Selasa, 31 Disember 2013

Rumusan Tahun Ini

Tahun 2013,membawa seribu satu makna dalam kehidupan seorang insan yang bergelar zuhairi razi ini. Tahun dimana aku mengambil Spm,peperiksaan yang amat besar sekali yang menentukan kejayaan hidupku. Tahun dimana PRS telah mengubah hidupku dan hidupku telah mengubah PRS. Macam macam telah terjadi sepanjang tahun ini. Segala jerih payah,nangis tawa,suka duka,telah selesai chapternya untuk aku lalui.

Bermula awal tahun,pencapaian SPM diutamakan,wah rasa sungguh parah dihati. Berat wooo,spm tu,bukan calang calang peperiksaan. Hari semakin berganti dan masa semakin mencemburui,spm datang menghantui,haha,suka duka gagal dan lulus peperiksaan telah aku hadapi dan kini hanya menunggu result untuk dihayati sejauh mana ilmu didadaku ini. Telahpun aku lalui era SPM itu dengan penuh rasa hormat dan letih dengan segala dugaan mendatang. Terima kasih kepada guru guru dan sahabat sahabat yang banyak membantu.

PRS,sebuah nama komuniti yang tidak asing lagi. Hidupku hidupnya,hidupnya kernaku, sangat sangat aku sayangi komuniti ini,berbakti sejak hampir suku hidupku yang lalu,semuanya telah berubah apabila aku mengambil alih tampuk pimpinan. Suka duka bersama dihadapi dan era itu telah aku lalui. Kini aku hanya mampu tersenyum melihat adik2 prsku membesar sebagai seorang pemimpin berkaliber.

Kehilangan juga dirasa,yang hidup pasti akan mati jua. Pemergian arwah pakcikku ke pangkuan ilahi, 'ayoh cik' pasti akan dikenang sampai bila bila. Sungguh lama beliau menderita dan akhirnya beliau pergi jua. Salam sayang buatmu wahai pakcikku,inshaallah jannah menunggumu.

melangkah setapak lagi ke alam baru,meninggalkan era persekolahan,itulah 2014 bagi diriku. Harapan dan impian sentiasa tersemat di dalam hati. Azam dan kata kata keramat biarlah ku simpan sendiri. Moga tahun yang mendatang akan lebih membawa seribu satu cahaya pada diri ini hendaknya,inshaallah.

Selamat tinggal 2013,tahun yang membawa seribu satu makna,takkan kulupakan kenangan bersama. Apa khabar 2014,bertemu jua akhirnya,moga apa yang dirimu bawa bagi diriku adalah sesuatu yang amat bermakna. Langkah kaki kanan kumulakan tatkala jendela tahun baru bakal menelang,moga pabila terbuka mata pada esok hari,sinar baru akan menerpa di dalam hidupku. Salam sayang 2013 kutinggalkan dengan penuh sebak didada,moga tahun 2014,segalanya indah hendaknya.....amin

Rabu, 25 Disember 2013

Kenyataan

Kenyataan,sebuah perkara yang amat memeritkan. Sebuah situasi dimana kita akan menyedari apa yang kita mimpikan atau mahukan selama ini berkemungkinan terjadi atau tidak terjadi. Kenyataan dimana adakah perkara itu muncul kembali di dalam hidup kita ataupun pergi begitu sahaja tanpa ada sebarang kata berpisah untuk selamanya. Ya,mahu tidak mahu kita harus menerima kenyataan yang sedang atau bakal terjadi di dalam hidup kita. Persoalannya,bersediakah kita??

Telah cuba kuharungi kenyataan bertapa sedihnya diriku saat beberapa orang rakan rakanku mengambil keputusan untuk mengakhiri perjalanan kami bersama sebagai seorang sahabat. Tanpa ada kata kata selamat tinggal,mereka memulaukan diriku begitu sahaja. Gampang sungguh kau keluar daripada hidupku,haha. Kini bertegur pun sudah tidak semesra dahulu. Kadang kadang kufikir,kemana pergi kenangan kita bersama. Ya,aku juga manusia yang punyai perasaan dan dilahirkan untuk belajar daripada kesilapan. Harus kuterima segala kenyataan ini.

Kenyataan yang masih tidak sanggup aku hadapi dan amat gentar untuk aku selami ialah bakal kehilangan kedua ibu dan bapaku. Ya Allah,sungguh gentar diri ini. Aku tahu,mereka hanyalah sekadar pinjamanMu yang sementara dimuka bumi ini,tetapi janganlah kau ambil mereka di saat aku masih berdosa terhadap mereka dan masih tidak bersedia. Biarlah hambamu ini berbakti kepada kedua dua mereka sebagai sebuah tiket kesyurgamu Ya Allah. Berkatilah hidup kedua dua mereka Ya Allah. Sesungguhnya darah yang mengalir di dalam badan ini adalah kerana nyawa mereka yang memberikanku nyawa Ya Allah.

kenyataan,memang menyakit. Manusia datang dan pergi. Kepada mereka yang pergi,selamat jalan ku ucapkan,moga selamat dalam perjalanan dalam dunia yang fana ini. Insahaallah berjumpa lagi hendaknya di akhirat sana. Kepada mereka yang bakal dan akan hadir di dalam hidupku,selamat datang saya ucapkan,moga perjalanan kita bersama sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Ya Allah,berkatilah hidupku,hidup keluargaku,hidup guru guruku dan hidup rakan rakanku. Berilah sentiasa kepada kami hidayah dan petunjuk di jalanmu Ya Allah. Moga kenyataan ini tabah aku terima......

Kerana Dia

Kerana dia aku mula mengenal erti suka dan bahagia. Kerana dia juga aku mula terpaku buat kali pertama. Bagaimana rasa yang selama ini tidak terbit di dalam hatiku mula muncul tanpa ada rasa ragu. Kerana dia cinta yang pertama dan senyumnya membuatku bahagia.

