Sabtu, 17 Mac 2012

Ibu Dan Ayah,ANUGERAH TERINDAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera kpd para pembaca sekalian.Arini wa nak kongsi ngan lu orang pasal satu anugerah terindah yg Allah SWT kurniakan kat kite sume,iaitu PARENTS or IBU BAPA.kenape wa nak cite pasal ibu bapa ni kan,takde sebenarnya semalam mase wa duduk sensorang,wa teringat kata2 seorang ustad tu,ibu bapa adalah anugerah terindah yg dikurniakan oleh Allah SWT untuk korang.Btol ke,hmmm.Lets figure it out....

   Cube kite renung kembali wajah ibu kite.Wajah seorang wanita yg melahirkan korang ke muka dunia ini.N then tanye balik kat diri korang,SAYANG TAK AKU KAT WANITA MULIA INI.Cube korang tanye kat diri korang sendiri,sayang tak aku pada wanita ini,IBUKU.Kite renung kembali saat kite dilahirkan,wanita inilah yang bersabung nyawa dalam proses untuk melahirkan korang kat dunia ini.Wanita inilah yang menangis kegembiraan apabila mendengar tangisan pertama korang.Wanita inilah  yg telah mendakap korang sesudah korang dilahirkan,BESAR TIDAK JASA WANITA INI.Saat korang berusia 1 hari hingga hari ini,wanita inilah yg telah membesarkan korang,dengan penuh kasih sayang dan kesabaran,dari mula korang meniarap hingga boleh lari berganti ganti,wanita inilah yg telah membesarkan korang.BESAR BUKAN JASA WANITA INI.Wanita yg bernama seorang IBU.

  Ayah,seorang yg steady,dalam kemachoan disaat korang hendak dilahirkan,ade gak perasaan risau.Risaunye seorang ayah seakan akan beliaulah yg hendak melahirkan korang,haha.Cube kite lihat dan renung kembali wajah ayah kite,hensem bukan,haha.Kelihatan wajah yg indah,sabar dan penuh ketegasan.Saat selepas korang dilahirkan,lelaki inilah yg mendakap korang mengucup korang dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang.Lelaki inilah yg mengAzankan korang dengan perasaan gembira yg tidak terhingga.Lelaki inilah,dari hari pertama korang dilahirkan sehingga hari ini,menjaga dan membesarkan korang serta memberi didikan tanpa keluh kesah dan penat lelah.BESAR TAK PENGORBANAN LELAKI INI,lelaki yg bernama AYAH

   Hrgailah ibu bapa kita dan jagalah perasaan mereka denga penuh kesabaran sebagaimana mereka menjaga korang sewaktu korang kecil.Ingat tak lagi waktu korang meragam,ade mereka marah korang tanpa belas kasihan,ade mereka herdik korang tanpa simpati,mereka mengerti bahawa korang masih kecil.Sabar melayan ragam korang tanpa sebarang rungutan.Patutkah apabila kita sudah besar sekarang,kita mengherdik mereka,menghina mereka,melawan kata mereka,sedangkan mereka lah yg membesarkan kita,sudah tentu tidak sahabatku.

  Wa sebenarnye sedih sangat melihat insan2 yg dimuliakan Allah ini sekarang banyak ditempatkan dirumah rumah orang2 tua.Apa dosa mereka wahai sahabatku.Bertanya wa pada diri wa,APAKAH DOSA MEREKA SEHINGGA SANGGUP DIHANTAR KE RUMAH JAGAAN ORANG2 TUA.Dimanakah putera puteri mereka yg mereka besarkan dahulu.Jelas kelihatan kesedihan pada air muka mereka.Mereka tidak pinta kasih sayang daripada seorang jururawat atau penjaga dirumah tersebut.tidak mereka pinta harta yg menggunung dri anak mereka sebagai balasan,tidak mereka pinta kemewahan dunia,tetapi mereka hanya mahukan kasih sayang seorang anak yg pernah mereka besarkan dari sekecil tapak tangan hingga menjadi manusia berjaya.Dimana anak2 mereka wahai sahabatku,Fikirkanlahh....

   So hargailah ibu bapa kita,Insyaallah dijamin syurga,IBU BAPA ANUGERAH TERINDAH,wassalam