Selasa, 25 Disember 2012

Getting Started,PRS

Assalammualaikum,hye korang

  Tak sabar rasenye nak masuk taun baru and bertugas untuk aktiviti Prs taun dpan.Senior da takde so batch zhairi laa plak yg akan mengambil alih tampuk pemerintahan,WAHAHA,rampasan kuasa,haha.Zhairi actually dah lme daa jadi one of the member PRS kat skola ni,mule2 mase form 1 tu rse amazed giler tengok senior2 PRS ni.PRS ni sempoi tau,die bkan macam pengawas,PRS tak banyak kerja.Kerja kiteorang pon relaxe n fun je.Dengan lineup PRS yg berkualiti taun dpan,(ceh),zhairi akan makesure tahun last zhairi sebagai PRS akan jadi best sesangat.

  Tak lpe jgak berdoa kpd Allah SWT agar semua urusan dibawah kendalian batch 2013 akan menjadi sempurna.Zhairi pon dlam mse yg sme rindu giler kot kat semua senior2 PRS yg zhairi dah anggap cam kakak n abang sendiri.Kenangan n pengalaman ngan diorang takleh ditukar ganti beb.Wish they all gud luck.Salute to you :)

  Kay laa,nnti zhairi update lagi,wassalam,peace out.

Around The Corner

Assalammualaikum,hi korang:)

 Rsenye dah lme gak zhairi tak update,busy sket laa kebelakangan ni,maklumlaa nak msok taun bru kan,2013,so makin banyak laa kerja yang perlu dibereskan sebelum tahun baru menjelma.Antaranya ialah beli kelengkapan skolah.Baru je lepas beli kelengkapan skola baru for sesi persekolahan next year.Ade laa sikit2 barang nak kene renew like kasut, beg and alat tulis.Baru semangat nak pergi skola.

  Tup Tap Tup Tap daa nak msok taun baru,soo ape azam korang next year???,zhairi dah terpikir daa,banyak azam ni,kalau nak tulis memey tak habis.So zhairi harap ape yg korang azamkan itu berjaya korang laksanakan.Jangan berazam je,realisasikan azam korang dengan bersungguh sungguh,In Shaa Allah,boley punye.

  Ape2 pon,zhairi punye azam yg paling utama ialah 9A SPM 2013,thats my priority now,yes now onwards.Kay laa,chow,wassalam

Selasa, 18 Disember 2012

Aizat Amdan Rsponse To Me!!!!!

Assalammualaikum,hye guys :)

  Tadi kan zhairi bkak twitter tau,sje nak tau result PMR kengkawan.Pastu zhairi ternampak Aizat Amdan punye tweet.Zhari pon test laa nasib tweet to Aizat Amdan.Tak Sangka beliau respons!!!!!! WOW,really really tak sangka.

  Zhairi memang da lme admire kat hasil seni dan bakat Aizat,klau bleh satu hari nnti zhairi pon nak jadi cam beliau.Klau nak tau die siap bagi tips lagi kat zhairi untuk menjadi songwriter.Best kan????

  Ok laa,ape2 pon im still one of the biggest fan of Aizat Amdan.....

  GTG,peace out,wassalam

Goodbye

Assalammualaikum,hye

  Lagu ni zhairi dedicate kat seseorang yg zhairi pernah ske dulu.Skang ni still teringat kat die.zhairi cube sedaya upaya lupekan die but takleh gak.Lagu ni memberi inspirasi kat zhairi to say goodbye to her.Semoga beliau ceria slalu :)

wassalam,peace out

Isnin, 17 Disember 2012

Aku Boleh Berjaya

Assalammualaikum,hye guys :)

Harini zhairi nak cite pasal satu topik yg mungkin ade relate ngan life korang.Pernah tak korang merasa diri korang ni tak pandai,tak istimewa,kurang sempurna,tidak berupaya dan mempunyai pelbagai kelemahan???,mesti pernah kan.Sebagai manusia zhairi pon rse yg sme jugak.Kadang2 kite rase cam dah putus asa ngan diri kite kan?? But tahukah anda kelemahan itu sendiri bleh memberi kite kekuatan.