Kerana dia aku konsentrasiku mula terganggu. Kelibatnya sering sahaja bermain di dalam kepalaku. Sakit di dada mula terasa bagai menikam nikam setiap kali aku melihat wajahnya. Ya,kami rakan sekelas,selalu bersua dan bersapa mesra tetapi tidak pernah ku sangka,kepada dia juga hatiku dimiliki. Mengapa dia?? Tanyaku ketika keseorangan dan sampai ke hari ini aku tidak pasti apakah jawapan yang paling tepat untuk soalan itu.

kerana dia,hatiku berasa sakit dan perit kerana menyimpan dendam cinta. Tak pernah sekalipun,sekalipun aku menyatakan perasaan sebenarku. Akhirnya,hatiku hancur berkecai bagai digilis lori 5 tan di persimpangan jalan percintaan. Dia pula dimiliki oleh orang lain. Cinta pertamaku pergi begitu sahaja. Bagaikan hilang harapan,air mata terus bercurahan,rasa bahagia terus bertukar cemburu dan benci yang tidak semena.

melihat sahaja dia dan lelaki itu,hatiku sakit dan pedih,kau tikam diriku dan membiarkan luka itu parah dan menanah. Begitu rasa yang ku rasa. Kerana dia,dendam kesumat mula membara,atas nama dendam kerana cinta dan rasa yang dikhianati. Sungguh mudah kau mengubah pegangan diri yang tidak mahu bercinta kerana seorang lelaki yang hanya mempermain mainkan rasa cintamu.

apa pernah kau lihat diriku disini??? Jawab pertanyaanku wahai gadis,pernahkah kau lihat aku disini???? Pernahkah sekali kau cuba memalingkan perhatianmu untuk melihat walau sekali aku yang berdiri di sini,yang setia menantimu,menangis untukmu,sakit hanya keranamu dan menjagamu daripada jauh,pernahkah!!! Aku tahu aku tak pernah layak untukmu tetapi apakah begitu kejam dirimu untuk menghina maruahku,hebat sungguh dirimu wahai gadis.

kerana dia,ya kerana dia aku jadi begini,kerana dia. Akhirnya dia pergi membawa diri jauh dari diriku,jauh sekali. Terima kasih wahai gadis,thank you soo much. Moga berbahagia disana. Kerana dia......kerana dia!!

Dear Awak

Dear awak......

Sudah lama jugak kan kita berkenalan. Tahun ni dah nak masuk sembilan tahun kita berkawan rapat. Segala suka dan duka saya awak tahu. Segala gelak dan tawa manja awak sering kali bermain diminda saya. Saya selesa sangat berkawan dengan awak.dari awal hingga akhir tak pernah kita bertelagah dan berpisah. Awak sentiasa disamping saya.

Wow,cukup lama juga kita berteman,daripada saya sebesar besar umat sampailah saya mengecut dan menurun berat badan. Daripada awak sekecil kecil gegirl sampailah menjadi seorang wanita yang amat luar biasa kecantikannya. Haha,masih lagi saya ingat saat saat kita mula berteman. Hmmmm saya rasa saya tegur awak dulu,haha,cakap je ingat tetapi sebenarnya blur blur jugak ni. Apa apa pun sepanjang perkenalan kita,setiap saat gembira kita sentiasa terbayang di minda saya.

Dear awak....

Lapan tahun bukannya sementara. Awak sentiasa membuat saya gembira. Saat saat kita bersembang awak sentiasa menenangkan hati saya. Semangat dan sokongan yang sering awak salurkan melalui telefon bimbit menerusi suara awak telah saya jadikan pedoman buat saya kekal kuat dalam hidup. Tiada kata yang mampu saya gambarkan mengenai persahabatan kita.. Tak cukup perkataan dah saya nak coret tentang betapa eratnya persahabatan kita.

Awak,jikalau ditakdirkan awak membaca post ini,saya nak awak tahu yang saya juga akan sentiasa disisi awak sebagai seorang rakan dan peneman yang baik dan sejati. Sebagaimana setianya awak mendengar segala keluhan dan luahan saya,secekal itu juga hati saya melindungi persahabatan kita selama lamanya. Saya mahu awak tahu saya sentiasa menyayangi awak sebagai seorang sahabat. Alhamdullilah,tuhan telah mengurniakan saya sahabat yang sejati.

haha,kepada taylor swift Malaysia saya,terima kasih saya ucapkan. Moga persahabatan kita kekal hingga ke jannah inshaallah......amin

Selasa, 24 Disember 2013

Nak Setart Sekolah!!!

Assalammualaikum,hye semua!!!

wowowow,tup tap tup tap dah nak setart dah sesi persekolahan bagi tahun 2014. Tinggal lagi beberapa hari je lagi nak setart sekolah,hahaha,mana budak budak sekolah? Cuti sekolah dah nak abis ni,lpas ni kne bangun pagi mandi air sejuk ,lpas tu ketaq ketaq diselubungi embun pagi berangkat ke sekolah,wkwkwkwk. Untungkan orang orang yang dah habis sekolah ni terutamanya saya,haha.

pertama sekali dalam sejarah tahun ni waktu shopping barangan sekolah tiada peruntukkan lagi buat zuhairi,haha,elaun perbelanjaan sekolah juga telah dipotong. Agak sedih gak laa coz miss the moment saat saat memilih alat alat tulis,kasut,baju bajuan untuk dipakai ke sekolah. Sekarang ni tiada lagi saat saat itu. Lepas ni buat preparation untuk ke universiti plak. No more baju sekolah,lpas ni shopping t shirt je,all black of course.. ;)

kepada adik adik yang nak setart sekolah tu takmo sedih sedih. Sebenarnya sekolah tu best tau cuma orang orang di dalamnya shaja buat sekolah itu menjadi something yang tak best. Bagi adik adik yang naik ke tingkatan satu,tahniah,selangkah ke alam remaja,haha,good luck,jangan culture shock plak. Toksah nak ikut sangat memember tuu. Pilih kawan yang baik kay..

kepada adik adik yang kiut miut nak masuk darjah satu,haha,suka kacau diorang. Teringat kembali saat saat menangis ke sekolah akibat ditinggalkan my beloved mama,haha. Jangan risau laa dik,cikgu tak makan orang pon,paling paling kne marah je,you know laa nowdays,students more powerfull than teachers,haha,no laa just kidding.

kaykay,tahniah kepada semua dan selamat memulakan sesi persekolahan. Baki baki hari cuti yang ada ni enjoy puas puas kay,haha. Good luck semua,adios,wassalam

Anak Lord

Aku bukan anak lord. Bukan anak lord yang hidup mewah disamping kesenangan harta dan kebendaan dunia. Bukan anak lord yang mampu memanipulasi wang dan harta benda untuk kepentingan peribadi. Tidak dimanjakan dengan kesenangan dari mula hingga boleh berdiri sendiri. Aku dididik sejak kecil supaya berserdehana di dalam dunia yang sementara ini.

Aku bukan anak lord yang mampu menggunakan harta secara membuta tuli mengikut nafsu insani. Segala keinginanku tidak pasti dapat kutunaikan lagi. Tidak mampu membelanjakan harta demi wanita yang kucinta apa lagi membazirkan wang ibu dan bapa. Bukan anak lord yang sekaya mereka mereka diluar sana. Mereka yang mampu membeli apa apa sahaja yang dipinta. Aku juga bukan anak lord yang mampu menarik perhatian wanita dengan nilaian wang berbelas juta.

aku bukan anak lord yang mampu mendapatkan kereta berjenama. Bukan anak lord yang mampu membeli rumah sebesar istana. Penuh sederhana ku menjalani kehidupan biasa di samping keluarga tercinta. Pernah juga terfikir jika aku anak lord apa yang aku akan lakukan sebagai langkah pertama. Tetapi ingatlah,kekayaan dunia hanyalah sementara. Janganlah dikaburkan dengan harta dunia semata mata untuk menaikkan nama di persada dunia. Harta juga pangkat berstatus kaya juga sebagai ujian yang Maha Esa. Aku bukan anak lord....

