Rabu, 1 Januari 2014

Mengapa Masih Aku Disini

Mengapa masih aku disini? Sedangkan segelintir insani telah menyuruhku pergi. Waktu ini bukan lagi waktu untuk diri ini. Segala yang aku impikan sudah sampai ke penentuan penalti. Sama ada masuk atau tidak,semuanya habis sudah aku perjudi. Mengapa? Mengapa masih aku disini?

Mengapa masih aku disini?? Mengapa masih aku kembali sedangkan kalian sudah mampu berdiri. Mengapa hati ini masih melekat di dalam komuniti insani ini. Mengapa??? Itulah soalan yang sering satu dunia ajukan tatkala aku masih memikirkan tentang kepentingan setiap insan. Mengapa setelah semua rakan rakan seperjuangan telah melangkah kaki pergi,jauh meninggalkan komuniti,aku tetap berdiri di belakang kalian. Mengapa?? Apakah jawapan yang kau mahu dengar dari mulutku??

mengapa setelah aku dihina dicaci dimaki dihumban tanpa rasa simpati,dibunuh oleh mata mata manusia yang mempunyai penyakit hati,mengapa aku masih lagi berdiri disini??? mengapa setelah era penjajahan aku tamat aku masih lagi ingin membantu kalian biarpun hanya sekecil kecil bantuan?? Mengapa??

sungguh mudah jawabnya wahai manusia di sekelilingku,kerna aku suka dan cinta dengan apa yang aku lakukan. Kerna darah yang mengalir ini habis ditumpahkan dan disalurkan terhadap komuniti ini. Kalian takkan pernah tahu bagaimana rasa cinta ini,di dalam hati ini terhadap komuniti ini,takkan.... Takkan pernah sekalipun,walau sekali kalian tak akan mampu mengerti. Saat jatuh bangun komuniti semuanya aku tanggung sendiri. Saat berdarah akibat dibunuh oleh insani,komuniti ini aku bangunkan,walau terkulai layu,walau tinggal hanya jasad tanpa roh aku tetap mengambil tanggungjawabku sebagai pengerusi. Biar!! Biar pada waktu itu komuniti ini hampir mati akan aku tetap bangunkan walau nyawaku sendiri hampir sahaja digilis kekecewaan. Pernahkah kalian mengerti??

saat komuniti hanya sekadar tinggal nama,aku tatang ia bagai minyak yang penuh,aku dewasakan ia sehingga ia mampu berdiri berjalan dan berlari. Aku ajar dan didik ahli ahli di dalamnya dengan segala ilmu didada biarpun masa untuk diriku sudah tiada,tetap aku teruskan perjuangan. Saat aku terkenang senior senior lama segala memori mencurah kembali dan aku tahu,bebanan dan tanggungjawab ini terletak di atas bahuku kini. Sumpah setia aku berjanji terhadap diri,walau seribu kali komuniti mati aku bangunkan!! Bangunkan dengan nyawaku sendiri. Biar harus aku beri darah dan air mata akan aku salurkan sepenuh jiwa.

mengapa aku masih disini?? Mengapa?? Mengapa setelah segelintir adik adikku sendiri membuangku aku tetap dan berdegil masih lagi disini menbur jasa tanpa henti,mengapa??? Kerana rasa cinta yang telah aku tanam sejak hari pertama aku menjejak kaki membuatkan aku masih tetap beridi disini. Mungkin kalian menganggap aku obses dan pelik tetapi,salahkah??? Adakah menjadi satu jenayah bagi diriku memperjuangkan segala galanya demi sesuatu yang aku cinta??? Salahkah?? Jawab pertanyaanku,adakah salah?? Adakah salah!!

pedih hati ini tatkala aku telah melihat komuniti ini maju,dan mampu berdiri,kekuasaan telahpun diserahkan kepada orang yang bersalah dan hanya mampu menggedik dan berdusta. Aku tidak faham apakah spesies dirimu sebenarnya,yang tidak mementingkan kesaksamaan dalam komuniti dan hanya menurut nafsumu dalam memerintah???? Apa yang kau cuba lakukan?? Adakah kau mahu membunuhnya sekali lagi selepas puas aku memberikannya nyawa dan darahku sendiri,semata mata hanya untuk melihat ia kembali disanjung tinggi. Hebat sungguh permainanmu,dan jaga jagalah,masamu akan tiba,kau tunggu sahaja,tatkala ajal maut zaman pemerintahanmu tamat,segala aib dan kelemahanmu akan terbuka di depan matamu sendiri tanpa rasa belas kasihan. Akan muncul golongan yang akan menegakkan keadaan dan memperjuangkan nasib insan yang ditindas. Bersedialah menghadapi mautmu........

mengapa aku masih disini??? Sampai masa akan jua aku pergi. Pada masa itu takkan ada lagi aku ini,yang dirimu sanjungi dan segelintirmu benci dihadapan matamu. Tetapi ingatlah wahai adik adikku,lakukanlah perubahan,bangkitlah sebagaimana abangmu ini bangkit memperjuangkan apa yang sepatutnya perjuangkan. Jika mahu komuniti kembali berpaksi,bangkitlah,lawanlah segala yang menghalangmu dan kenali musuh dikalangan kamu. Kelak komuniti akan kembali ceria dan benyawa.

salam sayang buatmu wahai adik adikku,semoga warkahku menjadi pedoman buatmu,cintailah apa yang kamu lakukan dan curahkanlah sepenuh kasih sayang terhadapnya. Hormati guru gurumu,kelak tuhan akan memberkatimu. Kekalkan warna ungu,kelak asal usulmu takkan hilang ditakuk zaman walau berganti teman seperjuangan. Kepada yang berazam mahu membaiki diri,sempunakanlah dirimu pada hari ini. Kelak dirimu akan bangkit sebagai ketua sejati. Jangan pernah kalian berpecah walau sekali dan amalkanlah konsep kekeluargaan yang sejati. Toleransi merupakan kunci kepada kemajuan komuniti. Abang sentiasa akan kenang semua adik adik abang dalam setiap do doa abg,semoga berjaya dalam cita cita dan hidupmu wahai adik adik kesayanganku.

salam perjuangan,wassalam