  Kelemahan boleh membawa kpd kekuatan?? Whats the meaning?? Whats the meaning??? Ok here 's are the secret.Sebenarnye kelemahan korang tu boley korang adaptasikan menjadi satu titik kekuatan buat korang.Sebagai contoh,pernah tak kawan2 korang memandang rendah terhadap kelemahan korang.Contoh korang tak pandai math laa,kawan2 korang mesti memandang rendah kan.OK,mulai hari ini,kalau ade sesiape shj memandang rendah kat korang tak kire laa dari segi aspek ape pon,anggaplah ia sebagai satu cabaran wat diri korang dan jangan sesekali jadikan ia sebagai sindiran.Buktikan dekat mereka yg kita juga berhak berjaya.Sindiran mrk tu secara tidak langsung dpat memberi kita motivasi untuk berjaya.

  Tiada manusia yg sempurna dlm dunia ni,masing2 ade kelemahan.Malah org yg berjaya sekarang pon masih ada kelemahan individu yg hanya mrk sendiri ketahuinya.Apa yg membezakan ialah cara kita memandang dan mengatasi kelemahan tersebut.Pandanglah kelemahan itu sebagai punca untuk kita berjaya.Manusia dilahirkan sama shj,semua org berhak berjaya.Kegagalan masa kini bukan bermakna selamanya.Katakan pada diri kita sendiri setiap hari,AKU BOLEH BERJAYA.Banyakkanlah berdoa kpd yg Maha Esa agar diberikan bantuan kpd kita untuk berjaya.

  Akhir kalam,AKU BOLEH BERJAYA,peace out,wassalam

Cikgu Fadzilah

Assalammualaikum,hye :)

  Hrini zhairi nak cite pasal seorang cikgu yg zhairi amat kagumi,sanjungi dan hormati,cikgu fadzilah nmenyer,guru klas zhairi mse form 4.Zhairi cite sket pasal latar blakang beliau ni,menurut ceritanye,belaiu ni asal dari keluarga susah.Dok kat kampung,skola pon kat kmpong.Snang cite org susah laa dulu2.But atas keazamannya,die tlah berjaya menjadi seorang cikgu yg berkaliber.

  Beliau ni da ajar zhairi dari form 3 lagi,mule2 tu die ajar sivik n then skang ni ajar zhairi fizik.Cikgu Fadzilah ni cukup knal ngan perangai zhairi,da bley bace daa.Semenjak msok form 4 ni kan pelajaran zhairi terok gak laa,yg tinggi,tingi giler markah,yg rendah,rendah giler,nyawa2 ikan.Zhairi pon jadi down laa sbab bende ni.But cgu Fadzilah ni da bley bce daa,Beliau laa yg sekarang ni slalu memberi sokongan dan dorongan untuk zhairi.Cikgu Fadzilah slalu menasihatkan zhairi pada setiap ketika.

  Satu bende yg zhairi ske pasal cikgu fadzilah ni,susah nak nengok beliau ni marah or melenting.Senyum je spanjang mse.Kalau pelajar wat salah or tak dengar cakap pon die tegur ngan penuh berkhemah.Jasa dan pengorbanan beliau tidak terbalas oleh zhairi.

  Akhir kalam,hargailah cikgu2 anda yg slama ni banyak membantu korang.Mereka semua taknak ape2 pon,just nak tengok kite berjaya,sudah cukup buat mereka.Jasa dan pengorbanan mrk tidak terbalas dengan apa2 pon dimuka bumi ini.

  Ok laa,peace out,wassalam

Kito Oghe Kelate....

