Kerana dia aku mula mengenal erti suka dan bahagia. Kerana dia juga aku mula terpaku buat kali pertama. Bagaimana rasa yang selama ini tidak terbit di dalam hatiku mula muncul tanpa ada rasa ragu. Kerana dia cinta yang pertama dan senyumnya membuatku bahagia.
Kerana dia aku konsentrasiku mula terganggu. Kelibatnya sering sahaja bermain di dalam kepalaku. Sakit di dada mula terasa bagai menikam nikam setiap kali aku melihat wajahnya. Ya,kami rakan sekelas,selalu bersua dan bersapa mesra tetapi tidak pernah ku sangka,kepada dia juga hatiku dimiliki. Mengapa dia?? Tanyaku ketika keseorangan dan sampai ke hari ini aku tidak pasti apakah jawapan yang paling tepat untuk soalan itu.
kerana dia,hatiku berasa sakit dan perit kerana menyimpan dendam cinta. Tak pernah sekalipun,sekalipun aku menyatakan perasaan sebenarku. Akhirnya,hatiku hancur berkecai bagai digilis lori 5 tan di persimpangan jalan percintaan. Dia pula dimiliki oleh orang lain. Cinta pertamaku pergi begitu sahaja. Bagaikan hilang harapan,air mata terus bercurahan,rasa bahagia terus bertukar cemburu dan benci yang tidak semena.
melihat sahaja dia dan lelaki itu,hatiku sakit dan pedih,kau tikam diriku dan membiarkan luka itu parah dan menanah. Begitu rasa yang ku rasa. Kerana dia,dendam kesumat mula membara,atas nama dendam kerana cinta dan rasa yang dikhianati. Sungguh mudah kau mengubah pegangan diri yang tidak mahu bercinta kerana seorang lelaki yang hanya mempermain mainkan rasa cintamu.
apa pernah kau lihat diriku disini??? Jawab pertanyaanku wahai gadis,pernahkah kau lihat aku disini???? Pernahkah sekali kau cuba memalingkan perhatianmu untuk melihat walau sekali aku yang berdiri di sini,yang setia menantimu,menangis untukmu,sakit hanya keranamu dan menjagamu daripada jauh,pernahkah!!! Aku tahu aku tak pernah layak untukmu tetapi apakah begitu kejam dirimu untuk menghina maruahku,hebat sungguh dirimu wahai gadis.
kerana dia,ya kerana dia aku jadi begini,kerana dia. Akhirnya dia pergi membawa diri jauh dari diriku,jauh sekali. Terima kasih wahai gadis,thank you soo much. Moga berbahagia disana. Kerana dia......kerana dia!!