Seandainya dirimu mengerti apa yang sering ku rasa dalam hati ini. Sebuah rasa yang tidak mungkin kau mahu mengerti dan fahami. Sebuah rasa yang susah bagiku untuk ungkapkannya,perit bagiku untuk aku luahkan dan kelu lidahku untuk menceritakan. Arghhh,segala ungkapan bagaikan tiada cukup bagiku untuk menerangkan bertapa perit hati ini mencintaimu,tetapi ku sedar siapa diriku,hanya bagaikan sebuah tiang letrik yang kau tahu sentiasa menerangi jalan jalanmu tetapi sekalipun kau tidak pernah pandang dan hargai. Tempatku hanya di tepian jalan dan ku hanya melihatmu apabila saat kau melintasi diriku,tanpa ada perasaan kasih dan sayang.
mengenali dirimu melalui senyuman manismu,itu sudah cukup membuatku jatuh hati padamu. Bermula hubungan sebagai seorang rakan sekerja,hatiku mula menjadi tidak keruan dan sedikit perasan,haha. Sungguh pelik dan indah,bercampur menjadi satu,bagaimana ku boleh jatuh cinta buat kali ketiga sedangkan selama ini diriku sering kali disakiti. Haha,diriku juga tidak dapat mengerti perasaan sendiri. Rasa ini tidak dapat ku jelaskan dengan perkataan mahupun ungkapan. Ya,aku mengakui,aku jatuh hati padamu,biar tiada siapapun tahu.
tapi sayang seribu kali sayang,hatimu sudah menjadi milik orang lain. Hubungan kita bagimu hanyalah sekadar adik dan abang,tidak lebih daripada itu. Saat kau berterus terang kepada diriku,hatiku hancur luluh retak seribu. Kaca yang dahulunya indah kini sudah hancur berantakkan dan menjadi butir butiran pasir tajam yang menyakitkan.
saat kutulis warkah ini ku mahu kau tahu ku sering mengingati dirimu. Tidak pernah terleka setiap doaku mendoakanmu agar kebahagiaan sentiasa disampingmu. Masih ingat lagi hari terakhir aku melihat dirimu. Keadaan sudah tidak seperti dahulu lagi. Dirimu pada hari itu tidak lagi melayan diriku. Hanya permohonan maaf berserta air mata kau ungkapkan kepada diriku dan kita berpisah membawa haluan waktu.
seandainya kau mengerti apa yang ku rasa, Ya Allah peritnya rasa ini kutanggung sendiri. Senyumanmu entah kenapa selalu sahaja bermain di dalam kepala dan menari diatas anak mata. Kini ku hanya mampu melihat wassapmu yang sering kali online tetapi tidak pernah sekalipun ku menegurmu. Membaca segala wassap wassap kita yang terdahulu membuatkan diriku tersenyum dan menangis pada waktu yang sama. Melihat foto fotomu di moment wechat sudah cukup memeritkan hatiku. Seandainya kau mengerti,andai sahaja kau mengerti....
Wahai tuhan,jikalau sakitnya bercinta sebergini,biarlah aku tidak bercinta. Memikirkan sahaja dirinya membuatkan aku merasa seperti terbunuh berkali kali. Cinta dariMu sahaja yang mampu membuat diri ini tenang. Kau kurniakanlah kepada diriku jodoh yang terbaik buatku,yang bisa menghilangkan segala sakit didada ini kerna mencintai manusia. Berikanlah kepadaku salah seorang bidadarimu dimuka dunia ini untuk mengubat luka dihati Ya Allah...
seandainya kau mengerti wahai insan yang ku cintai,andai sahaja kau mengerti. Andai kau baca warkah ini ku mahu kau tahu yang aku sentiasa mengingatimu,biarpun bukan sebagai milikku tetapi sebagai masa silamku. Apa yang ku mahu hanya hidupmu gembira sentiasa. Pergilah bersamanya. Telah kurelakan jiwa sepenuhnya biarpun sakit ini selama lamanya. Andai sahaja dirimu tahu cukup walau sekali,moga moga dirimu mengerti pabila diriku tiada lagi......