Semuanya seakan hilang. Bagaikan bintang yang bersinar dimalam hari apabila mentari tenang bangkit maka gelap jualah bintang. Seakan langit cerah meskipun mendung datang menjanjikan kedinginan,akhirnya hujan jua di petang hening.
Apa yang sebenarnya berlaku. Hidup ini bagaikan terasa jauh pada pandangan. Hanya dikuasai nafsu serakah yang mengejar dunia tanpa memikirkan barzah yang menanti. Apa jua akan aku hadapi bagaikan segalanya melangit tinggi,mustahil jua untuk aku mencuit awan menggunakan jari jemari.
Jatuh lalu terduduk diriku ini. Hilang sahaja semuanya. Aku tidak sedar ramai rakan rakanku telah berpaling jua. Ada yang meninggalkanku dan ada jua yang masih setia. Takutkah dikau akan perpisahan?? Ya sesungguhnya aku amat takut mengucapkan kata selamat tinggal kerana dunia ini begitu luas untuk diriku.
Cinta bagaikan tidak ketemu. Segala simpang jua benua pertualang sudah aku takluki tetapi cinta masih tidak menyebelahi diri ini. Setiap wanita yang aku temui semuanya hanya memandang rupa bukannya hati. Kadang kadang aku hampir berputus asa. Arjuna ini tiada pasangan di dunia.
Mungkin sudah tiba masa untuk aku kembali. Ya kembali pada Yang Ilahi. Sudah pasti Dia yang Maha Mencintai. Aku perlukan rehat juga ketenangan. Biar sahaja aku mencari zuhairi razi yang hilang itu. Timbullah wahai insan yang bernama zuhairi. Kelak dunia baru menunggumu. Panggilan kemenangan sedang menjelma di depan mata. Inshaallah akan muncul putera yang membawa bendera di tangannya juga ilmu di dadanya. Inshaallah kesana jua kita akhirnya.