Khamis, 27 Oktober 2011

Malaysiaku Gempak

Assalammualaikum kepada para pembaca yang berjiwa rock sekalian.

  Apabila berbicara tentang Malaysia pasti anda semua sudah terbayang mengenai perpaduan kaum dan budaya masyarakat majmuk di negara tersebut.Kenyataannya itulah Malaysia,negara yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam serta kaya juga dengan budi bahasa dan senyuman mesra.Sebagai salah seorang rakyat Malaysia saya amat berbangga dan rase teramat amatlah bertuah dilahirkan didalam negara yang steady ni.

  Salah satu penarikan utama yang menyebabkan saya amat tertarik dengan Malaysia ialah kepelbagaian jenis makanan tradisi mahupun yang tak berapa nak tradisi sangat,haha.Contohnyalah yang paling saya suke makan ialah tidak lain dan tidak bukan nasi lemak.Sebagai rakyat Malaysia sape yang tak pernah makan nasi lemak?ce khabor.Saye bukak bukak je mata terus kenal ngan nasi lemak.Saya ingat lagi time saye kecik kecik dulu,saye tinggal bersama arwah moyang saya.Setiap pagi diwajibkan hukumnya,haha,nasi lemak,tak kiralah nasi lemak biase ke ,tambah kerang ke,mahupun yang ade telur mata kobau,bak kate nyang saye,maklumlah orang negeri sombilan.Kalau korang nak tahu nasi lemak ni dah femes kat luar negara tau,seperti di Australia,U.S dan kemungkinan memasuki pasaran antarabangsa Zimbakwe dan Afrika Utara,itupon kalau ade pengusaha Malaysia nak bukak kedai kat sane,haha.Kalau cite pasal makanan bansa lain saye ske makan Yong Tau Foo,Roti Canai n some more la.Bak kata perpatah abang yang saya baru kenal kat seven eleven aritu,'food can make we smile'.Tak sangka saya die bleh cakap english

  Lagi satu sebab saya memasukkan Malaysia sebagai Juara carta negara negara yang paling gempak didunia ialah kerana keharmonian dan kesepaduan masyarakat yang hidup didalamnya.Semua kaum didalamnya hidup dengan aman dan harmoni tanpa perbalahan dan pergocohan yang membawa maksud perbalahan.Aman je hidop.......(sebenarnya sekarang ni saya dah tak tau nak tulis ape sebab isi complicated sangat)

  So sebagai conclusion saya bangga menjadi rakyat Malaysia.Saya juga berharap Malaysia juga akan terus maju dan steady kehadapan.Majulah negara untuk semua.

surat daripada penjara foolmental alchipanist

  Assalamualaikum kepada para pembaca,ini adalah assignment saya yang kedua dan harap anda semua terhibur.Saya henda berkongsi dengan anda tentang coretan berbakat yang saya retype semula dari komik kegemaran saya.Separti yang anda maklum hobi saya memang membaca komik,jadi saya telah terbaca artikel atau cerita pendek ini didalam komik tersebut,harap terhiburlah sume ye.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan.

 RXZ.....Masihku ingat lagi saat tiba dikota langit Kay El,kau menegurku.Aku tidak mengenalimu .Pertama kali bersua denganmu aku dah rasa menyampah.Wajahmu saling tak tumpah macam makhluk ganjil dalam siri Gransazer.Wajahmu berjerawat batu marmar hinga ke siku,ada hati nak berkenalan denganku.Hari demi hari kau tak putus asa.Kau pandai bermadah tapi tak pandai bermarhaban.Kau pandai berkata kata sebab kau manusia.kalau kau seekor udang galah dah tentu kau tak boleh berkata kata.Tiap tiap hari kau umpan aku dengan kemewahan.Kalau toman batik umpannya biji sawit,aku pula kau umpankan dengan lori sawit yang masih baru.Esok pula kau memberi hadiah sebuah forklift.Lusa pula kau hadiahkan LRT siap dengan landasannya sekali.Aku yang mulanya tak dapat menerima kekasih berwajah pinggu terencat,akhirnya menerima dengan hati yang kejap terbuka,kejap tertutup.Aku ini orang kampung Ulu.Bila orang bagi macam macam mulalah rambang mata hati dan jiwa.

