Selasa, 21 April 2015

Sahabat

Kawan sentiasa datang dan pergi kan? Macamtulah dalam kehidupan kita. Sepanjang hidup ni,ramai yang telah datang dan pergi dalam hidup. Bermula dengan hii!! Siapa nama awak? Dan kadang kadang selamat tinggal juga mereka ucapkan.

  Maybe ada yang dulu kita rapat giler,ketawa sama sama,otp,chat gossip tak kira masa. Tapi atas satu kesalahan we become a complete strangers,dah tak bertegur sapa. Yeahh everybody makes mistakes,tapi kesalahan itulah yang memisahkan kita.

  Ade kawan yang kita baik pada awalnya,but semakin lama dia kenal kita semakin dia tidak boleh terima siapa diri kita. Ada yg kutuk kita belakang belakang walaupun sentiasa senyum apabila dihadapan. Bermuka muka,thats the word. Yeahhh bukan semua yg boleh terima diri kita kan.

  Tapi ada je kawan yang semakin hari semakin kita rapat walaupun berjauhan. Sentiasa bertanya khabar,yaww bro,sihat ke,apa cerita,jom lepak. Mereka mereka yang sentiasa mengingati kita dan yang kita sentiasa ingat walaupun dimana mereka berada. Kawan yang kita excited giler bila nak jumpa. Mereka yang pernah menyentuh hati kita dan sentiasa membuat kita ketawa. Mereka ini yang digelar sahabat.

  Tak kira kawan yang jauh mahupun dekat,ingat mahupun tak ingat,terima kasih kerana sudi singgah di dalam hidup saya. Sama ada awak memberi kegembiraan mahupun pengajaran,saya sentiasa ingat dekat awak awak semua.

  Terima kasih kepada sahabat sahabat yang sentiasa ada dalam hidup ini. Sama ada yang baru kenal mahupun yang sudah lama kita kenal. Thanz sebab sudi stay dalam hidup saya yang penuh kekurangan ini. Koranglah penceria hari hari dahulu kini dan selamanya ^-^

Ps : kawin jangan lupa jemput,hehe