Assalammualaikum,hye :)

  Tetiba rase cam nak update something berkenaan keturunan zhairi sendiri.Untuk pengetahuan korang mak zhairi asal dari kelantan n ayah asal dari kay el,so zhairi ni half kelantan laa kire,boley msok gang lagi,haha

  Kalau cite pasal klate ni memey nok cerito dok habih,banyok benar speciallity.But yg paling zhairi ske pasal klantan ialah tradisinya itu sendiri.Oghe klate banyok tradisinye,daripada wau,pergi ke budu,dikir barat,nasik berlauk,longhat kelate itu sendiri dan yg paling penting skali bola sepak laa.Sape tak knal THE REDS WARRIORS,memey hebak sokmo,hehe

  Zhairi ni ade laa sket2 lidah klantan,buleh laa kecek klate tapi bunyi siam sket laa,haha.Mse ibu zhairi pantang bersalin adik dlu,zhairi tinggal kat kampung sebulan,soo secara tak langsung terpengaruh untuk kecek klate.

  Darah klantan masih ade lagi dlm diri zhairi.Zhairi nak tros kekalkan darah klantan ni dlm keturunan zhairi.Klau bleh bini zhairi pon nak orang klantan coz zhairi minat oghe kito,haha.In Shaa Allah,kalau jodoh tak kmane kan....

Akhir kalam,GOMO KLATE GOMO!!!!,walaupon membesar di kay el,mok yong tetap dihati,haha

wassalam,peace out

Kawan??Apa Ertinya

Assalammualaikum,holaa :)

Arini zhairi nak cite pasal satu topik nih.Zhairi percaya korang semua mesti ade kengkawan kan??of course laa kan.Semua org ade kawan,but adakah kite mengenali semua kawan2 kite?Ini harus kite renungkan bersama...

  Zhairi bercerita melalui pengalaman sendiri,setelah lime belas tahun hidup didunia yg fana ini(ceh ayat) zhairi daa jmpe pelbagai jenis kengkawan.Setelah msok zaman menengah barulah zhairi kenal yg mne satu kawan dan yg mne satu lawan.Bagi zhairi sendiri kawan ertinya individu yg sentiasa ada tak kira susah atau senang.Time kite jatuh die ade,time kite diatas pon diorang di belakang kite.Bukan senang nak jmpe kengkawan camni...

  Ape yg paling zhairi takot skali adalah mendapat kawan yg hanya hadir dikala kite senang shj.Individu camni laa yg paling zhairi tak ske coz mereke2 nih hanya mengambil kesempatan dikala kesenangan jer but time susah bayang2 pon tak nmpak.

  Kat sini zhairi nak list laa beberapa kengkawan yg slama ni zhairi knal n rapat sangat ngan zhairi.Mereka inilah yg selalu dibelakang zhairi,menyokong dan membantu zhairi dikala susah dan senang.

  firstly,Izzudin Aiman,seorang yg baik dan kuat agama,die ni zhairi dah anggap mcam abg zhairi sendiri.Die punye persahabatan ngan zhairi ni memang sampai akhiratlah zhairi ingat.Sampai satu hari zhairi muntah kat mesejid pon die tolong basuhkan.Bukan senang nak dapat kawan cam die ni.

  Secondly,harivin,seorang berbangsa india,pandai orgnye,selalu membantu zhairi didalam segenap sudut frasa kehidupan.Jasa die ni memang tak terbalas oleh zhairi.

  Thirdly,hasif,cute little guy,rakan sekelas zhairi,slalu membuat zhairi gembira n ketawa.Slalu gak membantu zhairi tak kira apa pon berlaku.Die ni memang satu otak ngan zhairi.

  Diorang ni laa yg slalu menceriakan hidup zhairi,mewarnainye dengan keikhklasan mrk.Ilove you guys really2 much.Zhairi harap korang pon akan mendapat kawan yg terbaik untuk diri korang.

  Ok laa,nnti zhairi update lagi,wassalam,peace out....

Ahad, 16 Disember 2012

Cinta Seorang Ayah

Assalammualaikum,

Sekadar renungan bagi semua anak2,pengorbanan seorang ayah......hayatilah

Wassalam...

Damailah Disana

Assalammualaikum,

Dua tahun lpas,zhairi menerima kenyataan bahawa org yg zhairi sayang sudah tiada lagi didunia ini.Che Mah atau zhairi panggil nyang(singkatan kpd moyang).Orang yg selama ini membesarkan zhairi dari umur zhairi 1 bulan sampailah besar panjang.

