Asalammualaikum kepada para pembaca yg budiman ,sebenarnya secara jujurnya ini adalah catatan pertama diri ini didalam halaman ini,harap anda semua terhibur.
Lepas PMR ini saya sebenarnya berazam untuk mencari semula diri ini selepas merasakan kehilangan identiti dan sifat mahmudah didalam diri ini.Saya sebenarnya mahu kembali kepada pangkuan Yang Maha Kuasa selepas merasakan telah lama meninggalkan Nya dan berada dilembah kehinaan.Mesti anda tertanya tanya apakah kesalahan yang telah diri in lakukan.Sebenarnya setiap manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan samada pada diri sendiri mahupaun orang lain,termasuklah saya yang bergelar hamba dimuka bumi yang fana ini.Terlalu banyak kesilapan yang telah saya lakukan,jadi saya mahu bertaubat dan kembali kepangkuannya.Ini juga seiringan dengan cita cita saya untuk menunaikan umrah Insyaallah pada tahun hadapan,inilah azam pertama saya selepas PMR.
Yang kedua saya juga berazam akan lebih mendalami lagi ilmu persilatan saya semampu dan sedaya mungkin selepas sebulan meninggalkannya.Inilah maruah bangsa saya yang perlu saya dalami dan warisi,secara tidak sedar juga silat juga telah menjadi darah daging dan nafas saya.Saya berharap azam saya akan tercapai,Insyaallah.