Jumaat, 13 Disember 2013

Mata Itu

Melihat mata itu,terkenang kembali disaat kau bertemu denganku buat kali pertama,pandangan matamu terhadapku penuh dengan kasih sayang,bayi yg baru sahaja dilahirkan putih kemerah merahan kau raikan sama sekali dengan gembiranya. Tidak dapat kau bayangkan bertapa gembira dirimu,sedar tak sedar seorang insan yg teristimewa telahpun muncul dalam hidupmu.

Mata itu,mata itulah yang telah membersarkanku dengan penuh kasih sayang,mata yg penuh rasa kasih dan dodoiyan sayang terhadapku. Dari bayi itu sekecil kecil tapak tangan sehingga dewasa kau besarkan dengan penuh nilai didikan nurani,dodoianmu tatkala bayi itu sedang asyik lena dibuai mimpi masih menjadi kenangan dalam memoriku.

Mata itu yang penuh rasa sunyi tatkala dirimu tinggal bensendiri. Kehadiran anak anak tidak dapat dirasa lagi,hanya angin rindu dirimu titipkan di dalam setiap doa kudusmu sebagai tanda kasih dan sayang seorang insan yang bergelar warga emas. Menunggu saat ajalmu tiba,sunyi dan sepi menghantui dirimu,air mata bergenangan di kelopak mata dan bercucuran dipipi setiap hari. Hatimu kini tak lagi secekal dahulu.

Kini,mata itu telah tertutup rapi,segala memori kau tinggalkan bersama bayi ini sebagai kenangan abadi. Mata itu kini tidak lagi terbuka dan tertutup rapat selamanya di dalam kegelapan yg menyelubungi alam. Bayi ini ingin mata itu mengetahui bahawa bayi ini amat menyayangi dirimu. Bayi ini akan sentiasa merinduimu didalam setiap sujud jatuh bangun kehidupan.

Dan sebenarnya bayi itu adalah aku sendiri yg merindukan sepasang mata yg penuh kasih sayang dari arwah moyangku,che mah. Nyang,aji sentiasa merindui nyang. Al Fatihah buat arwah nyang tercinta,semoga aman dan damai disana,wassalam