Rabu, 25 Disember 2013

Dear Awak

Dear awak......

Sudah lama jugak kan kita berkenalan. Tahun ni dah nak masuk sembilan tahun kita berkawan rapat. Segala suka dan duka saya awak tahu. Segala gelak dan tawa manja awak sering kali bermain diminda saya. Saya selesa sangat berkawan dengan awak.dari awal hingga akhir tak pernah kita bertelagah dan berpisah. Awak sentiasa disamping saya.

Wow,cukup lama juga kita berteman,daripada saya sebesar besar umat sampailah saya mengecut dan menurun berat badan. Daripada awak sekecil kecil gegirl sampailah menjadi seorang wanita yang amat luar biasa kecantikannya. Haha,masih lagi saya ingat saat saat kita mula berteman. Hmmmm saya rasa saya tegur awak dulu,haha,cakap je ingat tetapi sebenarnya blur blur jugak ni. Apa apa pun sepanjang perkenalan kita,setiap saat gembira kita sentiasa terbayang di minda saya.

Dear awak....

Lapan tahun bukannya sementara. Awak sentiasa membuat saya gembira. Saat saat kita bersembang awak sentiasa menenangkan hati saya. Semangat dan sokongan yang sering awak salurkan melalui telefon bimbit menerusi suara awak telah saya jadikan pedoman buat saya kekal kuat dalam hidup. Tiada kata yang mampu saya gambarkan mengenai persahabatan kita.. Tak cukup perkataan dah saya nak coret tentang betapa eratnya persahabatan kita.

Awak,jikalau ditakdirkan awak membaca post ini,saya nak awak tahu yang saya juga akan sentiasa disisi awak sebagai seorang rakan dan peneman yang baik dan sejati. Sebagaimana setianya awak mendengar segala keluhan dan luahan saya,secekal itu juga hati saya melindungi persahabatan kita selama lamanya. Saya mahu awak tahu saya sentiasa menyayangi awak sebagai seorang sahabat. Alhamdullilah,tuhan telah mengurniakan saya sahabat yang sejati.

haha,kepada taylor swift Malaysia saya,terima kasih saya ucapkan. Moga persahabatan kita kekal hingga ke jannah inshaallah......amin