Selasa, 31 Disember 2013

Rumusan Tahun Ini

Tahun 2013,membawa seribu satu makna dalam kehidupan seorang insan yang bergelar zuhairi razi ini. Tahun dimana aku mengambil Spm,peperiksaan yang amat besar sekali yang menentukan kejayaan hidupku. Tahun dimana PRS telah mengubah hidupku dan hidupku telah mengubah PRS. Macam macam telah terjadi sepanjang tahun ini. Segala jerih payah,nangis tawa,suka duka,telah selesai chapternya untuk aku lalui.

Bermula awal tahun,pencapaian SPM diutamakan,wah rasa sungguh parah dihati. Berat wooo,spm tu,bukan calang calang peperiksaan. Hari semakin berganti dan masa semakin mencemburui,spm datang menghantui,haha,suka duka gagal dan lulus peperiksaan telah aku hadapi dan kini hanya menunggu result untuk dihayati sejauh mana ilmu didadaku ini. Telahpun aku lalui era SPM itu dengan penuh rasa hormat dan letih dengan segala dugaan mendatang. Terima kasih kepada guru guru dan sahabat sahabat yang banyak membantu.

PRS,sebuah nama komuniti yang tidak asing lagi. Hidupku hidupnya,hidupnya kernaku, sangat sangat aku sayangi komuniti ini,berbakti sejak hampir suku hidupku yang lalu,semuanya telah berubah apabila aku mengambil alih tampuk pimpinan. Suka duka bersama dihadapi dan era itu telah aku lalui. Kini aku hanya mampu tersenyum melihat adik2 prsku membesar sebagai seorang pemimpin berkaliber.

Kehilangan juga dirasa,yang hidup pasti akan mati jua. Pemergian arwah pakcikku ke pangkuan ilahi, 'ayoh cik' pasti akan dikenang sampai bila bila. Sungguh lama beliau menderita dan akhirnya beliau pergi jua. Salam sayang buatmu wahai pakcikku,inshaallah jannah menunggumu.

melangkah setapak lagi ke alam baru,meninggalkan era persekolahan,itulah 2014 bagi diriku. Harapan dan impian sentiasa tersemat di dalam hati. Azam dan kata kata keramat biarlah ku simpan sendiri. Moga tahun yang mendatang akan lebih membawa seribu satu cahaya pada diri ini hendaknya,inshaallah.

Selamat tinggal 2013,tahun yang membawa seribu satu makna,takkan kulupakan kenangan bersama. Apa khabar 2014,bertemu jua akhirnya,moga apa yang dirimu bawa bagi diriku adalah sesuatu yang amat bermakna. Langkah kaki kanan kumulakan tatkala jendela tahun baru bakal menelang,moga pabila terbuka mata pada esok hari,sinar baru akan menerpa di dalam hidupku. Salam sayang 2013 kutinggalkan dengan penuh sebak didada,moga tahun 2014,segalanya indah hendaknya.....amin