  Terdetik selalu di hati zhairi rase kesedihan dan kerinduan yg tidak terhingga kpd beliau,rase sedih dan hiba selalu bermain di dalam fikiran zhairi saat dirinya tergambar di minda.Orang yg slama ini banyak berkorban mase dan tenaga membesarkan dan melayan segala karenah zhairi sudah tiada lagi.

  Cita cita beliau ialah untuk melihat zhairi dewasa dan menjadi manusia berguna.Masih teringat lagi kata2 beliau"kalau panjang umo nyang bulehlaa nyang nengok kau bujang".Sering beliau mengungkapkan kata2 itu kpd ku.Tetapi Allah SWT lebih menyayangi beliau,belaiu sempat menjagaku setakat usia 13 tahun shj.

  Al Fatihah buat moyang tercinta.......

Seorang Budak

Assalammualaikum

Ini kisah seorang budak,
Budak biasa beremak berbapak,
Tiada bezanya,lahirnya kedunia,
Lengkap sifat cukup usia,

Setahun membesar dalam keluarga,
Ayahnya askar pertahankan warga,
Emaknya suri rumahlah tangga,
Punyai kakak berbeza usia,

Genap setahun mereka bersama,
Ayah pergi meninggalkan keluarga,
Emak dicerai,dibuang keluarga,
Pulanglah emak bersama anaknda,

Tempat berteduh sudah tiada,
pulang ke kampung,tempat asalnya,
Budak diberi,kpd neneknda,
Membesarlah ia dengan seadanya,

Hari ke hari budak dewasa,
neneknda dianggap sebagai bonda,
tempat ayahnda,diganti atuknya,
membesar tanpa mengetahui asalnya,

Hari ke hari,kenallah dirinya,
Akan asal usul dirinya,
Budak menerima dengan seadanya,
hanya terdiam tiada suara,

Budak sifatnya suka berdiam,
segala rahsia hanya dipendam,
usaha,ilmu,dicari mendalam,
akhirnya segulung ijazah digenggam.

Kini budak sudah dewasa,
Sudah menjadi ketua keluarga,
Panggilan ayah,tersemat didada,
dua anak tuhan kurnia,

Sungguh hiba hidup si budak,
sejarah lama enggan dibukak,
tidak pernah hidupnya berlagak,
jauh sekali bersifat bongkak,

Kini budak hidup selesa,
disamping keluarga yg tercinta,
budak inilah,kupanggil ayah
tempat meminta kasih dicurah.

Daniella


Assalammualaikum,hye.

 Zhairi nak share pasal salah seorang penyanyi youtube kegemaran zhairi iaitu Daniella (sori nme blakang tak ingat).And one of the most favourite cover yg zhairi ske karya die ialah lagu ni,radiohead-creep.

  Lagu ni ade laa sedikit sebanyak relate ngan life zhairi,sbab tu zhairi rase cam suke n cam nak nangis je dengar die nyanyi lagu ni.

  So zhairi harap korang enjoy,wassalam,chow :)

The Time Has Come

Assalammualaikum,hye semua :)

 Sedar tak sedar da nak masuk tahun baru buat kite semua.2013,itulah tahun yg akan menentukan masa depan zhairi n some others people.SPM,zhairi akan mengambil peperiksaan ini tak lme saje lagi,cuak giler kot.

  Sebenarnya f4 ni terus terang zaman down bagi diri zhairi sendiri.Semuanya berpunca dari sikap zhairi sendiri.Pelbagai laa peristiwa yg dah berlaku terutamanya berkaitan dengan pelajaran zhairi.Tahun gelap buat zhairi dimana zhairi berasa amat susah n hampir2 putus harapan.

  So segalanya bermula dari diri kite sendiri,kite yg akan menentukan mase dpan diri kite sendiri.Dengan ini bermulalah azam baru zhairi,saat dan detik ini,SPM is my priority,In Shaa Allah,denagn sokongan dan doa ibu bapa,bantuan kengkawan zhairi yg sentiasa berada di sisi,segalanya tidak mustahil lagi. Kejayaan yg lme harus dilupakan sama sekali dan jadikannya pendorong untuk mse hadapan.

