Apabila diriku terlihat akan baju unggu yang tergantung di dalam almari pakaianku,hatiku menjadi sebak dan sayu. Segala memori memori lama kian terpancar kembali ke dalam ingatanku. Sukar untuk melupakan apa yang berlaku sepanjang lima tahun waktu berlalu. Saat saat aku teruja untuk ke sekolah pada hari pertama hanya untuk bertugas dan memakai uniform t shirt berwarna unggu itu.
terkenang kembali saat tahun pertama persekolahan,pada hari pertama terlihat abg abg dan kakak kakak,berdiri dihadapan menyemat dan memakai baju unggu dengan penuh rasa bangga. Ku mendongak ke atas melihat baju itu,ya aku telah membuat keputusan untuk menyarung baju itu suatu hari nanti sebagai seorang yang disegani. Ya,baju unggu idamanku,akan ku dapatkannya juga tidak kira apa cara sekalipun.
wahai baju unggu,kau telah mengajarku pelbagai erti kehidupan. Dari hari aku terima dirimu sebagai milikku,perasaan suka duka telah kita lalui bersama. Masihkah kau ingat akan waktu waktu gembira kita bersama,melaksanakan aktiviti,penat lelah peluh segala galanya. Masihkah kau ingat saat saat aku jatuh cinta juga kepada pemakai baju berwarna unggu,haha. Wahai baju unggu,kau telah mengajar aku pelbagai erti hidup.
wahai baju unggu,kini kau tergantung di dalam almariku buat selama lamanya. Kesepian tanpa ada orang yang mahu memakainya. Ingin sekali ku menyarungmu tetapi apakah daya,saat ku menyarungmu,hatiku akan mula berasa sebak dan hina. Baju unggu,kaulah harta kesayanganku,wahai baju,jika kau boleh berkata kata,sudah pasti kau juga ingin meluahkan apa yang aku rasa kerana kaulah yang paling dekat dengan dadaku saatku menyarungmu di badanku.
wahai baju unggu,masihkah kau ingat saat hari terakhir aku menyarungmu. Saat berita gembira bertukar duka yang disampaikan oleh orang yang aku percaya. Ya,kita telahpun melalui hari hari itu wahai baju,tetapi masih ku rindu kepada mereka mereka semua wahai baju. Wahai baju,maafkanlah kesalahan adik adikmu,kelak mereka akan dewasa dan mengerti apa yang kau maksudkan dengan pengorbanan dan keazaman. Biarlah mereka membesar dengan belajar daripada kesalahan wahai baju unggu.
salam sayang buatmu wahai baju unggu,kelak suatu hari nanti aku akan kembali memakaimu. Biarlah dirimu tergantung di dalam almariku buat sementara. Kelak marahmu kan reda dengan sendiri wahai baju unggu........