Isnin, 28 April 2014

Memang Aku Pelik

   Memang aku pelik,dari dulu lagi. Setiap mata yang memandang diriku hanya mampu melihat kepelikkan aku. Aku bukan seperti kamu semua. Aku memang manusia tetapi kita berbeza.

  Disaat semua orang mempunyai rakan rakan sepermainan seusia,aku hanya mampu duduk dan termenung sahaja. Kadang kadang mengalir juga air mata kanak kanakku kerana dicemuh dan dihina. Aku memang pelik,sehingga tiada siapa yang mahu berkawan denganku.

   Aku memang pelik. Ramai yang menggelarkan diriku ini sombong. Tetapi pada hakikat sebenarnya,aku begitu takut dengan kelibat kalian semua. Aku mahu berkawan tetapi bukan semua sudi berteman. Aku memang pelik.

   Seakan sudah biasa dengan pandangan mata manusia,semuanya mengutuk aku dari belakang. Kelibat aku dimana mana sering dipersendakan dan dijadikan bahan gelak tertawa. Aku memang pelik.

  Walaupun aku pelik,aku tetap gembira dengan diriku. Memang benar,selalu juga aku berasa sunyi dan sedih,tetapi aku sedar kepelikkan inilah yang menjadikan diri ini seperti ini. Inilah diriku. Memang aku pelik,tetapi inilah aku. Tidak menjadi kesalahan kiranya jika aku menjadi aku.

  Aku memang pelik. Hidup di dalam dunia ini yang kurasakan pelik. Biarkan sahaja semua ini menjadi aneh,asalkan aku gembira menjadi diriku.......