Khamis, 28 November 2013
mendongak ke langit
saat ini kurasakan ketenangan yg menjelma di dalam diriku.Semua kisah yg terindah juga pahit liku telahpun ku lalui sepanjang 11 tahun persekolahan .Saat aku mula mengenali erti persahabatan sejati.Saat bergaduh bertumbuk,berdarah kerana cinta terhadap wanita,saat saat tangis tawa telah habis aku jelajahi eranya.Saat aku dicaci dimaki tidak diterima insani telahpun aku langkaui.Zaman persekolahan mengajar aku pelbagai erti kehidupan.Pelbagai ragam telah aku susuri sepanjang kehidupan 11 tahun persekolahan ini.3 aras yakni UPSR,PMR serta SPM telah berjaya aku tempuhi.Tiba masanya aku mendongak kelangit,terbang bersama awan nan biru putih tanda perpisahan.Terima kasih diucapkan kepada guru guru yg telah menganugerahkan sepasang sayap kepadaku agar mampu aku terbang.Terima kasih atas segala galanya.Terima kasih kepada rakan rakan yg sanggup menerima diri ini seadanya walaupun serba lengkap cacat celanya.Terima kasih semua.Masa lepasku telah berlalu dan menjadi kenangan,semoga berjumpa lagi hendaknya.Masa kini akan aku lakar dengan seribu pelangi,moga langitku sentiasa cerah dan awanku sentiasa putih cemerlang untukku terus terbang...mendongak kelangit