  Segalanya bermula sekarang,ye sekarang,wassalam,peace out

Jumaat, 30 November 2012

Aku Yang Berdosa

Assalammualaikum,hi kengkawan

 Hari ni zuhairi nak share satu lagu yg agak baru drpd shahir yg zhairi rase banyak memberi keinsafan kpd zuhairi.N zhairi harap lagu ini dpat juga menyentuh hati dan memberi peringatan kpd kawan2 sekalian..

 OK laa,chow dlu,wassalam

Istanbul Memory

Assalammualaikum,hi guys :)

  Mesti korang terkejut tahap gaban tengok gambar ni kan,like OMG zhairi da ade gepren,haha.But officially zhairi single n available lagi laa.Ni zhairi nak cite,zhairi bru jmpe kawan zhairi ni kat fesbuk 3 hari yg lpas.Actually die ni tourist guided zhairi waktu kat istanbul blan tige yg lpas,snang cite kawan istanbul laa.Stlah puas mencari akhirnye jmpe gak.

  Die ni zhairi anggap mcam kakak sendiri dah n for your information nme zhairi kat istanbul bkan zhairi tau but HAIRI.Oh lpe lak nak bagi tau nme beliau ni.Nme beliau ialah Zumray Demir,cantikkan orangnye.Ni die tak pakai bedak lagi,kalau pakai bedak lagi cun,haha.

  I really2 hope dpat jmpe die lagi,skang ni aktif chatting kat fesbuk jer,but still okay,ade laa connection lagi kan.

  ok laa,im out,babai,wassalam.
 

Khamis, 29 November 2012

Rindu Baitullah AlHaram

Assalammualaikum :)



  Ya Allah,terase rindu giler kat kota Makkah Al Mukarromah n Madinah Al Munawwaroh yg zhairi pergi blan tige yg lpas,Rase rindu tu tak dpat diungkapkan same skali,rase kalau esok nak pergi pon boleh,tapi ye laa,keterbatasan bajet n wang ringgit,hopefully Allah sekali lagi akan menjemput zhairi ke rumahnye lagi,In Shaa Allah,wassalam

I Love You Bro

Assalammualaikum,hi korang.Jap,sblom korang pikir mcam2 psal tajuk ni zhairi nak menegaskan zhairi still lagi lurus,zhairi bkan gay,haha.Tak actually zhairi nak cite psal satu satunya best buddy zhairi kat dlam dunia ni.Namenye Muhammad Izzudin Aiman Bin Azlan,sebaye,baik orangnyer n kuat agama.

  Biar zhairi teros trang,sebenarnye zhairi dolu2 tak kawan ngan die nigh.Zhairi musuh die.Zhairi pon tak ingat nape zhairi tak suke die.But ape ape pon jadi member die ni banyak mengubah dunia zhairi kpd jalan keagamaan,Alhamdullilah.

  Setart je form 1,zhairi da mule kawan ngan die,mule2 bese2 jew pastu msok form 2 jadi bestpwen.Satu je masalah die,die suke bercerita pasal logik yg kebiasaannya para remaja akan tertidur atau lari sebelum mendengar,haha.Zhairi pon mle2 tak ske dengar die cakap but apabila zhairi dengar btol2 ape yg die omelkan tu,ade kebenarannyer.Zhairi sedar yg segala yg die cakap tu adalah benar dan berilmu serta menarik sebenarnya untuk didengar(ceh ayat nerd).

  So sampai sekarang laa zhairi member ngan die.Senang Cite beliau ni da mcam abang zhairi sendiri.Die slalu nasihatkan zhairi dlam segala aspek.Die slalu ade disisi zhairi waktu susah atau senang.Biarlaa org ramai kat skola ingat die ni pelik ker,freak ker,zhairi tak kisah sbab zhairi tahu beliau ni laa member zhairi yg paling setia.Pernah skali zhairi muntah waktu kat mesejid,die yg tolong zhairi bersihkan muntah tu.Klau Kawan lain mungking hanya membiarkannye sahaja,but not izzuddin.Gua kenang jasa lu sampai mati bro..

