Khamis, 28 November 2013

aku dia dan gitar

  Ini kisah mengapa diri ini mula bermain alat musik yg dipanggil gitar,alat petikan 4 tali yg memberi seribu satu makna yg mendalam

  Semuanya bermula sejurus sahaja memasuki musim cuti selepas PMR.Pada waktu itu talent show telah diadakan di sekolah.Aku melihat dia dan rakan rakannya hadir ke sekolah untuk menikmati persembahan yg akan diadakan.Pada waktu tersebut muncullah seorang insan yg bernama Encik R yg membawa sebuah gitar sebagai senjata bagi persembahan itu nanti.Giliran untuk aku beraksi dikhalayak ramai tiba juga.Aku menyanyi di khalayak ramai sambil sempat untuk merenung jua matanya ketika persembahan.Reaksinya biasa biasa sahaja,tidak menunjukkan minat.

  Tiba pula ke persembahan terakhir pada hari persembahan,Encik R,naik ke pentas utama,memetik gitarnya dengan penuh rasa bangga.Sempat jua kulirik renungan matanya,ternyata benar,dia amat amat meminati alunan musik yg diperdengarkan.Dia betul betul gembira dengan apa yg dilihatnya.Ya,gitar,gitar tersebut mampu membuatnya tersenyum dan ketawa.

  Aku juga telah nekad.Keesokkan harinya aku telah pergi membeli gitar dengan harga 99 ringgit Malaysia.Oleh kerana dasar minat yg mendalam untuk mempelajarinya,aku telahpun belajar gitar dalam tempoh satu malam sahaja.Keesokkan harinya aku telahpun bisa memainkan sebuah lagu pertamaku.

  Tidak pernah kubilang pada dirinya yg aku telahpun mahir belajar gitar.Akhirnya selepas memperolehi keputusan PMR,dia telahpun pergi meninggalkan sekolah.Aku tidak sempat memainkan walau serangkap lagu untuknya walaupun punca aku mempelajari gitar adalah kerana dia.Minatku terhadap gitar semua terputik kerana dia,ku mahu dia gembira mengengar alunan gitarku,tetapi dia telah pergi jauh menuntut ilmu....

  Dan kini aku tetap memainkan lagi gitar,dengan harapan untuk mengemmbirakan jiwa jiwa yg lain dan dengan harapan mungkin satu hari nanti dia juga akan dapat menikmati seni halus muzik yg ku bawa.Aku takkan berhenti untuk berkarya kerana inilah minatku dan aku juga takkan berhenti mengharap selama lamanya.AKU DIA DAN GITAR