Aku bukan anak lord yang bisa memberimu kasih berdasarkan harta. Aku bukan anak lord yang mampu membelikanmu perhiasan sebesar dunia. Mengapa pula cinta harus memandang kepada rupa dan harta. Ya benar untuk hidup memerlukan kedua duanya tetapi ingatlah segala galanya punyai batasan dan pengakhirannya..

sekadar peringatan untuk diri supaya tidak riak dan sombong dimuka bumi ini. Aku bukan anak lord. Biarlah kekayaan berlimpah ruah sekalipun,aku tetap bukan anak lord. Muhasabah kejalan yang benar,kelak dirimu kan mampu menggapai harta akhirat dalam keadaan yang sederhana. Aku bukan anak lord......

Seandainya Dirimu

Seandainya dirimu mengerti apa yang sering ku rasa dalam hati ini. Sebuah rasa yang tidak mungkin kau mahu mengerti dan fahami. Sebuah rasa yang susah bagiku untuk ungkapkannya,perit bagiku untuk aku luahkan dan kelu lidahku untuk menceritakan. Arghhh,segala ungkapan bagaikan tiada cukup bagiku untuk menerangkan bertapa perit hati ini mencintaimu,tetapi ku sedar siapa diriku,hanya bagaikan sebuah tiang letrik yang kau tahu sentiasa menerangi jalan jalanmu tetapi sekalipun kau tidak pernah pandang dan hargai. Tempatku hanya di tepian jalan dan ku hanya melihatmu apabila saat kau melintasi diriku,tanpa ada perasaan kasih dan sayang.

mengenali dirimu melalui senyuman manismu,itu sudah cukup membuatku jatuh hati padamu. Bermula hubungan sebagai seorang rakan sekerja,hatiku mula menjadi tidak keruan dan sedikit perasan,haha. Sungguh pelik dan indah,bercampur menjadi satu,bagaimana ku boleh jatuh cinta buat kali ketiga sedangkan selama ini diriku sering kali disakiti. Haha,diriku juga tidak dapat mengerti perasaan sendiri. Rasa ini tidak dapat ku jelaskan dengan perkataan mahupun ungkapan. Ya,aku mengakui,aku jatuh hati padamu,biar tiada siapapun tahu.

tapi sayang seribu kali sayang,hatimu sudah menjadi milik orang lain. Hubungan kita bagimu hanyalah sekadar adik dan abang,tidak lebih daripada itu. Saat kau berterus terang kepada diriku,hatiku hancur luluh retak seribu. Kaca yang dahulunya indah kini sudah hancur berantakkan dan menjadi butir butiran pasir tajam yang menyakitkan.

saat kutulis warkah ini ku mahu kau tahu ku sering mengingati dirimu. Tidak pernah terleka setiap doaku mendoakanmu agar kebahagiaan sentiasa disampingmu. Masih ingat lagi hari terakhir aku melihat dirimu. Keadaan sudah tidak seperti dahulu lagi. Dirimu pada hari itu tidak lagi melayan diriku. Hanya permohonan maaf berserta air mata kau ungkapkan kepada diriku dan kita berpisah membawa haluan waktu.

seandainya kau mengerti apa yang ku rasa, Ya Allah peritnya rasa ini kutanggung sendiri. Senyumanmu entah kenapa selalu sahaja bermain di dalam kepala dan menari diatas anak mata. Kini ku hanya mampu melihat wassapmu yang sering kali online tetapi tidak pernah sekalipun ku menegurmu. Membaca segala wassap wassap kita yang terdahulu membuatkan diriku tersenyum dan menangis pada waktu yang sama. Melihat foto fotomu di moment wechat sudah cukup memeritkan hatiku. Seandainya kau mengerti,andai sahaja kau mengerti....

Wahai tuhan,jikalau sakitnya bercinta sebergini,biarlah aku tidak bercinta. Memikirkan sahaja dirinya membuatkan aku merasa seperti terbunuh berkali kali. Cinta dariMu sahaja yang mampu membuat diri ini tenang. Kau kurniakanlah kepada diriku jodoh yang terbaik buatku,yang bisa menghilangkan segala sakit didada ini kerna mencintai manusia. Berikanlah kepadaku salah seorang bidadarimu dimuka dunia ini untuk mengubat luka dihati Ya Allah...

seandainya kau mengerti wahai insan yang ku cintai,andai sahaja kau mengerti. Andai kau baca warkah ini ku mahu kau tahu yang aku sentiasa mengingatimu,biarpun bukan sebagai milikku tetapi sebagai masa silamku. Apa yang ku mahu hanya hidupmu gembira sentiasa. Pergilah bersamanya. Telah kurelakan jiwa sepenuhnya biarpun sakit ini selama lamanya. Andai sahaja dirimu tahu cukup walau sekali,moga moga dirimu mengerti pabila diriku tiada lagi......

Isnin, 23 Disember 2013

Baju Unggu

Apabila diriku terlihat akan baju unggu yang tergantung di dalam almari pakaianku,hatiku menjadi sebak dan sayu. Segala memori memori lama kian terpancar kembali ke dalam ingatanku. Sukar untuk melupakan apa yang berlaku sepanjang lima tahun waktu berlalu. Saat saat aku teruja untuk ke sekolah pada hari pertama hanya untuk bertugas dan memakai uniform t shirt berwarna unggu itu.

terkenang kembali saat tahun pertama persekolahan,pada hari pertama terlihat abg abg dan kakak kakak,berdiri dihadapan menyemat dan memakai baju unggu dengan penuh rasa bangga. Ku mendongak ke atas melihat baju itu,ya aku telah membuat keputusan untuk menyarung baju itu suatu hari nanti sebagai seorang yang disegani. Ya,baju unggu idamanku,akan ku dapatkannya juga tidak kira apa cara sekalipun.

wahai baju unggu,kau telah mengajarku pelbagai erti kehidupan. Dari hari aku terima dirimu sebagai milikku,perasaan suka duka telah kita lalui bersama. Masihkah kau ingat akan waktu waktu gembira kita bersama,melaksanakan aktiviti,penat lelah peluh segala galanya. Masihkah kau ingat saat saat aku jatuh cinta juga kepada pemakai baju berwarna unggu,haha. Wahai baju unggu,kau telah mengajar aku pelbagai erti hidup.

