Rabu, 22 Oktober 2014

Dua

Antara dua aku tidak pasti pilihanku ini yang mana. Sebelah juga cantik lagi sebelah juga menarik. Tapi aku tahu bukan rupa yang menentukan segalanya,tetapi rupa juga yang pertama dilihat oleh mata. Sesungguhnya aku telah ditipu oleh mataku sendiri tatkala aku melihat dua perkara yang menjernihkan hati.

  Sebelah kiri membawa penipuan yang setiap kali tersimpan pasti akan aku rungkaikan ikatan. Aku tahu ini adalah penipuan tetapi mengapa aku masih juga teruskan. Hidup dalam dunia penuh khayalan seakan akhirat sudah dilupakan. Disini aku mengejar populariti dan menghancurkan diri sendiri. Aku tahu ini adalah penipuan tetapi mengapa jua aku teruskan.

  Disebelah kanan jua ada syurga yang terbentang luas di hadapan mata. Di mana jalannya lurus untuk aku teroka. Aku telah terjerumus jauh dalam pengertian kebaikan tetapi manisnya seakan sukar aku rasakan. Ada sahaja dugaan terbentang sebidang seakan aku jua yang harus dibeban. Memang jalan yang lurus ini aku pilih,tetapi jernihnya dikotorkan dengan tangan tangan manusia rupawan. Mereka juga mengejar populariti tetapi mengejar menggunakan modal yang dipanggil agama duniawi.

  Aku pilih yang mana antara dua?? Aku pilih yang kanan,dan aku masih cuba untuk mengelak diriku kekiri disimpangkan. Moga aku terus kuat kekanan tatkala satu dunia cuba melawan.