Rabu, 22 Oktober 2014

Aku tidak sepertimu

Aku tidak sepertimu. Aku bukanlah manusia yang selalu dipuja puja setiap masa. Dari kecil hingga dewasa,hatiku ini sentiasa keseorangan. Sungguh sulit untuk difahami dan sungguh jumut untuk diselidiki.

  Aku hanya memerhati manusia manusia lain. Semuanya berteman. Semuanya bergelak sakan bersama rakan rakan. Di dalam hati,tipulah kukatakan bahawa tiada ruang rasa cemburu dan menipulah aku kalau aku tidak mahu menjadi sepertimu.

  Aku tidak sepertimu. Mungkin telah ditakdirkan diri ini keseorangan. Apa yang aku bekalkan hanya impian dan harapan. Aku mahu menjadi peneman kepada insan insan yang kesepian,kerana apa? Kerana aku memahami bagaimana sakitnya rasa keseorangan.

  Mungkin kau katakan aku hanya melayan perasaan. Sungguh,aku benar melayan perasaan. Sensitivitiku hanya pada manusia yang aku rasa patut disayangkan. Bukan senang untuk memahami tetapi kalau kamu menghampiri aku sanggup membuka jalan untuk difahami.

  Manusia dalam hidup memang datang dan pergi tetapi aku tetap disini. Ada jua insan yang sentiasa memahami,alhamdullilah,semakin aku dewasa aku semakin berani. Kerna orang orang sebergini membuatkan aku lebih berdikari. Mereka bukan sekadar memahami,tetapi mereka juga mengerti dan cuba untuk menyelami tatkala kebanyakkan manusia hanya melarikan diri.

  Apa yang aku takut di dalam dunia ini?? Aku takut akan mata mata manusia. Aku takut akan persepsi manusia. Aku takut akan tikaman lidah manusia. Manusia ini sentiasa kejam pada hakikatnya. Tidak cuba mengenal terus menghukum. Tidak mahu menyoal terus mencanang khabar melalui logik akal. Yaa aku juga manusia yang melakukan kesilapan,tetapi apakah kesalahanku tidak boleh dimaafkan?? Sungguh mulia manusia pada zaman ini,mereka melakukan kesalahan,kita memaafkan dan apabila kita melakukan kesalahan,ke neraka juga kita dihumban,terus tanpa soal dan pengadilan.

  Aku tahu aku tidak sepertimu. Yaaa suatu masa dahulu mungkin aku ingin menjadi sepertimu,tetapi kini aku tidak mahu menjadi sepertimu. Kerana kamu seakan terlalu suci dalam status dan martabatmu kau angkat setinggi langi nan biru. Biarlah aku bergelumang dengan kesepian ini kerna disini jua tempatku. Di mana aku lahir dan membesar disini. Sekurang kurangnya aku tidak akan hilang identitiku.

  Aku bukan sepertimu....ya aku bukan dan tidak akan sepertimu.