wahai baju unggu,kini kau tergantung di dalam almariku buat selama lamanya. Kesepian tanpa ada orang yang mahu memakainya. Ingin sekali ku menyarungmu tetapi apakah daya,saat ku menyarungmu,hatiku akan mula berasa sebak dan hina. Baju unggu,kaulah harta kesayanganku,wahai baju,jika kau boleh berkata kata,sudah pasti kau juga ingin meluahkan apa yang aku rasa kerana kaulah yang paling dekat dengan dadaku saatku menyarungmu di badanku.

wahai baju unggu,masihkah kau ingat saat hari terakhir aku menyarungmu. Saat berita gembira bertukar duka yang disampaikan oleh orang yang aku percaya. Ya,kita telahpun melalui hari hari itu wahai baju,tetapi masih ku rindu kepada mereka mereka semua wahai baju. Wahai baju,maafkanlah kesalahan adik adikmu,kelak mereka akan dewasa dan mengerti apa yang kau maksudkan dengan pengorbanan dan keazaman. Biarlah mereka membesar dengan belajar daripada kesalahan wahai baju unggu.

salam sayang buatmu wahai baju unggu,kelak suatu hari nanti aku akan kembali memakaimu. Biarlah dirimu tergantung di dalam almariku buat sementara. Kelak marahmu kan reda dengan sendiri wahai baju unggu........

Khamis, 19 Disember 2013

One Step Closer

Assalammualaikum,hye guys

Alhamdullilah,akhirnya zuhairi telah berjaya mengharungi ujian undang undang berkomputer,haha,puas hati ini. Bukan apa,ni nak pecah lubang laa ni,sebenarnya zuhairi kali pertama amik haritu gagal,sakit wooo rasa gagal tu. Bagaikan berputus asa dari mengambil lesen kereta. Gagal pon dekat dekat je 39,giler kau. Mana tak frust,dah laa zuhairi baca satu buku,gagal plak sipi sipi je,hek eleh,camtu laaa rase dia,haha.

Tetapi,zuhairi tak putus asa,selepas menangis mengenang nasib,haha,zuhairi terus bangkit daripada persaan malu dan gagal,zuhairi terus tukar buku kpp yang baru yg mempunyai soalan dan terus menghabiskan 500 soalan sepanjang 3 hari. Dan semalam masa penentu,zuhairi retake balik exam tu and the result is..........LULUS!!!

Zuhairi dapat 49 over 50,giler kau,satu je salah,haha. Salah plak dekat bahagian A,bahagian paling senang,papan tanda jalan raya,hahaha,tak taulaa camne bley slack satu but nvm ,semua dah berakhir,alhamdullilah syukur kepada Allah SWT.

Thanz kepada ibu ayah yang banyak membantu terutama drpd segi kewangan,haha. Memember yg banyak menyokong dan mendoakan dan semua skali laa. Btw smalam,ada berkenalan dengan dua orang makwe cun,haha,but older than me laaa, sorang tu 20 tahun lagi sorang 21 tahun,lawa woooo,haha. But sempat sembang sembang dalam van je laaa,tak tau laa bley jmpe lagi ke tak. Ngak sempat minta no telephone laa plak,adoiii,kalau tak ley wassap,haha.

Apa apa pon,zuhairi dah one step closer nak bawak kete,inshaallah,februari tahun dpan habis laa,inshaallah,sama sama doakan laa ye.

kaykay,gtg,wassalam,peace out

Kegagalan

Saat merenung kembali liku liku kepayahan dan kesusahan hidup yang sering kali menjenguk dalam jendela kehidupan ini,teringat kembali nostalgia yang merentap seribu satu semangat didalam hati ini bagi meneruskan hidup. Saat kegagalan datang meninpa seolah tiada belas kasihan kepada diriku. Ya,memang aku akui,kegagalan selalu sahaja datang dan pergi didalam hidup ini,sama ada aku cukup kuat atau hanya berserah pada takdir,itu semua pilihanku dan keputusanku sendiri.

Pernah juga bertanya pada diri ini,adakah aku ini lahir bagi menjadi peneman hidup fenomena kegagalan. Benar,sememangnya kegagalan amat menyakitkan,bagaikan merentap dan menikam jiwa bertubi tubi tanpa henti. Darah dan air mata disatukan sekali maka terhasillah satu rasa yang dipanggil kekecewaan.

Sesungguhnya tuhan itu Maha Adil,setiap kegagalan sebenarnya adalah untuk mengejutkan jiwa kita daripada terlena. Mungkin selama ini kita alpa dan leka dengan hasutan dan kelalaian duniawi yang sementara ini. Mungkin silap kita juga tidak berusaha sekuat dan semampunya bagi terus mengorak langkah kearah kejayaan. Bagaikan dibunuh dipertengahan jalan,seakan akan mati didalam perjuangan,itulah perisa dan perwarna bagi kegagalan.

Tuhan juga Maha Adil. Setiap kegagalan pasti ada penawarnya. Sama ada kita mahu bangkit atau tidak semuanya terserah kepada kita sendiri. Allah SWT takkan mengubah nasib hambanya jika hambanya sendiri tidak mahu sedar dan berubah. Jika gagal hari ini,bangkitlah pada keesokkan hari,ambillah masa untuk bersedih tetapi janganlah melebih lebih. Inshaallah gagal hari ini tidak bermakna gagal pada hari esok. Esok mentari pagi akan muncul,memberi sinar harapan baru bagi setiap manusia di muka bumi ini. Jangan pernah berputus asa,inshaallah kejayaan akan menunggu kita dimuka dunia.

salam tahniah diucapkan kepada harimau muda pada sukan sea 2013,walaupun tidak dapat mempertahankan emas pada tahun ini,tidak mengapa,anda telah mencuba sebaiknya. Bangkitlah wahai harimauku. Kepada adik adikku yg dapat result pmr,tahniah kepada yang berjaya dan syabas kepada semua. Anda semua adalah pemenang kerana sanggup berjuang hingga ke akhirnya,jangan mudah putus asa,ini adalah permulaan semata mata,inshaallah boleh punya,dont worry worry,haha.

salam kejayaan untuk semua,wassalam

Rabu, 18 Disember 2013

PMR

assalammualaikum guys,hey hey,big z in the house yaw

Harini kebetulan waktu tulis post ni 19 12 13,adalah tarikh keluarnya result pmr,yeah zuhairi pon ade memory pasal result day of pmr ni,hmmmm waktu tu tahun 2011,tahun keramat dah kegemilangan zuhairi,ecehh,acah acah je,haha.

ya,2011 menyimpan seribu satu kenangan yang mendalam dalam diri zuhairi. Tahun zuhairi amik pmr dan first year zuhairi mengenali apakah itu erti c.i.n.t.a,wkwkwk. But apa apa pun zuhairi berjaya mengharungi tahun tersebut dengan penuh kegemilangan pada pengakhirannya.

