Sabtu, 3 Mei 2014

Sahabat

  Sahabat. Sebuah perkataan yang membawa makna syurga bagiku. Di setiap pintu kejemukan hari hari,insan yang bernama sahabat inilah yang selalu datang menghiasi dan meneladani segala isi hati. Manusia yang bernama sahabat ini setiasa aku sanjungi dan sayangi.

  Perkataan sahabat itu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa dekat dan eratnya diriku dengan dirinya. Di setiap pahit kelat tawar asam garam kehidupan,semangat setiakawan tidak pernah berubah. Dari tarikh awal perkenalan dari tersusun jari berjabat tangan,sungguh indah makna persahabatan. Perasaan yang dijalinkan itu membawa maksud kau dan aku saling berhubungan.

  Sahabat bisa menjadi tempat dikau bergantung. Sebagaimana eratnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dengan rakannya Saidina Abu Bakar,sehingga kemati mereka masih berteman. Apabila bersahabat,segala suka dan duka kita lalui bersama. Kau memberikanku air mata dan aku pula membalasnya dengan kegembiraan. Kau mendatangiku dengan pelbagai permasalahan dan aku memberikanmu jalan penyelesaian. Sungguh indah jalinan kita bukan??

  Saat dirimu disakiti wahai sahabat,aku juga turut disakiti. Seakan berdarahnya dikau aku juga turut bernanah. Apabila dikau dihentak bertubi tubi,aku di sini juga merasakan sakit yang sama. Apa yang membataskan kita hanya deria tetapi tidak pada rasa simpati di dalam hati. Seakan aku menyayangi nyawaku sendiri,seberat itu juga aku menyayangi dirimu wahai sahabat.

  Moga sahaja Allah SWT memberkati persahabatan kita yang mekar ini. Salam sayang hingga ke hujung waktu aku titipkan buat semua sahabat sahabatku. Kelak ke jannah juga kita berteman dan kelak hingga ke akhir zaman juga kita berindu rinduan. Wassalam