   RXZ....Masihku ingat pada hari jadiku yang ke doploh.Kau tetiba menjerit macam orang utan masa kita dating kat depan kompleks sogok.Kau lafazkan kata 'Aku Cinta Padamu'dalam versi 6 bahasa iaitu bahasa Ghana,Argentina,Mongolia,Red Indians,Mlaysia,dan bahasa isyarat.Aku maunya tak terkejut chimpazi.Habis semua orang tengok kita semacam je.Lebih mensuprisekan lagi kau hadiahkanku sekeping tiket penerbangan pergi tak balik ke Tokyo,5 hari,6 malam.Aku sungguh gembira namun sedih sebab kau tak dapat pergi.Katamu kau terpaksa menjaga nenekmu yang pantan 66 hari kerana bersalin anak kembar tiga.Aku juga diminta untuk membawa sebuah beg sekolah hitam untuk diberikan kepada anak saudaramu disana.Aku turut merahsiakan pemergianku daripada pengetahuan keluarga dan member serumah.Takut diorang tak kasi.
 
   RXZ....Pagi shahdu dibaluti salji.Kapal terbang Api Asia mendarat di lapangan terbang Battle Doom Angelic Baboon,Tokyo.Betapa gembiranya menjejakkan kaki ke negara Fujio F.Fujiko.Detik hitam bukan impian pun bermula sewaktu aku di terminal pemeriksaan.Tiba tiba mesin pengimbas berbunyi,cut...cut...!Polis Angkasa Gaban terus menyerbu dan menangkapku.Rupa rupanya dalam beg sekolah hitam itu ada dadah seberat 3 kilogram.Aku terkejut.Sesampainya di balai Polis Nowruto Selatan,aku telah disiasat oleh Detektif Konan.Tiada bukti yang menyokong keterangankuwalaupun aku disoal siasat dibawah keterangan lampu.Aku dihadapkan di Mahkamah Tinggi Dragon Bull,Kiteretsu.Akhirnya aku dijatuhi hukuman mati tak hidup lagi.Kau pula terus menghilangkan diri entah kemana.

  Ibu dan Ayah.....Maafkan diriku.Banyak dosaku padamu berdua.Mungkin dosaku dah setinggi Gunung Rozen Maiden.Aku tak nak jadi soh cai.Apa nak dikata,nasi sudah jadi dorayaki.Aku terpedaya denganmu.Kaulah musang berbulu burung kelicap.Kau menghancurkan masa depanku,masa belakangku,dan masa tepiku.Dadah telah memusnahkan kehidupanku.Rakan rakan di tanah air.....berhati hatilah memilih kawan.Jangan sampai terperangkap.Ketahuilah apa yang anda bawa.Sekian,terima kasih dariku yang merindui ayah dan ibu.Namun sepi itu sawan tatkala menghitung ajal diruang penjara Foolmental Alchipanist.

  Karya Asal Badrul Kidd
 

Rabu, 26 Oktober 2011

Menyelami Diriku

 Asalammualaikum kepada para pembaca yg budiman ,sebenarnya secara jujurnya ini adalah catatan pertama diri ini didalam halaman ini,harap anda semua terhibur.

 Lepas PMR ini saya sebenarnya berazam untuk mencari semula diri ini selepas merasakan kehilangan identiti dan sifat mahmudah didalam diri ini.Saya sebenarnya mahu kembali kepada pangkuan Yang Maha Kuasa selepas merasakan telah lama meninggalkan Nya dan berada dilembah kehinaan.Mesti anda tertanya tanya apakah kesalahan yang telah diri in lakukan.Sebenarnya setiap manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan samada pada diri sendiri mahupaun orang lain,termasuklah saya yang bergelar hamba dimuka bumi yang fana ini.Terlalu banyak kesilapan yang telah saya lakukan,jadi saya mahu bertaubat dan kembali kepangkuannya.Ini juga seiringan dengan cita cita saya untuk menunaikan umrah Insyaallah pada tahun hadapan,inilah azam pertama saya selepas PMR.

 Yang kedua saya juga berazam akan lebih mendalami lagi ilmu persilatan saya semampu dan sedaya mungkin selepas sebulan meninggalkannya.Inilah maruah bangsa saya yang perlu saya dalami dan warisi,secara tidak sedar juga silat juga telah menjadi darah daging dan nafas saya.Saya berharap azam saya akan tercapai,Insyaallah.