Isnin, 16 Disember 2013

Sahabatku

Sahabat,kategori manusia yang kugelar,yang selalu mewarnai hidupku dan hari hariku. Bermula dengan salam perkenalan,bertukar nama,berjabat tangan,semuanya telah mengubah landskap kehidupan kita berdua. Daripada seorang yang asing pada permulaannya dan kini mengorak langkah yang lebih mendalam mengenali hati budi masing masing. Bertukar cerita setiap hari dan berkongsi gelak ketawa,itulah sahabat.

Sahabatku,ada diantaramu adalah teman sehidup sematiku. Rakan yang sukar dicari dan ditukar ganti,bagiku sahabat seberginilah yang kuanggap teman sehidup semati. Sering membuat diriku tertawa suka dan gembira. Dikala susah dikaulah orang pertama yang menerpa hidupku,menghulurkan bantuan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Walaupun mempunyai seribu satu alasan untuk meninggalkan diriku tetapi dirimu masih setia menghadapi kekurangan insani yg terserlah pada diri,inshaallah ke jannah persahabatan kita nanti.

Sahabatku,ada antaramu ditakdirkan tidak lagi bersama dalam hidupku. Kemunculanmu hanya seketika dan apabila tiba masanya,berakhirlah sebuah cerita. Dirimu tidak lagi menerpa dalam hidupku. Kau hanya singgah sementara disalam hikayat hidup insan ini. Akan senantiasa ku kenang dirimu walaupun memori bersamamu hanya sementara,moga berbahagia dimana jua anda berada.

Sahabatku,ada diantaramu yg pada mulanya sahabat biasa dan kini kita mulai meraih cinta bersama,kau mengenalimu dan diriku menyayangimu. Bukan dirancang tetapi sudah ditakdirkan oleh sutradara yang Maha Esa. Hatiku sudah terpaut padamu melalui sebuah perhubungan yang dikenali sebagai persahabatan. Inshaallah,kalau ada jodoh bersama,bersatu jua akhirnya.

Sahabatku,ada jua diantara kamu yang dahulunya sahabat kini menjadi musuh. Bukan kupinta tetapi keadaan telah mengubah segalanya. Kau dan aku kini sudah tidak semesra dahulu lagi. Namun jauh disudut hatiku ini masih tersimpan memori saat saat bersamamu wahai musuhku tersayang. Sering jua kuberharap agar air yang keruh bisa dijernihkan semula. Ku hanya mendoakan yang terbaik untuk kita bersama wahai frienemies.

Pilihlah kategorimu wahai sahabatku,tanyalah pada dirimu dimanakah tempat letaknya dirimu didalam hati ini. Dalam persahabatan ini tidak pernah sekalipun ku melupakan segala memori yang kita bina bersama. Sering kali kupanjatkan doa kepada Allah SWT agar dipanjangkan persahabatan kita,moga moga berkekalan hingga ke jannah inshaallah,salam persahabatan dijalin dari diriku buat semua sahabatku. Mudah mudahan persahabatan ini utuh dan kukuh hingga ke akhir nafas....amin