 Kpd Izzuddin,gua harap persahabatan kite kekal sampai akhirat In Shaa Allah,Wassalam

Rabu, 28 November 2012

Miss You Guys

Assalammualaikum,hi korang

  Semenjak cuti skola ni zhairi rase rindu giler kat memember sekelas like mael,arina,aina,hasif n many more,Ye laa,ni laa klas yg paling gempak yg pernah zhairi msok.Tgok kpd result final year mcam tak pasti lagi dpat satu klas ngan diorang tak,hmmm(sedih jap),But zhairi harap sangat leh satu gang ngan diorang lagi coz diorang memey owsome.

  Tahu tak ape yg zhairi ske sangat psal diorang.Zhairi ske sangat member ngan diorang coz diorang bleh terima zhairi seadanya.Memang kenangan ngan diorang taun ni tak dpat zhairi lupekan.Love You Guys

  Kay Kay,nnti zhairi update lagi,wassalam

FUHHHHH,berhabuk

Assalammualaikum,hi korang.Tiup sket blog ni,berhabuk,lame giler tak bkak.Last post pon tige bulan lpas.Hmm actually rindu giler nak tulis but takde mse,sibok study(haha,ayat taknak blah)

  Firstly,tahniah kpd Harimau Malaya yg tlah berjaya membaham laos 4 berbalas satu mlm smalam.Cayalah harimau malaya,walaupon kalah namun berjaya bangkit melawan semula.In Shaa Allah boleh mempertahankan kejuaraan pd taun ni.

 Hmm,skang ni cuti skola.Disamping menghabiskan mse dengan merenung dinding2 di rumah gua ni,zhairi ade gak plan beberape aktiviti supaye tak bosan.But my priority is study for Spm next year.Cam tak caye kan da nak masok senior year,but itulah kenyataannya.Sedih gak laa tgok result final year but ape leh wat,pasrah je laa.Barang yg lpas usah dikenangkan.So kekalkan momentum untuk berjaya for Spm next year.

 oklah nnti zhairi update lagi,babai

Ahad, 1 Julai 2012

Welcome July

Assalamualaikum,hye semua,sedar tak sedar dah masok july dah,sekejap je mase berlalu,dah nak hujung tahun.Rase macam bru semalam amik PMR,hehe.Tak lme lagi dah nak puase n masok bulan Ramadhan yg mulia,excited giler nak pose n berbukak puase,haha.Yg best skali pasal bulan ramadhan ialah ade baazar ramadhan,yeay.Time ni laa nak dapat makanan yg rare,setahun sekali je jumpe...jom serbu baazar tahun ni XD

  Lpas sebulan pose raye lak,musim meletupkan tangan n jari,hehe.Tapi yg paling best raye ialah family gathering,semua ahli keluarga berkumpul.Agenda pertama raye ialah mengumpul duit raye,tengok sape lagi kaye,hehe.Tapi taun ni tak tau laa dapat lagi ke tak,hehe maklumlah dah bermisai dah pon,bukan baby lagi,tapi semangat kebabyian tu masih ade didalam diri time raye,Taun ni mcam biase balik kelate,kampung halamanku.Raye ni naik lime kilo lagi laa,mne tak nye,raye pertama makan 7 kali sehari,melantak gulai n roti,raye kedua nasi dagang satu periuk dibedal,haha,sia2 je fit time ramadhan,but enjoy je laa XD

  Pose tahun ni zhairi berazam nak lagi baik drpd tahun2 yg lpas.Biar dpat banyak pahale,bile lagi kite nak mengejar pahale kalau tak time ramadhan,soo rebutlah peluang ni ye.Once more,Welcome July n Welcome Ramadhan.

  Kay im out,babai wassalam...XD

Smile,Just Smile To The World

Assalamualaikum,hye korang,zhairi haritu ade pergi satu kursus tau,kursus PRS kat inti college.Sejak daripada haritu zhairi belajar satu benda yg mengubah hidup zhairi iaitu senyum.Zhairi tak nafikan sejak zhairi msok ke alam remaja ni zhairi susah sangat nak senyum,tak tau nape.Zhairi kadang2 ade gak teringat mse zhairi kecik2 dlu,zhairi adelah seorang kanak2 rebina yg amat ske tersenyum,hehe,tapi setelah meningkat remaja,senyuman tu telah pudar ditelan waktu.

