Khamis, 1 Mei 2014

Kejam

  Bagaimana kau mahu aku untuk tidak kejam terhadap dirimu. Ya,mungkin sahaja aku telah berubah. Mungkin sahaja aku telah berubah menjadi seorang yang kejam. Aku kini bukan diri aku yang dahulu. Ya aku sedar aku telah berubah. Tetapi sedarkah engkau,tahukah engkau mengapa aku berubah?? Semuanya kerna diriku yang dahulu telah mati dibunuh oleh dirimu.

  Aku dahulu seorang yang berperikemanusiaan. Aku dahulu seorang yang menjaga perasaan orang disekelilingku. Disebabkan satu kekhilafan yang aku lakukan,semua manusia disekelilingku menghina aku. Kau,kau yang bernama cinta juga sama sahaja. Kau kata kau mengenali aku tetapi kata hanya sekadar kata.

  Kini kau fikir aku tidak boleh berubah. Kau fikir setelah apa yang kau beri dan sakiti hati ini,aku tidak berhak untuk berubah?? Segala sakit ini kutanggung demi mempertahankan apa yang aku percaya,tetapi kau hanya memperkotak katikkan diriku ini sahaja. Cuba beri satu,hanya satu alasan mengapa aku harus tidak bersikap kejam,sedangkan kau lebih kejam daripadaku.

  Aku kini lebih kuat,berdiri dengan langkah kaki ini sendiri. Segala tomahan dunia mungkin akan membuatkan aku berdarah,tetapi aku tidak akan pernah mati selagi parut ini masih bernanah. Aku insan yang lebih kuat. Berani untuk membuangmu jauh daripada hidupku. Satu sahaja pesanan,jangan pernah hampiri aku atau kau mahu lihat diriku disudut yang lebih kejam.