Sabtu, 3 Mei 2014

Wanita Itu

Wanita itu yang dahulunya aku kagumi. Wanita yang secantik rupa indah persona menambat hati dan jiwa apabila memandangnya. Wanita itu juga yang telah memperagakan serta menimbulkan sebuah warkah berlagu cinta di dalam diri ini pada suatu ketika. Wanita itu juga telah mengajar aku apakah ertinya mencintai juga disanyangi.

  Tetapi wanita itu juga yang telah mengajar aku apakah itu keperitan. Wanita itu juga yang telah mempersetankan segala maruah dirinya pada suatu ketika kerana mencintai seorang jejaka. Aku yang bagaikan jatuh lagi ditimpa tangga hanya mampu melihat juga tertawa kesedihan. Hanya air mata yang dapat aku sampaikan setelah kau aku anggap hanya sebagai kawan.

  Kini wanita itu mula kembali dalam hidupku. Kemana aku pergi pasti dia ada. Dalam realiti mahupun fantasi aku tidak boleh melupakan bahawa wanita itulah cinta dewata aku yang pertama. Dalam pada aku memikirkan tentang dirinya,seribu satu kekesalan juga menghantui diri ini. Kerna kadang kadang aku terlupa,dia juga wanita yang kejam di dalam tetapi bersembunyi di sebalik kejelitaan wajahnya sahaja.

  Wanita itu sungguh kejam. Dia baik dihadapan tetapi pembunuh di belakang. Dia cantik pada pandangan tetapi lusuh pada senyuman. Wanita itu juga yang penuh dengan penipuan,hanya melayan sesiapa yang setaraf dan perawan. Golongan seperti aku ini dianggap lawan dan bukannya kawan.

  Wanita itu,yang sering menghantuiku. Pergi sahaja dari hidupku. Wanita itu yang aku masih cintai,aku berharap jangan pernah kau sebut namaku lagi. Wanita yang akan terus menerus menjadi puaka yang mendatangi di segenap sudut kegelapan hidupku. Berubahlah wahai wanitaku. Mungkin sahaja aku gila. Yaaa mungkin sahaja aku gila kerna terlalu mencintai wanita yang sekejammu. Tertapi ingatlah,kegilaanku ini kerna aku mencintai dirimu wahai wanitaku.

  Wanita itu.........wanita itu.........