Aku bukan anak lord. Bukan anak lord yang hidup mewah disamping kesenangan harta dan kebendaan dunia. Bukan anak lord yang mampu memanipulasi wang dan harta benda untuk kepentingan peribadi. Tidak dimanjakan dengan kesenangan dari mula hingga boleh berdiri sendiri. Aku dididik sejak kecil supaya berserdehana di dalam dunia yang sementara ini.
Aku bukan anak lord yang mampu menggunakan harta secara membuta tuli mengikut nafsu insani. Segala keinginanku tidak pasti dapat kutunaikan lagi. Tidak mampu membelanjakan harta demi wanita yang kucinta apa lagi membazirkan wang ibu dan bapa. Bukan anak lord yang sekaya mereka mereka diluar sana. Mereka yang mampu membeli apa apa sahaja yang dipinta. Aku juga bukan anak lord yang mampu menarik perhatian wanita dengan nilaian wang berbelas juta.
aku bukan anak lord yang mampu mendapatkan kereta berjenama. Bukan anak lord yang mampu membeli rumah sebesar istana. Penuh sederhana ku menjalani kehidupan biasa di samping keluarga tercinta. Pernah juga terfikir jika aku anak lord apa yang aku akan lakukan sebagai langkah pertama. Tetapi ingatlah,kekayaan dunia hanyalah sementara. Janganlah dikaburkan dengan harta dunia semata mata untuk menaikkan nama di persada dunia. Harta juga pangkat berstatus kaya juga sebagai ujian yang Maha Esa. Aku bukan anak lord....
Aku bukan anak lord yang bisa memberimu kasih berdasarkan harta. Aku bukan anak lord yang mampu membelikanmu perhiasan sebesar dunia. Mengapa pula cinta harus memandang kepada rupa dan harta. Ya benar untuk hidup memerlukan kedua duanya tetapi ingatlah segala galanya punyai batasan dan pengakhirannya..
sekadar peringatan untuk diri supaya tidak riak dan sombong dimuka bumi ini. Aku bukan anak lord. Biarlah kekayaan berlimpah ruah sekalipun,aku tetap bukan anak lord. Muhasabah kejalan yang benar,kelak dirimu kan mampu menggapai harta akhirat dalam keadaan yang sederhana. Aku bukan anak lord......