Selasa, 21 Oktober 2014

Hujan

Hujan tadi seakan mahu menceritakan padaku. Setitis air membawa makna dan seribu erti. Disebalik kedinginan angin yang kau bawa,juga telah kau hadirkan untukku seorang insan yang sanggup menjadi teman seiring sejalan.

  Aku tahu kau ada disampingku wahai teman. Selalu dan selalu kau mendampingi aku. Saat senyum itu hilang juga kau ukirkan kembali untukku. Insan yang tidak pernah mencercaku atas kehodohan dan kebodohanku. Insan yang sanggup menerima aku sebagai aku. Itulah insan yang menemani aku dikala hujan dingin membasahi urat urat rambutku.

  Tadi kita basah. Tapi kita tetap tersenyum kerna kita tahu kita basah bersama. Basah aku basah juga kamu. Walau sedingin mana kita tetap ketawa hingga ke akhirnya. Begitu juga hidup yang dingin ini. Kau sentiasa ada untukku wahai teman. Tatkala hujan datang menghampiri,kau tidak membawa payung,tetapi sanggup kau redah hujan itu bersama aku. Biar kita sejuk bersama.

  Tuhan tolonglah berkati dia,temanku ini. Sebaik baik insan,setulus juga hatinya. Rahmatilah hidupnya seakan kau turunkan hujan membasahi bumi yang barakah ini. Moga hujan ini tidak akan berhenti,kerna ku tahu,aku kuat untuk menghadapi bersama temanku disisi.

Hujan....basahilah hatiku.