Isnin, 16 Jun 2014

Sunyi

  Saat aku sendiri masih tertanya tanya siapa yang bakal mengisi kekosongan ini,aku sendiri juga masih terasa amat sunyi. Setiap hari aku ternanti nanti sahaja,semuanya seakan akan berlalu pergi. Mungkin sahaja tiada ruang dan peluang untuk diri ini untuk menulis sebuah hikayat bersama seseorang yang amat istimewa kerana keistimewaan itu sendiri masih tidak dapat aku temui.

  Pernah sahaja orang berkata,jika kita bercinta,maka akan hilanglah rasa sunyi didalam diri kita. Hanya mereka berdua yang akan dapat merasa saat dan nikmat itu tanpa mempedulikan dunia disekeliling mereka. Ya mungkin kini aku jua berasa teramat sunyi sehingga aku hanya termenung sahaja sepanjang hari.Segala rasa ini sebenarnya tiada siapa yang mengerti.Mungkin aku seorang yang sukar menitiskan air mata tetapi siapa sahaja yang tahu bahawa aku sedang berdarah didalam.

  Masih menunggu detik itu. Saat jantung ini berdetak laju aku seakan tahu detik itu akan muncul jua lambat atau cepat. Saat dimana segala penulisanku selama ini akan menjadi realiti dan segala fantasi akan menjadi mimpi lahiriah yang wujud dalam kegembiraan hati. Mungkin satu hari nanti akan aku mula menulis mengenai diri insan lain yang amat aku sayangi. Mungkin dia hanya akan tersenyum pada saat itu kerna dia juga seakan tahu,aku akan sentiasa ada disisinya.

  Biarkanlah saat saat ini aku menangis seketika,biar walau seketika sahaja. Biar aku menangis sepuas hati kerna aku tahu pasti suatu hari nanti aku akan bahagia. Walau apa yang menghalang,hanya dia sahaja akan sentiasa berada di hati aku. Cepat atau lambat dia jua akan muncul.Aku akan sentiasa menunggu dirimu untuk menghapuskan air mataku ini. Mungkin dia jua akan menghilangkan rasa sunyi ini bersama...