Isnin, 11 Ogos 2014

Biar Robek

Dalam diam aku pendam dalam sunyi aku terkam. Perjuangan ini seakan patah bagiku. Para sahabatku telah pergi meninggalkan aku. Kini aku adalah tentera juga aku adalah raja. Perih aku dihadapan berdarah juga aku relakan

  Telah aku tulis sebuah coretan seakan mahu menceritakan segalanya. Atas kenan perkenan aku hebatkan diriku untuk meneruskan perjuangan. Jikalau diatas aku diserang,dari bawah aku pasang jurus sedia berperang. Kanan dan kiriku sudah banyak dirobek. Hatiku seakan remuk dikopek. Kulitku bagai disiat. Sungguh perit apa yang aku tanggung demi menegakkan sebuah tiang yang patah dilumpuhkan.

  Aku sedar aku harus kuat. Aku tahu aku harus hebat. Biar arus dunia mengorak aku kekanan kekiri jua akan aku teruskan. Sungguh,aku berjanji,takkan aku biar kaumku ini menangis lagi. Cukup sudah kaumku,keluargaku,agamaku menderita. Biar aku derita kini agar aku dapat juga menanggung derita mereka disana kelak. Aku harus perit kini supaya kuat pada perit yang akan datang.

  Biar aku dirobek. Aku akan terus kuat. Biar aku disepit,aku akan terus hebat. Ini perjuangan aku. Ini perjuangan aku yang tiada siapa siapapun yang tahu. Biar keris dalam otak,biar kapak kita campak. Aku tulis cerita ini hanya untuk diriku. Bila patah biar ayat yang mengubati. Bila patah Tuhan yang aku cari. Tetapkan aku pada jalanMu,agar aku tahu ini perjuangan yang satu.