Result day telah tiba,cuak nak mati kot,rase macam nak akad nikah buat kali pertama,hahaha. Hari tu zuhairi mulakan hari seperti biasa solat subuh,berdoa kepada yang Maha Esa dan keluar dari rumah dengan penuh tawakal dan kecuakkan,hahaha,takleh lari laa beb,cuak kot.

sampai sekolah,sembang ngan memember,cite cite sket,jadi ahli nujum teka result member,haha,manis gak laa kenangan masa itu. Akhirnya saat yang palin mendebar debarkan,result sudah mari!!!,dengan penuh rasa cuak dan getaq zuhairi pergi beratur untuk mengambil result. Dup dap dup dap,7A,yeahhhhhhhhh,alhamdullilah. Zuhairi terus merentap slip tersebut dari tangan cikgu,haha,dan mengucapkan terima kasih dan pergi memeluk ibu zuhairi. Ibu zuhairi menitiskan air mata tanda gembira. Yeahhh 7A for PMR.

Kenangan itu akan trsemat dalam diri zuhairi sampai bila bila,kpd adik2 yg bakal amik result japgi,stay strong,hahaha,redho,tawakal dan banyakkanlah berdoa kpd Allah SWT,moga moga result tu berwarna warni laa ye,inshaallah semua A kalau cukup usaha. Allah ni adil tau,sape yang usaha lebih dapat pun lebih,sapa yg usaha kurenggg,hmmmm,tak tau,haha.

Kepada yang gagal tu,janganlah pulak berhenti skola,hahaha,teruskan perjuangan yang baru sahaja bermula ni,usaha lagi,maybe rezeki korang bukan harini, allah tu juga maha adil,setiap orang ada rezeki masing masing,kejayaan tidak pernah menunggu kita tetapi masih tidak terlewat untuk mengejar kejayaan.,prinsip abg senang,kalau kita gagal harini,bangkitlah pada hari esok,ambillah masa untuk bersedih tetapi janganlah melebih,insyaallah boleh punye kay,takmo sedih sdih,haha.

kaykay gtg,babai wassalam,all the best yaw

Isnin, 16 Disember 2013

Single

Assalammualaikum,hye guys

yeahhh,akhirnya zuhairi berjaya merekodkan dua lagu single ciptaan sendiri oleh zuhairi. Agak puas hati dengan hasil seni kali ni coz dah lama tak buat lagu kan,buat buat tahu tahu jadi plak,apa lagi record laa. Not that proper record kat studio but baru audio record.

Apa tajuk lagu,haha secret laa,mne boleh reveal,hak cipta milik zuhairi. Setakat harini dah ramai dah memember nak dengar but sorang je dapat dengar,izzuddin,my music technichian and dia kata great. Soooo sekarang ni tinggal smoothkan sket,touchup n final record je,inshallah dalam masa terdekat. Maybe kot mne tahu zuhairi post kat blog,haha,nantikan....

project record sigle setart tahun depan soooo kne sabar sket laa. Btw tengah kumpul material ni,mne tahu boleh wat lagu lagi kan,haha,inshaallah.

kaykay,nnti zuhairi update lagi,peace out,wassalam

Waktu

waktu,permainan yang menentukan segalanya didalam dunia ini. Waktu telah mengubah hidupku,permainan waktu juga telah banyak mengubah siapa sebenarnya diriku ini. Waktu juga telah mengajar pelbagai erti kehidupan didalam diri ini. Segala permainan dan pencaturan berasaskan waktu ini telah membawa seribu satu makna yang besar

waktu telah mempertemukan aku dengan dirinya,di usia muda pada mulanya ku tidak mempunyai apa apa rasa terhadap dirinya. Menginjak dewasa waktu juga telah mencaturkan segalanya. Pada saat dan ketika itu aku telah jatuh hati padanya melalui cinta pandang pertama.walaupun begitu,waktu juga menentukan segalanya,persaan ini kupendam jauh disudut hatiku yang dalam dan tidak pernah sekalipun ku mengungkapkan rasaku terhadap dirinya.

Waktu terasa amat panjang saat ku mencintainya. Sehari kurasakan sebulan,hatiku tiada tertahan. Namun ku tahu,ungkapan tiga ayat itu takkan pernah berani kuungkapkan walaupun di dalam mimpi. Aku ini hanya semut kecil,engkau pula orang besar,siapalah aku dimatamu.

Waktu,kurasakan permainan waktu amat kejam terhadapku,tidak sempat kuungkapkan kata kataku,harapanku musnah dan berkecai,hatinya dimiliki orang. Waktu telah merampas dirinya dari hatiku,rasa benci mula menerpa dan cemburu mula bermaharajalela.

Waktu juga tidak pernah memihak kepadaku,akhirnya dirinya dihanyutkan oleh masa,dia telah pergi jauh meninggalkan diriku disaat hatiku masih lagi mengharap dan terus mengharap. Dia tidak berpaling saat ku mengucapkan kata selamat tinggal kepada dirinya. Dan dia terus pergi meninggalkan diriku.

kini waktu sekali lagi mempermainkan diriku,dia muncul kembali di dalam hidupku. Apakah ini semua permainan waktu lagi?? Tidak dapat lagi kutahan rasa ini dan tidak mahu lagi kujerat diriku dengan jerat yang sama. Setelah sedaya upaya ku cuba melupakannya,kini dia kembali. Ku hanya mampu berdoa agar diperkuatkan hati bagi menepis segala godaan duniawi.

kepada dia,diriku disini ingin dirimu tahu bahawa diriku sudah melupakan perasaanku terhadapmu,hatiku sekarang sudah beralih dan tidak mungkin kembali lagi. Moga berbahagia hidup disamping orang tercinta. Moga waktu akan menentukan segalanya.......

Sahabatku

Sahabat,kategori manusia yang kugelar,yang selalu mewarnai hidupku dan hari hariku. Bermula dengan salam perkenalan,bertukar nama,berjabat tangan,semuanya telah mengubah landskap kehidupan kita berdua. Daripada seorang yang asing pada permulaannya dan kini mengorak langkah yang lebih mendalam mengenali hati budi masing masing. Bertukar cerita setiap hari dan berkongsi gelak ketawa,itulah sahabat.

Sahabatku,ada diantaramu adalah teman sehidup sematiku. Rakan yang sukar dicari dan ditukar ganti,bagiku sahabat seberginilah yang kuanggap teman sehidup semati. Sering membuat diriku tertawa suka dan gembira. Dikala susah dikaulah orang pertama yang menerpa hidupku,menghulurkan bantuan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Walaupun mempunyai seribu satu alasan untuk meninggalkan diriku tetapi dirimu masih setia menghadapi kekurangan insani yg terserlah pada diri,inshaallah ke jannah persahabatan kita nanti.

