Aku berpura setiap hari aku kuat untuk melupakanmu. Lagakku seperti akulah orang yang paling kuat untuk meninggalkanmu. Aku yakinkan hati ini setiap detik dan ketika,aku bisa dan bisa untuk menjauhimu.
Aku berpura bahawa senyumku ini untuk satu dunia melihatku dalam keadaan gembira. Aku terus senyum dan senyum sehingga manusia percaya aku bahagia. Aku menipu diri ini,dengan menyakini bahawa aku bisa tersenyum walaupun tanpa mendengar suaramu lagi.
Aku berpura,akulah insan yang paling kejam. Aku ingin sekali memarahimu setiap kali aku teringatkan kisah perpisahan dulu. Aku juga ingin mengabaikanmu dan tidak mempedulikanmu. Aku berlagak seperti akulah orang yang paling kejam dalam dunia. Sanggup membunuh demi cinta malah sanggup membutakan mata demi dia.
Aku berpura bahawa akulah orang yang akan bangkit pada esok harinya. Semua kenangan itu aku mahu lupakan sahaja. Aku menghasut diriku supaya membenci kamu. Aku menyakinkan hatiku kau wanita yang tidak pernah aku kenali walau sekali. Aku katakan pada mindaku,bunuhlah sahaja dia dari fikiranmu,kelak patah akan berganti baru.
Tetapi yang seperti aku katakan tadi. Aku hanya berpura. Aku hanya berpura pura dan menipu diriku sendiri. Aku harap kau kembali seperti dulu. Aku harap aku juga tidak sekejam ini dengan mudah melupakanmu. Ini diriku tetapi bukan diri sebenarku. Setiap hari aku seakan akan mati kerana sakit merinduimu. Tetapi kau tak pernah tahu.
Aku harap kau pergi jauh dari hidupku tetapi sebenarnya aku berharap kau kembali kepadaku. Aku berharap suatu hari nanti kau akan menghubungiku. Aku berharap kau juga merinduiku sebagaimana aku merinduimu. Ketahuilah dirimu aku sentiasa menunggumu biar sampai nafasku ini terhenti. Kini aku akan terus hidup dalam kepura puraanku agar mungkin suatu hari nanti kau akan sedari.......