Rabu, 25 Disember 2013

Kenyataan

Kenyataan,sebuah perkara yang amat memeritkan. Sebuah situasi dimana kita akan menyedari apa yang kita mimpikan atau mahukan selama ini berkemungkinan terjadi atau tidak terjadi. Kenyataan dimana adakah perkara itu muncul kembali di dalam hidup kita ataupun pergi begitu sahaja tanpa ada sebarang kata berpisah untuk selamanya. Ya,mahu tidak mahu kita harus menerima kenyataan yang sedang atau bakal terjadi di dalam hidup kita. Persoalannya,bersediakah kita??

Telah cuba kuharungi kenyataan bertapa sedihnya diriku saat beberapa orang rakan rakanku mengambil keputusan untuk mengakhiri perjalanan kami bersama sebagai seorang sahabat. Tanpa ada kata kata selamat tinggal,mereka memulaukan diriku begitu sahaja. Gampang sungguh kau keluar daripada hidupku,haha. Kini bertegur pun sudah tidak semesra dahulu. Kadang kadang kufikir,kemana pergi kenangan kita bersama. Ya,aku juga manusia yang punyai perasaan dan dilahirkan untuk belajar daripada kesilapan. Harus kuterima segala kenyataan ini.

Kenyataan yang masih tidak sanggup aku hadapi dan amat gentar untuk aku selami ialah bakal kehilangan kedua ibu dan bapaku. Ya Allah,sungguh gentar diri ini. Aku tahu,mereka hanyalah sekadar pinjamanMu yang sementara dimuka bumi ini,tetapi janganlah kau ambil mereka di saat aku masih berdosa terhadap mereka dan masih tidak bersedia. Biarlah hambamu ini berbakti kepada kedua dua mereka sebagai sebuah tiket kesyurgamu Ya Allah. Berkatilah hidup kedua dua mereka Ya Allah. Sesungguhnya darah yang mengalir di dalam badan ini adalah kerana nyawa mereka yang memberikanku nyawa Ya Allah.

kenyataan,memang menyakit. Manusia datang dan pergi. Kepada mereka yang pergi,selamat jalan ku ucapkan,moga selamat dalam perjalanan dalam dunia yang fana ini. Insahaallah berjumpa lagi hendaknya di akhirat sana. Kepada mereka yang bakal dan akan hadir di dalam hidupku,selamat datang saya ucapkan,moga perjalanan kita bersama sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Ya Allah,berkatilah hidupku,hidup keluargaku,hidup guru guruku dan hidup rakan rakanku. Berilah sentiasa kepada kami hidayah dan petunjuk di jalanmu Ya Allah. Moga kenyataan ini tabah aku terima......