Sabtu, 23 Ogos 2014

Kali Sejuta

Kali sejuta rasa aku percaya. Tuhan itu bersamaku tidak pernah Dia terleka. Sesaat bersamamu aku bahagia. Biar aku seorang aku tahu aku tenang.

  Kali sejuta mata yang sentiasa lihat memandang. Mereka melihatku dengan penuh kerut garang. Aku perjuang bukan penentang. Setiap yang ada lubang akan aku tuju serang.

  Kali sejuta tangis aku menangis. Tiap ketika detik aku terguris. Tiada satu manusia yang memahami. Semua hanya mengherdik dan memandang sinis.

  Kali sejuta manusia yang aku temui. Semua lain perangai dan isi hati. Ada yang baik juga ada yang bersulam dengki. Moga sahaja Allah sentiasa melindungi.

  Kali sejuta peperangan demi peperangan. Banyak jua musuh musuh yang aku tewaskan. Tak gentar walau pedih aku rasakan. Kerna aku tahu darah pasti akhir akan berlinangan.

  Kali sejuta hati ini perlu kuat. Sentiasa harus berani sentiasa harus kuat. Sejuta kali aku diasak bertubi tubi. Sejuta satu kali aku takkan berhenti.

  Kali sejuta. Biar dunia bergerak ke kiri. Walau kuat arusnya aku takkan berhenti. Ke kanan aku langkah hujung aku berhenti. Takkan mudah mengalah sehingga aku mati

Isnin, 11 Ogos 2014

Biar Robek

Dalam diam aku pendam dalam sunyi aku terkam. Perjuangan ini seakan patah bagiku. Para sahabatku telah pergi meninggalkan aku. Kini aku adalah tentera juga aku adalah raja. Perih aku dihadapan berdarah juga aku relakan

  Telah aku tulis sebuah coretan seakan mahu menceritakan segalanya. Atas kenan perkenan aku hebatkan diriku untuk meneruskan perjuangan. Jikalau diatas aku diserang,dari bawah aku pasang jurus sedia berperang. Kanan dan kiriku sudah banyak dirobek. Hatiku seakan remuk dikopek. Kulitku bagai disiat. Sungguh perit apa yang aku tanggung demi menegakkan sebuah tiang yang patah dilumpuhkan.

  Aku sedar aku harus kuat. Aku tahu aku harus hebat. Biar arus dunia mengorak aku kekanan kekiri jua akan aku teruskan. Sungguh,aku berjanji,takkan aku biar kaumku ini menangis lagi. Cukup sudah kaumku,keluargaku,agamaku menderita. Biar aku derita kini agar aku dapat juga menanggung derita mereka disana kelak. Aku harus perit kini supaya kuat pada perit yang akan datang.

  Biar aku dirobek. Aku akan terus kuat. Biar aku disepit,aku akan terus hebat. Ini perjuangan aku. Ini perjuangan aku yang tiada siapa siapapun yang tahu. Biar keris dalam otak,biar kapak kita campak. Aku tulis cerita ini hanya untuk diriku. Bila patah biar ayat yang mengubati. Bila patah Tuhan yang aku cari. Tetapkan aku pada jalanMu,agar aku tahu ini perjuangan yang satu.

Isnin, 16 Jun 2014

Sunyi

  Saat aku sendiri masih tertanya tanya siapa yang bakal mengisi kekosongan ini,aku sendiri juga masih terasa amat sunyi. Setiap hari aku ternanti nanti sahaja,semuanya seakan akan berlalu pergi. Mungkin sahaja tiada ruang dan peluang untuk diri ini untuk menulis sebuah hikayat bersama seseorang yang amat istimewa kerana keistimewaan itu sendiri masih tidak dapat aku temui.

  Pernah sahaja orang berkata,jika kita bercinta,maka akan hilanglah rasa sunyi didalam diri kita. Hanya mereka berdua yang akan dapat merasa saat dan nikmat itu tanpa mempedulikan dunia disekeliling mereka. Ya mungkin kini aku jua berasa teramat sunyi sehingga aku hanya termenung sahaja sepanjang hari.Segala rasa ini sebenarnya tiada siapa yang mengerti.Mungkin aku seorang yang sukar menitiskan air mata tetapi siapa sahaja yang tahu bahawa aku sedang berdarah didalam.

  Masih menunggu detik itu. Saat jantung ini berdetak laju aku seakan tahu detik itu akan muncul jua lambat atau cepat. Saat dimana segala penulisanku selama ini akan menjadi realiti dan segala fantasi akan menjadi mimpi lahiriah yang wujud dalam kegembiraan hati. Mungkin satu hari nanti akan aku mula menulis mengenai diri insan lain yang amat aku sayangi. Mungkin dia hanya akan tersenyum pada saat itu kerna dia juga seakan tahu,aku akan sentiasa ada disisinya.

  Biarkanlah saat saat ini aku menangis seketika,biar walau seketika sahaja. Biar aku menangis sepuas hati kerna aku tahu pasti suatu hari nanti aku akan bahagia. Walau apa yang menghalang,hanya dia sahaja akan sentiasa berada di hati aku. Cepat atau lambat dia jua akan muncul.Aku akan sentiasa menunggu dirimu untuk menghapuskan air mataku ini. Mungkin dia jua akan menghilangkan rasa sunyi ini bersama...