Jumaat, 29 November 2013

Masuk Jawi

  Terkenang kembali saat saat masuk berjawi beberapa tahun yg lepas,hahaha,bersempena cuti sekolah ni,tengok adik2 yg masih kecil memberanikan diri untuk 'berjuang',teringat kembali nostalgia semasa kecil tersebut.

  Pada mulanya ditakutkan oleh kawan kawan.Memember kata,bila sunat nanti tok mudim pakai parang laaa,kapak laaa,hahaha.Semua mende tu bermain dalam fikiran.Rasa takut tu ada but still memberanikan diri untuk pergi 'memotong' supaya tidak lagi dipersendakan oleh kengkawan

  Dua hari sebelum masuk jawi,zuhairi dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah,maklumlah,lpas masuk jawi kena berpantang agak lama jugak.Kebetulan masuk jawi pon pada hari raya korban,sooo macam macam hidangan laa disuap masuk kedalam mulut.Perasaan agak excited gak coz tak sabar sabar nak man up tapi dalam keterujaan tu ada kecutnya,haha

  Hari yg dinanti nantikan telah tiba.Zuhairi menuju ke klinik.Seperti biasa procedure2 tertentu dilakukan dan akhirnya tamatlah zaman kanak kanak zuhairi.Berjalan lagak kekang seperti orang dewasa tapi apabila habis bius,waaaaaa,melalak hingga ke malam,hahaha,sakit wooo.

  Layanan ibarat dayang dan raja diberikan.Hari hari disuap daging bakar dan nasi putih,bosan bosan milo secawan diteguk.Mujur ada seorang insan yg bernama ibu yg sabar melayan karenah.Semua itu tidak dapat dilupakan sama sekali dalam hidup ini.Memori sepanjang hayat.

  Kini hanya melihat adik2 kecil yg memberanikan diri untuk peluang sekali seumur hidup itu.Tahniah kerana memberanikan diri,haha.Jadilah dan membersarlah sebagai seorang lelaki dewasa.Kepada yg belum tu,cepat cepat 'potong',haha,jangan risaulaa,macam kena gigit harimau je,hahaha.

  Serba sedikit kenangan dikongsi bersama,kenangan cuti sekolah yang tidak dapat dilupakan selama lamanya.Peace out,wassalam.