Isnin, 10 November 2014

Wahai Hati

Wahai hati,kau dan aku satu jasad yang sama. Setiap hari kita selalu bersembang berdua. Kau dan aku tiada bezanya. Di saat aku sedih,kau jua sedih. Di saat aku gembira kau juga turut gembira. Di saat aku kesunyian,kau ada menemani,di saat kamu disakiti aku juga terasa peritnya.

  Wahai hati,indah sungguh hubungan yang Allah ciptakan buat kita berdua. Kita saling berkait antara satu dengan yang lain. Jahat kamu jahatlah aku. Baik kamu baiklah aku. Dikaulah rakan karibku sejak dari mula aku dilahirkan. Masih ingatkah saat aku masih tidak boleh berkata kata. Saat aku lapar dan dahaga sewaktu aku masih bayi,aku tidak boleh membutirkan sebutan yang aku lapar. Kau membantuku dengan mengizinkan aku menangis. Masih ingat bukan?

  Kini kita sudah dewasa. Kita sudah berjumpa dengan hakikat dunia yang nyata. Kau dan aku besar kita bersama. Pengalamanku pengalamanmu jua. Kini dunia sudah semakin mencabar buat kita berdua. Kita hidup dalam kalangan manusia yang pada hakikatnya suka menilai diri kita sesuka hati mereka. Sering sahaja manusia disekelilingmu menyakitkan dikau wahai hati. Aku juga berkongsi rasa yang sama.

  Sekali dikau sakit wahai hati,jasad ini turut terasa. Peritnya hanya kita berdua yang tahu. Memang,sudah beribu kali kamu wahai hati terluka akibat dunia. Aku mengerti itu wahai sahabatku.

  Satu yang aku mohon wahai hati. Sentiasalah kuat tak kira apa pun yang terjadi. Sesungguhnya dunia ini amat kuat dugaannya dan aku perlukan kekuatanmu wahai hati. Sentiasalah bisikkan kata kata semangat buatku setiap hari wahai hati. Bantulah aku untuk kuat dan aku akan membantumu untuk lebih tabah.

Wahai hati,aku akan sentiasa menjagamu. Tatkala malam dan siang aku akan menjagamu. Usah lagi kita dengar mulut mulut manusia itu. Usah lagi kita dengar perkara yang menyakitkan. Kelak kita akan gembira disamping orang orang yang kita cinta. Wahai hati,senaskah surat ini untukmu,semoga kau sentiasa tabah...

Isnin, 3 November 2014

Dalam kelip cahaya

Dalam kelip cahaya tersimpan satu rahsia. Aku melihat cahaya menerusi cahaya yang aku sendiri dibutakan olehnya. Dalam kesamaran kelip kelap itu aku terlihat sebuah jalan yang aku ingin tuju. Tapi aku tidak pasti adakah jalan itu yang aku mahu.

  Dalam kelipan itu aku mengenal erti agamaku. Dalam kepayahan putaran 365 arah selatan aku bergelut hebat. Pada mulanya nafsuku mengekang aku daripada terus melangkah. Tapi aku tahu ini adalah kebenaran dan kebenaran takkan pernah mengecewakan.

  Sikap positif aku tanam sedalam dalamnya bagi aku terus kuat. Persetankan sahaja hasutan dan buangkan sahaja segala keperitan. Hanya aku yang mampu membawa aku terbang dan hanya aku yang mampu membuat diriku tenang. Lalu aku memilih untuk terus menjadi pemerhati. Tidak mengungkit dan tidak pula diungkit. Aku mahu menjadi lebih baik dari diriku yang lalu.

  Kelip akan terus berkelip walaupun aku tiada. Tetapi kelip juga akan terpadam jua jika langit mendung berarak awan gelap menghitam menyelubungi cahaya. Apa akan aku biar kelip itu hilang??

  Aku masih membaiki dan aku juga masih ingin dibaiki. Cuma jawapan bagi persoalan tadi,aku takkan biarkan kelip itu terpadam. Aku akan perjuangkan walaupun dalam diam. Biar namaku tidak dikenali tetapi biat hanya jasaku yang berbunyi. Cukup sekadar Tuhan mengetahui apa yang aku miliki dan apa yang aku beri.

  Kelip dan teruslah berkelip. Akan aku jagamu wahai kelip dalam cahaya.

Dia Takkan Menangis Lagi

Bila aku melihat air matanya mengalir,seolah aku sudah mengenalinya begitu lama. Siapakah gadis yang aku lihat tadi? Menangis ditepi jalan dan keseorangan. Ingin sahaja aku menegur dia tetapi aku sudah lambat untuk menuju ke kelas. Sebagai pelajar sem satu aku harus juga menjaga sahsiahku,maklumlah masih baru.

  Di dalam kelas juga fikiranku masih melayang layang terfikirkan dirinya.Arghhhhhh apa semua ini! Aku harus fokus!! Lagi lagi ini subject account,subjek yang paling aku lemah. " Afiq Hadi bin Muhammad Razi"! Huh,tiba tiba namaku dipanggil. "Apa yang kamu buat termenung sensorang dekat belakang tu? Kamu dengar tak apa yang saya ajar dekat depan ni"? Alamak,Madam menegurku. Sememangnya aku sudah termenung sejak awal aku masuk kelas tadi.

  "Saya,saya dengar madam,just tengah ingat balik formula yang madam bagi tadi" balasku sebagai langkah untuk 'cover line ' kesalahanku. "Formula? Apa yang kamu melalut ni Afiq,saya sedang mengajar accounting bukannya matematik. Kamu ni sebenarnya kenapa Afiq? Putus cinta ke"?

Hahahahahahaha,riuh satu kelas mentertawakan aku. Merah padam muka aku dibuatnya. Erghhh malunya akuuuu. "Takdelaaa madam,saya cuma tak boleh fokus je tadi,ada masalah sikit"

"Saya sekarang tak nak tahu masalah awak. Kalau awak rasa awak nak belajar,awak tolong fokus,kalau awak rasa awak nak layan masalah awak tu awak boleh keluar dari kelas saya sekarang" Terkedu aku mendengar kata kata madam Intan Nurbaizura ni. Madam yang paling garang dalam seantero dunia. Kecil je orangnya tapi kalau marah mahu bergegar satu kelas nii. Silap aku juga,kenapa berangan dalam kelas yang paling 'dangerous' nii.

"Maaf madam,saya akan fokus lepas ni".

.........................................................................

Kenapa laaaaa aku fikir pasal dia niii,sampai dalam kelas tadi pon aku tak boleh nak fokus. Ni mesti aku dah kena mandrem ni. Selalunya aku boleh je fokus,lagi lagi dalam kelas madam Intan. Erghhhh seram aku kelas madam ni. Kalau buat salah silap silap boleh aruah dibunuh oleh sentapan kata kata madam.

  Perut pun dah lapar nii,nak pergi makan kejap laa dekat kafeteria. Nasib baik kelas acconting harini habis cepat. Boleh curi masa lepak lepak sekejap sambil makan. Lepas ni kena rushing pergi kelas agama pulak.

  Eh itu bukan............bersambung