Rabu, 30 April 2014

Jagalah Dirimu

  Jagalah dirimu. Aku mungkin tidak lama untukmu. Masaku bersama dirimu mungkin sahaja bakal habis. Dikau mengejar gunung yang tinggi dan sukar didaki. Aku pula menanti disini disetiap hari. Menanti kepulangan dirimu yang saban hari tidak kunjung tiba.

  Kau bersama si dia,jejaka idaman malaya yang kau agung agungkan. Aku disini sedar,ku hanya bagaikan sayap rerama yang sungguh rapuh. Aku terbang dalam pelukanmu tetapi aku hanyut dalam setiap dustamu. Makin hari aku mencintaimu sedangkan aku tahu kau bukan milikku.

  Aku mungkin telah mati. Ya mungkin sahaja aku telahpun mati dilamun angan angan palsuku sendiri. Cukup bodoh aku memikirkan bahawa aku mampu memiliki dirimu. Selama ini aku menjaga hatimu. Saban hari aku menunggu kau yang sentiasa bernada dalam hatiku. Tapi bagaikan cerita melayu,semuanya hanya dongengan si penyair sunyi ini sahaja.

   Apabila aku bertekad aku akan pergi ya aku akan pergi. Aku akan pergi jauh meninggalkanmu. Apabila aku sudah tiada lagi jangan pernah kau menangis kernaku. Jagalah hatimu sebagaimana aku menjaga hatimu. Sayangi dirimu sebagai mana aku menyayangi dirimu. Hormati maruahmu sebagaimana aku menghormati dirimu. Usah lafazkan apa apa lagi. Aku sudah tekad.

  Biarpun aku mungkin sahaja tidak bisa lupakan dirimu,akan ku cuba lupakan. Biar sahaja aku memukul kepalaku agar darahnya keluar supaya aku bisa melupakanmu. Jagalah dirimu wahai sahabat seerat. Jagalah dirimu. Jagalah dirimu........

  Salam sayang kutitipkan buatmu yang selalu sahaja berada di fikiran ini. Kelak aku selamanya disakiti.....

Isnin, 28 April 2014

Memang Aku Pelik

   Memang aku pelik,dari dulu lagi. Setiap mata yang memandang diriku hanya mampu melihat kepelikkan aku. Aku bukan seperti kamu semua. Aku memang manusia tetapi kita berbeza.

  Disaat semua orang mempunyai rakan rakan sepermainan seusia,aku hanya mampu duduk dan termenung sahaja. Kadang kadang mengalir juga air mata kanak kanakku kerana dicemuh dan dihina. Aku memang pelik,sehingga tiada siapa yang mahu berkawan denganku.

   Aku memang pelik. Ramai yang menggelarkan diriku ini sombong. Tetapi pada hakikat sebenarnya,aku begitu takut dengan kelibat kalian semua. Aku mahu berkawan tetapi bukan semua sudi berteman. Aku memang pelik.

   Seakan sudah biasa dengan pandangan mata manusia,semuanya mengutuk aku dari belakang. Kelibat aku dimana mana sering dipersendakan dan dijadikan bahan gelak tertawa. Aku memang pelik.

  Walaupun aku pelik,aku tetap gembira dengan diriku. Memang benar,selalu juga aku berasa sunyi dan sedih,tetapi aku sedar kepelikkan inilah yang menjadikan diri ini seperti ini. Inilah diriku. Memang aku pelik,tetapi inilah aku. Tidak menjadi kesalahan kiranya jika aku menjadi aku.

  Aku memang pelik. Hidup di dalam dunia ini yang kurasakan pelik. Biarkan sahaja semua ini menjadi aneh,asalkan aku gembira menjadi diriku.......

Ahad, 27 April 2014

Mereka tidak mengerti....

   Mereka tidak mengerti,tidak pernah walau sekali. Apa sahaja yang aku lakukan semuanya cacat dimata mereka. Pernah jua aku bertanya pada diriku,wahai diri,dimana silapmu. Ternyata benar berjuta juta silapku,maafkan mereka,mereka tidak mengerti.

  Aku cuba mengenal dunia melalui mata kecil ini. Segala apa yang aku lihat segalanya dimaniskan dengan dusta. Apa sahaja yang disuapkan ke telinga semuanya dihiasi dengan makna makna sinis menyenda dan menghina sahaja. Maafkan mereka,mereka tidak mengerti.

   Bukan dipinta satu dunia menerima,cuma meminta fahamilah satu sama lain seadanya. Telah ramai aku lihat mereka yang mengalir air mata kerna mulut mulut durjana manusia yang hanya pandai menghina dan menutup sebelah mata. Maafkan mereka,mereka tidak mengerti..

  Hentikanlah semua ini,moga satu hari nanti kebodohan hari ini hanya sekadar memori hitam insani. Jaga diri hiasilah peribadi. Hanya mampu menulis dan memahami. Sesungguhnya diri ini juga tidak lari dari dosa dosa durjana setiap hari. Maafkan sahaja mereka,kelak mereka akan mengerti.......

Sabtu, 26 April 2014

Nombor 019

   Nombor 019 kutitipkan buatmu yang selalu sahaja tidak lekang dari ingatan ini. Teringat kembali waktu waktu suka duka kita bercerita dan bergurau senda melalui telefon tanpa wayar. Pada waktu itu,masa seakan akan berlalu pantas. Nombor 019 ini menjadi saksi sukanya diriku ini mendengar suaramu di malam hari.

