Khamis, 27 Oktober 2011

surat daripada penjara foolmental alchipanist

  Assalamualaikum kepada para pembaca,ini adalah assignment saya yang kedua dan harap anda semua terhibur.Saya henda berkongsi dengan anda tentang coretan berbakat yang saya retype semula dari komik kegemaran saya.Separti yang anda maklum hobi saya memang membaca komik,jadi saya telah terbaca artikel atau cerita pendek ini didalam komik tersebut,harap terhiburlah sume ye.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan.

 RXZ.....Masihku ingat lagi saat tiba dikota langit Kay El,kau menegurku.Aku tidak mengenalimu .Pertama kali bersua denganmu aku dah rasa menyampah.Wajahmu saling tak tumpah macam makhluk ganjil dalam siri Gransazer.Wajahmu berjerawat batu marmar hinga ke siku,ada hati nak berkenalan denganku.Hari demi hari kau tak putus asa.Kau pandai bermadah tapi tak pandai bermarhaban.Kau pandai berkata kata sebab kau manusia.kalau kau seekor udang galah dah tentu kau tak boleh berkata kata.Tiap tiap hari kau umpan aku dengan kemewahan.Kalau toman batik umpannya biji sawit,aku pula kau umpankan dengan lori sawit yang masih baru.Esok pula kau memberi hadiah sebuah forklift.Lusa pula kau hadiahkan LRT siap dengan landasannya sekali.Aku yang mulanya tak dapat menerima kekasih berwajah pinggu terencat,akhirnya menerima dengan hati yang kejap terbuka,kejap tertutup.Aku ini orang kampung Ulu.Bila orang bagi macam macam mulalah rambang mata hati dan jiwa.

   RXZ....Masihku ingat pada hari jadiku yang ke doploh.Kau tetiba menjerit macam orang utan masa kita dating kat depan kompleks sogok.Kau lafazkan kata 'Aku Cinta Padamu'dalam versi 6 bahasa iaitu bahasa Ghana,Argentina,Mongolia,Red Indians,Mlaysia,dan bahasa isyarat.Aku maunya tak terkejut chimpazi.Habis semua orang tengok kita semacam je.Lebih mensuprisekan lagi kau hadiahkanku sekeping tiket penerbangan pergi tak balik ke Tokyo,5 hari,6 malam.Aku sungguh gembira namun sedih sebab kau tak dapat pergi.Katamu kau terpaksa menjaga nenekmu yang pantan 66 hari kerana bersalin anak kembar tiga.Aku juga diminta untuk membawa sebuah beg sekolah hitam untuk diberikan kepada anak saudaramu disana.Aku turut merahsiakan pemergianku daripada pengetahuan keluarga dan member serumah.Takut diorang tak kasi.
 
   RXZ....Pagi shahdu dibaluti salji.Kapal terbang Api Asia mendarat di lapangan terbang Battle Doom Angelic Baboon,Tokyo.Betapa gembiranya menjejakkan kaki ke negara Fujio F.Fujiko.Detik hitam bukan impian pun bermula sewaktu aku di terminal pemeriksaan.Tiba tiba mesin pengimbas berbunyi,cut...cut...!Polis Angkasa Gaban terus menyerbu dan menangkapku.Rupa rupanya dalam beg sekolah hitam itu ada dadah seberat 3 kilogram.Aku terkejut.Sesampainya di balai Polis Nowruto Selatan,aku telah disiasat oleh Detektif Konan.Tiada bukti yang menyokong keterangankuwalaupun aku disoal siasat dibawah keterangan lampu.Aku dihadapkan di Mahkamah Tinggi Dragon Bull,Kiteretsu.Akhirnya aku dijatuhi hukuman mati tak hidup lagi.Kau pula terus menghilangkan diri entah kemana.

  Ibu dan Ayah.....Maafkan diriku.Banyak dosaku padamu berdua.Mungkin dosaku dah setinggi Gunung Rozen Maiden.Aku tak nak jadi soh cai.Apa nak dikata,nasi sudah jadi dorayaki.Aku terpedaya denganmu.Kaulah musang berbulu burung kelicap.Kau menghancurkan masa depanku,masa belakangku,dan masa tepiku.Dadah telah memusnahkan kehidupanku.Rakan rakan di tanah air.....berhati hatilah memilih kawan.Jangan sampai terperangkap.Ketahuilah apa yang anda bawa.Sekian,terima kasih dariku yang merindui ayah dan ibu.Namun sepi itu sawan tatkala menghitung ajal diruang penjara Foolmental Alchipanist.

  Karya Asal Badrul Kidd