Sahabatku,ada antaramu ditakdirkan tidak lagi bersama dalam hidupku. Kemunculanmu hanya seketika dan apabila tiba masanya,berakhirlah sebuah cerita. Dirimu tidak lagi menerpa dalam hidupku. Kau hanya singgah sementara disalam hikayat hidup insan ini. Akan senantiasa ku kenang dirimu walaupun memori bersamamu hanya sementara,moga berbahagia dimana jua anda berada.

Sahabatku,ada diantaramu yg pada mulanya sahabat biasa dan kini kita mulai meraih cinta bersama,kau mengenalimu dan diriku menyayangimu. Bukan dirancang tetapi sudah ditakdirkan oleh sutradara yang Maha Esa. Hatiku sudah terpaut padamu melalui sebuah perhubungan yang dikenali sebagai persahabatan. Inshaallah,kalau ada jodoh bersama,bersatu jua akhirnya.

Sahabatku,ada jua diantara kamu yang dahulunya sahabat kini menjadi musuh. Bukan kupinta tetapi keadaan telah mengubah segalanya. Kau dan aku kini sudah tidak semesra dahulu lagi. Namun jauh disudut hatiku ini masih tersimpan memori saat saat bersamamu wahai musuhku tersayang. Sering jua kuberharap agar air yang keruh bisa dijernihkan semula. Ku hanya mendoakan yang terbaik untuk kita bersama wahai frienemies.

Pilihlah kategorimu wahai sahabatku,tanyalah pada dirimu dimanakah tempat letaknya dirimu didalam hati ini. Dalam persahabatan ini tidak pernah sekalipun ku melupakan segala memori yang kita bina bersama. Sering kali kupanjatkan doa kepada Allah SWT agar dipanjangkan persahabatan kita,moga moga berkekalan hingga ke jannah inshaallah,salam persahabatan dijalin dari diriku buat semua sahabatku. Mudah mudahan persahabatan ini utuh dan kukuh hingga ke akhir nafas....amin

Ayah

Ayah,dikaulah hero pertamaku. Saat kumelihat kelibatmu buat pertama kali,saat kumendengar azan dan iqamat diperdengarkan ditelingaku,dari situ ku mulai mengenali seorang insan yg pada nyawanya,pada sukanya,memberikan diriku nyawa untuk menjadi manusia di muka bumi ini. Seorang laki laki yang melindungiku,memeluk erat daku saat ku dalam kesedihan. Seorang insan yang pada peluhnya memberikan nafkah buat keluarga dan pada keluhnya memberi seribu satu makna.

Ayah,seorang insan yg sangat tabah. Pada ketegasan dan kegarangannya telah memberi daku erti kehidupan sebagai seorang insani. Ayah sering menyelindungi semua khilafku,menyelubungi semua silapku dan membetulkan segala kekuranganku. Menginjak dewasa ku bersama ayah,tidak pernah lekang dari membuat dusta dan khilaf,tetapi bergitu sabarnya seorang insan yg bernama ayah,menyentuh hati ini.

Biar seribu tahun,biar sejuta tahun,tekunnya seorang ayah melihat anak anaknya membesar. Tidak dibiarkan anak anaknya bersendirian mengharungi dunia yg fana ini. Walau jarang sekali melihat senyumannya,tetapi ku sudah maklum,tiada apa yg lebih menggembirakan dirinya melainkan melihat anak anaknya membesar menjadi manusia berguna,harapan seorang ayah yg tidak pernah berkubur selamanya.

Ayah,abg amat menyayangi ayah,maafkan segala kekhilafan abg sepanjang hidup remajaku ini. Sayang ayah bukan pada perkataan tetapi pada perlakuan. Seribu satu rasa sayang ayah curahkan terhadap abg takkan abg lupakan hingga ke akhir hayat. Ayah sentiasa menjadi hero dihati abd dahulu,kini dan selamanya,inshaallah......

Jumaat, 13 Disember 2013

Mata Itu

Melihat mata itu,terkenang kembali disaat kau bertemu denganku buat kali pertama,pandangan matamu terhadapku penuh dengan kasih sayang,bayi yg baru sahaja dilahirkan putih kemerah merahan kau raikan sama sekali dengan gembiranya. Tidak dapat kau bayangkan bertapa gembira dirimu,sedar tak sedar seorang insan yg teristimewa telahpun muncul dalam hidupmu.

Mata itu,mata itulah yang telah membersarkanku dengan penuh kasih sayang,mata yg penuh rasa kasih dan dodoiyan sayang terhadapku. Dari bayi itu sekecil kecil tapak tangan sehingga dewasa kau besarkan dengan penuh nilai didikan nurani,dodoianmu tatkala bayi itu sedang asyik lena dibuai mimpi masih menjadi kenangan dalam memoriku.

Mata itu yang penuh rasa sunyi tatkala dirimu tinggal bensendiri. Kehadiran anak anak tidak dapat dirasa lagi,hanya angin rindu dirimu titipkan di dalam setiap doa kudusmu sebagai tanda kasih dan sayang seorang insan yang bergelar warga emas. Menunggu saat ajalmu tiba,sunyi dan sepi menghantui dirimu,air mata bergenangan di kelopak mata dan bercucuran dipipi setiap hari. Hatimu kini tak lagi secekal dahulu.

Kini,mata itu telah tertutup rapi,segala memori kau tinggalkan bersama bayi ini sebagai kenangan abadi. Mata itu kini tidak lagi terbuka dan tertutup rapat selamanya di dalam kegelapan yg menyelubungi alam. Bayi ini ingin mata itu mengetahui bahawa bayi ini amat menyayangi dirimu. Bayi ini akan sentiasa merinduimu didalam setiap sujud jatuh bangun kehidupan.

Dan sebenarnya bayi itu adalah aku sendiri yg merindukan sepasang mata yg penuh kasih sayang dari arwah moyangku,che mah. Nyang,aji sentiasa merindui nyang. Al Fatihah buat arwah nyang tercinta,semoga aman dan damai disana,wassalam

Ujian KPP

Assalammualaikum guys,

Waktu zuhairi tengah update ni sebenarnya zuhairi tengah tunggu giliran untuk mengambil ujian bercomputer kpp ni,haha,cuak siot but still sempat update blog. Dekat depan zuhairi ni ramai sangat manusia menunggu giliran,ada yg tgah membaca,ada yg tgah bersembang,ada yg muka gementar dan cuak sama cam zuhairi,hahahaha. Ini sebenarnya tengah cuba control emosi ni,ye laaa mana taknya japgi nak jawab ujian ni.

