Pabila malam menjelma rembulan juga mula mendakapmu. Muka surat mimpi mula dibuka tatkala mata mahu terpecam tertutup lena. Bayu dingin malam mengufuk dikaki nan salju tanda kesejukan permaidani minda yang terbentang luas. Cerita malam ini,cerita hari ini semuanya terungkai menjadi satu noktah.
Lenalah sahaja wahai sayangku. Lenakan sahaja dirimu dalam dakapan serta renungan mimpi mimpi itu. Segala perit nanah cerita hari ini lupakan sahaja. Pecamkan matamu. Biarkan sahaja hatimu dihiasi bintang bintang agar dapat ia berdiri teguh pada esok harinya.
Mimpi buruk pasti akan datang menjemputmu. Janganlah risau wahai sayang,kakanda akan sentiasa berada di sisi adinda. Takkan kakanda biarkan adinda menangis lagi. Cukuplah sudah derita hari ini. Izinkan kakanda dodoikan adinda. Izinkan kakanda menjadi arjuna menjaga hati adinda. Jangan pernah terluka lagi wahai adinda. Kakanda sentiasa berada di sini.
Mentari esok akan muncul sebentar sahaja lagi. Maka tidurlah wahai puteriku. Kelak kakanda akan ada saat terbukanya mata adinda nanti. Jika kakanda pergi,jangan pernah buka mata itu lagi. Tunggu sahaja kakanda kembali disisi. Tidak lama walau sehasta kakanda pasti akan pulang menemani adinda semula.
Lenalah wahai puteriku. Lenakan sahaja mata itu. Pecamkanlah sahaja sayangku. Tidurlah agar hilang sakit sakitmu itu. Hiduplah bersama anganmu di alam itu buat seketika. Jika tidak bersedia untuk terjaga jangan pernah mata itu dibuka sayangku. Selamat malam,lenalah.........