Jumaat, 13 Disember 2013

Anak Bonda

Assalammualaikum,hye gang, ;)

Teringat kembali peristiwa di sekolah tadika 12 tahun yg dulu,aku sering diejek kerana setiap sekali datang ke sekolah,air mata kanak2 ku mesti bercucuran terkenangkan seseorang. Rasa sedih dan sebak didada tatkala ditinggalkan insan yg bernama bonda,haha,ya,ibuku yg amat kusayangi. Rakan rakanku sering kali memerli diri zuhairi di sekolah dan mengelarkanku 'anak mak'. Mana taknya,hampir setiap hari datang ke tadika,aku sering menangis kerana ditinggalkan bonda kesayanganku,haha,masa tu kanak kanak rebina lagi. But seriously,dari dulu lagi actually zuhairi ni anak mak,takbley berenggang langsung dengan ibu.

Menjejak kaki ke alam sekolah rendah,bonda jugak yg memakaikan baju sekolah setiap hari,mengejutkanku dan membangkitkanku setiap hari dari katil tempat beristirehat,memakaikanku bedak dan menciumku tatkala dihantar kesekolah,hari pertama sekolah sedih jugak but tahan air mata,konon nak tunjuk macho depan kawan kawan tetapi dalam hati ni,haha,hanya tuhan sahaja yg tahu. Tahun 6,ketika result upsr diumumkan,air mata aku sekali lagi berderai,kecewa akibat result yg rendah,siapa yg pertama sekali memelukku?? Bonda jugak,menyapu air mataku dan memujukku supaya jangan bersedih,tak lari lagi daripada jasa dan pengorbanan seorang bonda.

Sekolah menengah,alam remaja,saat putus cinta,mana tempat mengadu?? Bonda jugak,haha,. Saat result pmr keluar,kali ini aku tak menangis,kali ni bondaku pula yg menangis kerana aku cemerlang dengan jayanya. Bonda memeluk erat diriku dan mengucapkan tahniah. Bonda juga peneman setia sehingga ke hujung waktu.

Kini zuhairi sudah menginjak dewasa,bonda pula semakin tua,haha,tetapi rasa manja dan cintaku terhadap bonda tidak pernah berubah selamanya. Tidak dapat kubayangkan sehari hidupku tanpa bonda. Bonda,abg nak bonda tahu,abg akan selalu sayangkan bonda hingga ke akhir waktu,inshaallah abg akan menjadi anak yg soleh yg sentiasa mendoakan bonda tatkala bonda sudah tiada lagi. Bonda,abg sayang bonda ketat ketat,haha.

Dengan bangganya saya mengumumkan bahawasanya saya ini anak bonda selama lamanya,haha,lantaq pi apa orang nak kata,my hearts will always with bonda,pasni ada bini pon nak duduk ngan bonda lagi,hahahaha. Salam sayang dari abg untuk bonda yg tak lama lagi nak anniversarry dengan ayahnda sempena perkahwinan yg berusia 17 tahun. Semoga bonda sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta.

peace out,wassalam