Assalammualaikum semua,
Semenjak dua menjak ni perasaan dihati ni mula bercelaru dan kekosongan tahap separa telah melanda hati. Zuhairi pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni rasa kosong sangat hati,seolah olah keseorangan dalam dunia ni. Bagai air hujan yg mencurah ke bumi,tak pernah lekang membasahi tanah yg merah,begitu juga zuhairi,walau ramai yg berada di sisi,tetapi,hati ni rasa serba kekosongan dan kehilangan.
Badan pon sudah tidak semakin segar kebelakangan ni,sering sahaja sakit sakit. Mungkin ini semua dugaan tuhan kan pada zuhairi. Tiba masa kot teguran ini dipandandang serius oleh zuhairi. Ihdinassirotolmustakim,wahai tuhan tunjukkan kami jalan yg lurus. Sesungguhnya hambamu ini telah lalai melaksanakan tanggungjawab terhadapmu Ya Allah,tiba masanya hambamu ini kembali sujud kepadamu. Berilah perluang kepada hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya tiada tempat kembali selainmu tuhan yang Maha Esa.
Rindu yg berputik tatkala keseorangan kepada arwah moyang zuhairi,telah lama che mah meninggal. Orang yang membesarkanku dari umur sebulan sehingga boleh berjalan dan berbicara,nyang,aji rindu sangat dekat nyang. Bila aji makan ayam masak kicap,teringat kembali saat saat bersama nyang. Nyang,maafkan aji kerana telah lama meninggalkan ayat ayat lazim hadiah bagi nyang pada malam jumaat,maafkan aji nyang.
Suka duka bersama dikongsi dengan izzuddin,din kaulah sahabat baikku dunia akhirat. Daripada kisah cinta,curang,suka duka,segalanya tentang diriku,semuanya kau tahu din. Aku suka mendengar kau berceloteh dan aku takkan lupakan saat kita bergembira dan gila gila bersama,aku nak kau tahu,aku amat menyayangimu sebagai seorang abang dan sahabat. Tanpa kau,mungkin aku takkan berada disini din,terima kasih din,terima kasih.
kekosongan diri ini akan aku warnai dengan seribu kaler lunar ,inshaallah yang menyinar akhirnya,hubungan dengan tuhan akan ku jaga dengan sempurna,keluarga,sahabat diutamakan dan kepada yg telah pergi akan ku sentiasa mendoakan hingga aku juga pergi bersama sama mereka,hembusan nafas terakhir kutitipkan dengan penuh rasa sayang dan kasih kepada semua yg sudi mengisi kekosongan diri ini,kini inshaallah,diri ini akan mula terisi dengan segala yang ada walaupun sedikit tetapi penuh makna.
wassalam