Rabu, 7 Mei 2014

Mimpi Itu

  Mimpi itu mengingatkan diriku tentang suatu ketika aku mengenalimu. Biar sahaja aku bertemu denganmu di alam yang lain kerana keizinan untuk aku mencintaimu hanya ada di alam itu. Ketika aku lena tidur kau bagaikan pari pari berhias senyuman,datang dan terbang pergi dari hidupku. Meninggalkan aku dengan seribu satu persoalan dan juga satu dalam seribu kecintaan.

  Malam itu juga kau hadir dengan senyuman. Aku melihat dirimu menyandarkan kepalamu di atas bahuku. Terasa kehangatan dan kelembutan kasih sayang itu terhadap diriku. Mimpi bagaikan realiti pada saat itu. Kau lalu terjaga dan tersenyum kepada diriku. Aku jadi tak keruan dengan kepersissan wajahmu dan kemanisan senyummu. Wahai bidadari mimpi,inikah rupa sebenarmu.

  Tidak mahu aku terjaga dari mimpi itu kerna disitu aku merasakan bahagia. Lalu tanganku dan tanganmu ditarik dan direntap oleh dunia realiti tanda harus berpisah. Ingin sekali aku juga turut ikut mati dalam mimpi itu bersamamu tetapi aku tidak berdaya. Cintaku ini hanya dongengan mimpi yang selama ini hanya mainan nurani. Bilakah kita akan ketemu lagi.

  Lalu aku terjaga dari mimpi itu. Perasaan sedih dan hiba menghantui diri ini. Telah aku cuba untuk mengulangi mimpi itu kembali setiap hari tetapi kau tidak pernah lagi muncul walau sekali.

  Mimpi itu,mengajar seribu satu erti. Sakit dan pahit berhias dengan hiasan cinta ini aku titipkan buat gadisku di dalam mimpi itu. Moga sahaja aku bisa memilikimu di dunia nyata kerna cinta ini merentasi dua dunia. Mimpi itu mencalarkan realiti hati ini. Moga cinta ini pulih kembali.

  Jika ketemu kita di dunia nyata,mungkin kau tidak pernah akan mengenaliku. Biar sahaja aku bersembunyi di sebalik bebayang ini agar tangan dan kaki ini tidak mampu melangkah pergi. Sahutlah walau sekali. Kuizinkanmu bahagia wahai gadis mimpi...