Ya Allah berilah aku kemudahan dan kesudahan yg baik atas segala usaha yg telah hambamu ini lakukan Ya Allah,bantulah hambamu ini dan berilahku ketenangan untuk menjawab soalan. Cuak nihhhh,inshaallah zuhairi boleh lakukan,wish me luck guys

Kaykay,babai,wassalam

Anak Bonda

Assalammualaikum,hye gang, ;)

Teringat kembali peristiwa di sekolah tadika 12 tahun yg dulu,aku sering diejek kerana setiap sekali datang ke sekolah,air mata kanak2 ku mesti bercucuran terkenangkan seseorang. Rasa sedih dan sebak didada tatkala ditinggalkan insan yg bernama bonda,haha,ya,ibuku yg amat kusayangi. Rakan rakanku sering kali memerli diri zuhairi di sekolah dan mengelarkanku 'anak mak'. Mana taknya,hampir setiap hari datang ke tadika,aku sering menangis kerana ditinggalkan bonda kesayanganku,haha,masa tu kanak kanak rebina lagi. But seriously,dari dulu lagi actually zuhairi ni anak mak,takbley berenggang langsung dengan ibu.

Menjejak kaki ke alam sekolah rendah,bonda jugak yg memakaikan baju sekolah setiap hari,mengejutkanku dan membangkitkanku setiap hari dari katil tempat beristirehat,memakaikanku bedak dan menciumku tatkala dihantar kesekolah,hari pertama sekolah sedih jugak but tahan air mata,konon nak tunjuk macho depan kawan kawan tetapi dalam hati ni,haha,hanya tuhan sahaja yg tahu. Tahun 6,ketika result upsr diumumkan,air mata aku sekali lagi berderai,kecewa akibat result yg rendah,siapa yg pertama sekali memelukku?? Bonda jugak,menyapu air mataku dan memujukku supaya jangan bersedih,tak lari lagi daripada jasa dan pengorbanan seorang bonda.

Sekolah menengah,alam remaja,saat putus cinta,mana tempat mengadu?? Bonda jugak,haha,. Saat result pmr keluar,kali ini aku tak menangis,kali ni bondaku pula yg menangis kerana aku cemerlang dengan jayanya. Bonda memeluk erat diriku dan mengucapkan tahniah. Bonda juga peneman setia sehingga ke hujung waktu.

Kini zuhairi sudah menginjak dewasa,bonda pula semakin tua,haha,tetapi rasa manja dan cintaku terhadap bonda tidak pernah berubah selamanya. Tidak dapat kubayangkan sehari hidupku tanpa bonda. Bonda,abg nak bonda tahu,abg akan selalu sayangkan bonda hingga ke akhir waktu,inshaallah abg akan menjadi anak yg soleh yg sentiasa mendoakan bonda tatkala bonda sudah tiada lagi. Bonda,abg sayang bonda ketat ketat,haha.

Dengan bangganya saya mengumumkan bahawasanya saya ini anak bonda selama lamanya,haha,lantaq pi apa orang nak kata,my hearts will always with bonda,pasni ada bini pon nak duduk ngan bonda lagi,hahahaha. Salam sayang dari abg untuk bonda yg tak lama lagi nak anniversarry dengan ayahnda sempena perkahwinan yg berusia 17 tahun. Semoga bonda sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta.

peace out,wassalam

Kekosongan

Assalammualaikum semua,

Semenjak dua menjak ni perasaan dihati ni mula bercelaru dan kekosongan tahap separa telah melanda hati. Zuhairi pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni rasa kosong sangat hati,seolah olah keseorangan dalam dunia ni. Bagai air hujan yg mencurah ke bumi,tak pernah lekang membasahi tanah yg merah,begitu juga zuhairi,walau ramai yg berada di sisi,tetapi,hati ni rasa serba kekosongan dan kehilangan.

Badan pon sudah tidak semakin segar kebelakangan ni,sering sahaja sakit sakit. Mungkin ini semua dugaan tuhan kan pada zuhairi. Tiba masa kot teguran ini dipandandang serius oleh zuhairi. Ihdinassirotolmustakim,wahai tuhan tunjukkan kami jalan yg lurus. Sesungguhnya hambamu ini telah lalai melaksanakan tanggungjawab terhadapmu Ya Allah,tiba masanya hambamu ini kembali sujud kepadamu. Berilah perluang kepada hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya tiada tempat kembali selainmu tuhan yang Maha Esa.

Rindu yg berputik tatkala keseorangan kepada arwah moyang zuhairi,telah lama che mah meninggal. Orang yang membesarkanku dari umur sebulan sehingga boleh berjalan dan berbicara,nyang,aji rindu sangat dekat nyang. Bila aji makan ayam masak kicap,teringat kembali saat saat bersama nyang. Nyang,maafkan aji kerana telah lama meninggalkan ayat ayat lazim hadiah bagi nyang pada malam jumaat,maafkan aji nyang.

Suka duka bersama dikongsi dengan izzuddin,din kaulah sahabat baikku dunia akhirat. Daripada kisah cinta,curang,suka duka,segalanya tentang diriku,semuanya kau tahu din. Aku suka mendengar kau berceloteh dan aku takkan lupakan saat kita bergembira dan gila gila bersama,aku nak kau tahu,aku amat menyayangimu sebagai seorang abang dan sahabat. Tanpa kau,mungkin aku takkan berada disini din,terima kasih din,terima kasih.

kekosongan diri ini akan aku warnai dengan seribu kaler lunar ,inshaallah yang menyinar akhirnya,hubungan dengan tuhan akan ku jaga dengan sempurna,keluarga,sahabat diutamakan dan kepada yg telah pergi akan ku sentiasa mendoakan hingga aku juga pergi bersama sama mereka,hembusan nafas terakhir kutitipkan dengan penuh rasa sayang dan kasih kepada semua yg sudi mengisi kekosongan diri ini,kini inshaallah,diri ini akan mula terisi dengan segala yang ada walaupun sedikit tetapi penuh makna.

wassalam

Khamis, 12 Disember 2013

Rindu PRS

Assalammualaikum,hye guys

Tiba tiba terdetik pulak kat hati zuhairi ni rasa rindu dekat my big family of PRS,ya my whole big family of PRS,rindu sesangaT dekat diorang,sebenarnya dah lama dah nak cerita and nak luahkan apa yang terjadi sepanjang tahun ni,tapi tak ada kesempatan,hari ni zuhairi akan ceritakan dari a sampai z apa yg terjadi sehingga zuhairi telah membuat satu keputusan drastik untuk meninggalkan PRS secara total.

