Dalam kelip cahaya tersimpan satu rahsia. Aku melihat cahaya menerusi cahaya yang aku sendiri dibutakan olehnya. Dalam kesamaran kelip kelap itu aku terlihat sebuah jalan yang aku ingin tuju. Tapi aku tidak pasti adakah jalan itu yang aku mahu.
Dalam kelipan itu aku mengenal erti agamaku. Dalam kepayahan putaran 365 arah selatan aku bergelut hebat. Pada mulanya nafsuku mengekang aku daripada terus melangkah. Tapi aku tahu ini adalah kebenaran dan kebenaran takkan pernah mengecewakan.
Sikap positif aku tanam sedalam dalamnya bagi aku terus kuat. Persetankan sahaja hasutan dan buangkan sahaja segala keperitan. Hanya aku yang mampu membawa aku terbang dan hanya aku yang mampu membuat diriku tenang. Lalu aku memilih untuk terus menjadi pemerhati. Tidak mengungkit dan tidak pula diungkit. Aku mahu menjadi lebih baik dari diriku yang lalu.
Kelip akan terus berkelip walaupun aku tiada. Tetapi kelip juga akan terpadam jua jika langit mendung berarak awan gelap menghitam menyelubungi cahaya. Apa akan aku biar kelip itu hilang??
Aku masih membaiki dan aku juga masih ingin dibaiki. Cuma jawapan bagi persoalan tadi,aku takkan biarkan kelip itu terpadam. Aku akan perjuangkan walaupun dalam diam. Biar namaku tidak dikenali tetapi biat hanya jasaku yang berbunyi. Cukup sekadar Tuhan mengetahui apa yang aku miliki dan apa yang aku beri.
Kelip dan teruslah berkelip. Akan aku jagamu wahai kelip dalam cahaya.