan seorang insani,tetapi pada cerita dalam hati tersimpan pelbagai kisah perit rintih.Mungkin senyumku pada hari ini kerna aku sendiri menanti datangnya seorang insan untuk dicintai dan menyintai.Mungkin juga aku mampu tersenyum pada hari ini kerana aku masih berada dalam keadaan yang senang lenang dibuai angan mat jenin yang tiada penghujung walau berakhir waktu.Persoalannya,mengapa aku harus senyum pada hari hariku sedangkan hidupku sunyi ditinggalkan dan ditemani seribu satu kegelapan.
Ku cuba gambarkan hari ini tanpa ada senyum orang yang aku sayangi.Kucuba juga gambarkan hari ini aku sendiri tidak mengenal apa itu erti senyuman yang terlukis diwajahku.Sebab musabab mengapa aku masih lagi senyum walaupun aku terus disakiti amat susah untuk aku ungkapkan dengan seribu satu ayat ayat bunga dan kata kata.Bertanya mereka mengapa sahaja kau masih senyum dalam kepura puraan sedangkan seluruh dunia sedang mengkejimu dan mencacimu dalam diam.Aku hanya mampu tersenyum.....
Aku senyum kerana aku mahu senyum,itu jawapanku.Biar sahaja berapa ramai manusia ingin meninggalkan diriku akan aku terus senyum dan senyum hingga penghujung waktu.Biar sahaja halangan menimpa walau seribu satu dan satu dalam seribu akan aku terus kuat dan bangkit.Sesungguhnya kesakitan hari ini tidak mendatangkan makna jika pada hari esok aku menjadi bertambah kuat.Kesakitan ini mengajarku untuk terus bernyawa dan bernafas dalam arus kekuatan.
Bertanya mereka,wahai insan,aku telah membunuhmu hari demi hari,tetapi mengapa kemaafan juga yang engkau beri.Jawapanku,kerana aku kuat untuk memaafkan dirimu wahai musuhku.Sayangku lebih utuh dari benciku.Jadi aku akan terus tersenyum mahupun didalam hati tanpa ada yang tahu.Kerna aku sendiri mahu tersenyum selalu.....