Khamis, 19 Disember 2013

Kegagalan

Saat merenung kembali liku liku kepayahan dan kesusahan hidup yang sering kali menjenguk dalam jendela kehidupan ini,teringat kembali nostalgia yang merentap seribu satu semangat didalam hati ini bagi meneruskan hidup. Saat kegagalan datang meninpa seolah tiada belas kasihan kepada diriku. Ya,memang aku akui,kegagalan selalu sahaja datang dan pergi didalam hidup ini,sama ada aku cukup kuat atau hanya berserah pada takdir,itu semua pilihanku dan keputusanku sendiri.

Pernah juga bertanya pada diri ini,adakah aku ini lahir bagi menjadi peneman hidup fenomena kegagalan. Benar,sememangnya kegagalan amat menyakitkan,bagaikan merentap dan menikam jiwa bertubi tubi tanpa henti. Darah dan air mata disatukan sekali maka terhasillah satu rasa yang dipanggil kekecewaan.

Sesungguhnya tuhan itu Maha Adil,setiap kegagalan sebenarnya adalah untuk mengejutkan jiwa kita daripada terlena. Mungkin selama ini kita alpa dan leka dengan hasutan dan kelalaian duniawi yang sementara ini. Mungkin silap kita juga tidak berusaha sekuat dan semampunya bagi terus mengorak langkah kearah kejayaan. Bagaikan dibunuh dipertengahan jalan,seakan akan mati didalam perjuangan,itulah perisa dan perwarna bagi kegagalan.

Tuhan juga Maha Adil. Setiap kegagalan pasti ada penawarnya. Sama ada kita mahu bangkit atau tidak semuanya terserah kepada kita sendiri. Allah SWT takkan mengubah nasib hambanya jika hambanya sendiri tidak mahu sedar dan berubah. Jika gagal hari ini,bangkitlah pada keesokkan hari,ambillah masa untuk bersedih tetapi janganlah melebih lebih. Inshaallah gagal hari ini tidak bermakna gagal pada hari esok. Esok mentari pagi akan muncul,memberi sinar harapan baru bagi setiap manusia di muka bumi ini. Jangan pernah berputus asa,inshaallah kejayaan akan menunggu kita dimuka dunia.

salam tahniah diucapkan kepada harimau muda pada sukan sea 2013,walaupun tidak dapat mempertahankan emas pada tahun ini,tidak mengapa,anda telah mencuba sebaiknya. Bangkitlah wahai harimauku. Kepada adik adikku yg dapat result pmr,tahniah kepada yang berjaya dan syabas kepada semua. Anda semua adalah pemenang kerana sanggup berjuang hingga ke akhirnya,jangan mudah putus asa,ini adalah permulaan semata mata,inshaallah boleh punya,dont worry worry,haha.

salam kejayaan untuk semua,wassalam