   Nombor 019 ini juga membawa memori bagaimana kata perpisahan kau ungkapkan buat diriku. Tahukah kau bahawa pada malam itu hatiku begitu remuk rendam. Nombor 019 yang pernah menceriakan aku sekian lama bertukar menjadi pembunuh sekelip mata. Sakit sungguh hati ini,seakan ditikam mahupun dirodok isi perut berkali kali juga tidak sekejam ini sayangku.

   Pernah terlintas dihati,ingin sahaja aku melemparkan dan membuang nombor 019 ini jauh kedasar laut. Mahu sahaja aku menukar nombor 019 ini menjadi angka yang lain. Tapi aku tidak cukup kuat. Hati ini sering berharap bahawa mungkin satu hari nanti,akan sudi dirimu menghubungi nombor ini kembali,yaa mungkin sahaja. Maafkan aku,nombor 019 ini amat bermakna bagiku.

  Kini nombor 019 ini menerima seribu satu panggilan daripada ramai manusia kecuali dirimu seorang. Kenangan bersama nombor 019 ini masih terpahat kuat dalam ingatan. Andai sahaja nombor 019 ini mati jua pada suatu hari nanti,anggap sahaja aku jua turut mati bersamanya. Moga kenangan bersama nombor 019 ini bisa aku lupakan suatu masa nanti..............

  

Isnin, 7 April 2014

Alhamdullilah

Assalammualaikum,hye guys ^_^

  Alhamdullilah,saat menulis blog ini,diri ini masih lagi bernyawa dan terus bernafas adanya,alhamdullilah.Mesti ramai yang tanya result SPM zuhairi berapa kan?? hahaha,alhamdullilah,takdelaa tinggi mana,just nice je,dapat 3a and lain lain tu tak perlu mention ah,hahaha,alhamdullilah,kata kata yang harus tidak lekang dari bibir dan sebutan kita,kira ok laaa tu kan,ade laa gak A nye.

  Nak cakap tak sedih...hmm...sedih laaa gak,tapi nak wat camne,dah rezeki setakat tu je.Still alhamdullilah,at least,lepas gak syarat nak masuk university.Sekarang ni baru je lepas apply upu and inshaallah akan sambung pengajian dalam bidang bussiness.Keputusan ini bukan satu pengakhiran buat zuhairi malahan ia menjadi satu titik permulaan yang penuh keserdahanaan.Kesimpulannya,amat amat bersyukur laaa kira adanya dengan result ni.Tak kisah laaa result orang lain,yang penting sendiri punya hal kita cerita.

  Inshaallah,uitm ataupun uia mahupun politeknik adapun unisza menanti zuhairi pergi jee.Melihat rakan rakan yang telah menyambung pengajian diorang,hati ini adelaaa jeles sket,but takpe ah,lambat laun inshaallah ke menara gading jugak kita hendaknya,Lepas ni kita tengok siapa lagi berjaya and kaya,ahahahahaha.Inshaallah,berjaya jugak satu hari nnti.

  Family sentiasa ada untuk diri ini,segala sokongan dan dorongan amat amat zuhairi hargai.Soooo skang ni sementara tunggu result,banyak aktivity zuhairi sebenarnya.Yang menjadi keutamaan kerja dan keluarga laa.Agama dan musik juga tidak dilupakan.Just buat segala aktivity yang zuhairi suka dan buat diri ini gembira.Luangkan masa dengan memember pengubat duka.Akhir kalam,alhamdullilah,syukur,keadaan semakin baik.hahaha

  Kaykay,nnti apa apa zuhairi update lagi,inshaallah,wassalam,peace out

Ahad, 6 April 2014

Senyum

Mungkin senyumku pada hari ini menggambarkan sebuah erti hakiki kehidupan seorang insani,tetapi pada cerita dalam hati tersimpan pelbagai kisah perit rintih.Mungkin senyumku pada hari ini kerna aku sendiri menanti datangnya seorang insan untuk dicintai dan menyintai.Mungkin juga aku mampu tersenyum pada hari ini kerana aku masih berada dalam keadaan yang senang lenang dibuai angan mat jenin yang tiada penghujung walau berakhir waktu.Persoalannya,mengapa aku harus senyum pada hari hariku sedangkan hidupku sunyi ditinggalkan dan ditemani seribu satu kegelapan.

   Ku cuba gambarkan hari ini tanpa ada senyum orang yang aku sayangi.Kucuba juga gambarkan hari ini aku sendiri tidak mengenal apa itu erti senyuman yang terlukis diwajahku.Sebab musabab mengapa aku masih lagi senyum walaupun aku terus disakiti amat susah untuk aku ungkapkan dengan seribu satu ayat ayat bunga dan kata kata.Bertanya mereka mengapa sahaja kau masih senyum dalam kepura puraan sedangkan seluruh dunia sedang mengkejimu dan mencacimu dalam diam.Aku hanya mampu tersenyum.....

 Aku senyum kerana aku mahu senyum,itu jawapanku.Biar sahaja berapa ramai manusia ingin meninggalkan diriku akan aku terus senyum dan senyum hingga penghujung waktu.Biar sahaja halangan menimpa walau seribu satu dan satu dalam seribu akan aku terus kuat dan bangkit.Sesungguhnya kesakitan hari ini tidak mendatangkan makna jika pada hari esok aku menjadi bertambah kuat.Kesakitan ini mengajarku untuk terus bernyawa dan bernafas dalam arus kekuatan.

  Bertanya mereka,wahai insan,aku telah membunuhmu hari demi hari,tetapi mengapa kemaafan juga yang engkau beri.Jawapanku,kerana aku kuat untuk memaafkan dirimu wahai musuhku.Sayangku lebih utuh dari benciku.Jadi aku akan terus tersenyum mahupun didalam hati tanpa ada yang tahu.Kerna aku sendiri mahu tersenyum selalu.....