Cahaya itu seakan terang dan menarik. Seakan memukau igauan mata ini aku jadi terpaku. Kadang aku termenung aku mula terlihat jua cahaya itu. Tak sangka,aku ternampak cahaya duniawi yang sungguh indah berseri dengan ketelanjangan mata ini sendiri. Sungguh aku tidak menipu bahawa aku terpersona dengan kewarnian cahaya itu.
Cahaya itu bagai hidup. Dia bersinar sinar di hadapan aku. Setiap hari aku sangat rindu untuk mencari cahaya itu. Apabila aku melihat cahaya itu,dia tersenyum padaku. Seakan mimpi bertemu realiti aku tersekat ditengah tengahnya,tidak aku tahu apa yang patut aku lakukan. Aku hanya mampu memerhatikan cahaya itu berterbangan.
Cahaya itu juga menjadi pujaan kebanyakkan manusia. Mereka terpersona dengan keindahan cahaya yang dibawa. Sesaat aku kalih kekiri mahupun kekanan,ada saja manusia yang memanjangkan tangan mahu menyentuhnya. Sebak aku rasakan di dalam dada,cahaya yang aku sendiri tidak berani pegang mahu disentuh orang.
Apa yang boleh aku lakukan hanya lihat dan percaya,aku berdoa semoga cahaya itu tidak akan hilang. Kerna aku ingin memilikinya. Aku tidak berani lagi memetik cahaya itu kerna aku tahu,akan melecur kulitku akibat kecantikkannya kelak. Hanya cahaya yang mampu menyentuh cahaya. Biar aku juga menjadi cahaya terlebih dahulu sebelum aku bersamanya.