Sepanjang lima tahun menjadi PRS,tahun ni merupakan tahun yg paling manis dalam sejarah karier zuhairi. Zuhairi telah dinobatkan sebagai pengerusi untuk tahun ni dan segala yg zuhairi rancang alhamdullillah,berjaya hingga ke akhirnya,tetapi pada akhirnya zuhairi kecundang jua dalam perangkap sendiri,apa yg zuhairi usahakan telah sampai ke akhirnya dan penghujung karier zuhairi berakhir dengan penuh rasa sedih

Salah zuhairi juga mempercayai org yg salah dan terlalu ikutkan perasaan dalam kerja. Akhirnya segala yg zuhairi didik dan ajar serta sumbangkan dalam komuniti habis begitu sahaja angkara beberapa org junior2 kepercayaan zuhairi. Satu tamparan hebat telah zuhairi terima pada hari jamuan akhir tahun prs dan ia telah mengubah segalanya pada hari itu. Sebuah janji takkan kembali telah zuhairi luahkan dan sekarang,janji itu harus zuhairi tepati.

Bukan salah mereka,salah zuhairi sendiri,rasa malu yg menebal telah melanda hati zuhairi. Tidak sangka keadaan boleh menjadi sebergini keruh angkara zuhairi. Terdetik seketika di hati zuhairi perasaan rindu kpd senior senior zuhairi yg terdahulu,akak2 dan abg2 yg banyak membantu, akak,abg,terima kasih atas segala tunjuk ajar dalam prs,maafkan zuhairi,zuhairi telah lakukan yg terbaik,rindu korang semua. Zuhairi sentiasa harap zuhairi dapat jumpa balik korang dan meluahkan segala kesusahan yg melanda zuhairi,tetapi dunia kita berbeza dari segi usia,maafkan zuhairi semua,maafkan diri ini prs.

Kini sampai masa untuk zuhairi tinggalkan prs,hanya kenangan bersama yg zuhairi bawa sebagai azimat dan pedoman,jauh dihati ini rasa rindu menebal kpd adik2 prs tatkala melihat kad ucapan hari jadi dan hadiah hari jadi. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,abg bukan marahkan semua prs,abg hanya sedih dengan 6 org antara korang,tetapi tidak mengapa,jangan membuka pekung didada.

Abg nak korang tahu bahawa abg sayangkan korang sampai bila2. Prs tetap dihati abg,hanya tuhan sahaja yg mengetahui betapa mahunya abg untuk kembali bersama korang,tetapi abg terikat dengan sumpah sendiri. Abg sayang korang dan teruskan usaha,jangan pernah mengalah,inshaallah,abg sentiasa mendoakan korang dari jauh.

Akhir kalam dari abg buat prs sekalian,my heart will always with you guys,semoga kita berjumpa lagi,wassallam

Argh Stress!!

Assalammualaikum,hye semua

Sejak kebelakangan ni zuhairi rasa stress sangat,cam i dont know ULTRA STRESS,bukan sebab apa,coz tak pandai nak manage stress ni laa. Firstly,lesen kereta,semua memember dah selangakah or dua langkah lebih jauh kehadapan n I masih tercegat menunggu ujian computer. Itu bukan yg merisaukan zuhairi sebenarnya,the main reason stress about this is tak habis baca buku KPP lagi,banyak kot,like argh,haha. Cuak sebenarnya nak amik ujian ni but org kata senang,i dont know,wish me luck guys,sabtu ni test.

Lagi satu,zuhairi dah mula rasa tertekan dengan dunia pekerjaan,bukan apa,zuhairi minat mengajar,but zuhairi rasa cam berat sangat tanggungjawab ni and maybe coz zuhairi tak biasa lagi. Setakat ni zuhairi telah berjaya menyempurnakan tugas but letih laa sikit kan. Baru zuhairi rasa macamana persaan ibu bapa zuhairi bekerja mencari nafkah dan kepenatan guru guru zuhairi mengajar,btol laa kata kata ibu zuhairi,kita takkan rasa sesebuah pengalaman itu selagi kita tidak berada di tempat tersebut,seriously,respect giler dekat golongan yg bergelar ibu bapa dan guru ni.

Dalam keadaan stress ni pon alhamdullilah,ada juga sahabat yg sentiasa ada disisi membantu,sahabatku izzuddin yg selalu menjadi tempat meluahkan perasaan,tekanan dan segalanya. Beliaulah yg banyak membantu zuhairi dari dulu sampai sekarang,thanz din,aku sayang kau sebagai sahabat dunia dan akhirat inshaallah

kaykay,nnti apa apa zuhairi update lagi,wassalam

Rabu, 11 Disember 2013

Happy Bufday Ayah

Assalammualaikum,hi semua

Ni sebenarnya baru balik drpd celebrate bufday ayah saya yg tercinta,zamer rizal bin osman yg ke 43 tahun,alhamdullilah,semakin meningkat usia ayah saya ni ye,haha. Walaupun meningkat usia muka still maintain babyface gitu,haha,but seriously,ramai org cakap ayah zuhairi ni muda berbanding usia beliau,tak tahu laa apa rahsianya but btol laa,muda gitu,haha

Tadi baru je habis celebrate kat secret recepi,kenyang terlajak kau,haha. Sakit perut ni tak habis lagi. Makanan pada malam ini disponsor penuh oleh my beloved mother,yeah kne laa belanja kan coz anaknya ni tak masuk lagi gaji,haha,awal bulan laa katakan.

But not bad laa bufday tahun ni 11,12,13,lawa kan tarikh,untung sape yg lahir harini. Dengar cite che ta and zain pon menikah mlm ni,btol ke?? Haha,zuhairi pon tak tahu sebenarnya. Apa apa pon berbalik kpd my beloved daddy,abg doakan semoga ayah sentiasa ceria,sihat sejahtera disamping keluarga tercinta,inshaallah hadiah dari anaknda akan menyusul kemudian apabila gaji masuk,haha,once again,happy bufday ayah!!!

Wow Blob

Assalammualaikum,hi semua

sory korang coz dah about seminggu tak update,busy nak mati and malas nak bukak lappy. Seminggu dua ni coz dah setart keje kan soo banyak laa comitment menggangu di benak fikiran ini secara lahiriahnya. Dengan kerjanya lagi yg udah setart minggu lepas cam susah sket nak update kat sini,hmmmm

But segala masalah itu zuhairi telah setelkan dengan adanya aplikasi baru dalam phone zuhairi,sekarang segalanya dihujung jari sahaja. Zuhairi telahpun memuat turun aplikasi terbaru dalam phone zuhairi yg dikenali sebagai blob,ya sebuah aplikasi untuk blogger blogger tegar. Dengan adanya aplikasi ini sekarang zuhairi boleh update 24/7 kat sini,yeay,tiada masalah lagi.

kaykay,gtg,nnti zuhairi update lagi,wassalam