  Pada hari kursus tersebut,sebuah ceramah telah disampaikan oleh seorang pemuda yg dikenali sebagai celvin chang,pemuda berbangsa cina.Ceramah tersebut telah menyentuh sebahagian hati zhairi untuk kembali sedar dan tersenyum.Zhairi baru tersedar,ape yg zhairi hilang selame ni ialah senyuman,ya senyuman.Zhairi bru tersedar bahawa benda yg zhairi cari selama ini berada dekat dengan diri zhairi tapi zhairi sendiri tak leh nampak benda tu....

  SO zhairi sekarang berazam untuk lebihkan senyuman kerana senyuman adalah ubat yg paling berkesan didalam dunia ini.Biarlah kita dalam keadaan susah mahupun senang,sakit mahupun sihat,just smile,senyumlah kepada dunia seluas luasnya agar dunia tahu betapa kuat dan tabahnya anda XD

  ok laa,out dlu,wassalam,DONT FORGET TO SMILE

4S2

Assalamualaikum,hye korang,zhairi update lagi.Kali ni zhairi nak cite pasal kelas zhairi tahun 2012,iaitu 4S2 yg banyak mengubah idop zhairi sekarang,hmmm nak tau nape ok zhairi cite.

  Hari pertama sekolah tahun 2012,zhairi teragak agak jgak laa nak msok klas ni,harap maklumlah kelas sains kan,zhairi ni bkan terer sangat sains n math ni.Tunggu punye tunggu,hmm, masok gak laa klas sains ni,have a try first,kalu tak ske keluar laa kan(suke2 ati je)

  Saat nme zhairi diumumkan msok klas 4S2 ni,macam2 yg terbayang dalam fikiran zhairi,contohnye mcam kne buli ke,kne ejek ke sbab tak pandai or dipulaukan sebab zhairi ni bkan jenis sosial sangat n banyak laa lagi.Zhairi pon beratur untuk msok ke dalam kelas,dalam barisan tu ade gak kengkawan yg zhairi knal mcam hasif,syed shahir n mael.Sejak drpd haritu zhairi jadi classmate diorang...

  Hari berganti hari,mase pon berganti mase,tak sedar pon dah nak masok tujuh blan dah zhairi dalam kelas 4S2 ni.Tanggapan zhairi pada first day tu semua salah sama sekali.Inilah kelas yg paling gempak yg zhairi pernah masok.Tiap2 hari kiteorang ketawa n happy je.Stress pon takde.Klau zhairi kesusahan,diorang laa yg banyak membantu.Dengan kehadiran member2 spt syed,hasif(the cute guy,haha),mael,shahir,arina,waafa,imanina,aina,malen,joshua,n ramai laa lagi,mereka membuat zhairi senyum semula XD

  Tahu tak ape yg zhairi belaja drpd diorang?Hargailah member2 kite dalam waktu yg singkat ini,ye lah,nnti bile kite dah keluar drpd sekolah,semua ini hanya tinggal kenangan,soo zhairi sekarang nak buat seberapa banyak kenangan yg manis bersama diorang agar boleh zhairi kenang sampai bebila.Hargailah kawan2 anda n jadilah kawan yg baik...insyaallah

  Ok la,zhairi check out,ape2 catchup later kay,babai,wassalam

Jumaat, 29 Jun 2012

Kapel??? Trend Atau Keperluan

Assalammualaikum,yo semua.Zhairi update lagi.Hmm,arini zhairi nak cite pasal satu benda yg mungkin ade kait mengait ngan kowang.Bukan nak perli tapi ingatan kepada semua.

  Hmm,korang mesti tahu pasal kapel kan,okay skang ni persoalannye adakah kite sebagai seorang muslim boleh kapel.Jawapannye TIDAK SAMA SEKALI,haram,kerana kapel adalah salah satu jalan menuju zina yg amat ditegah dan dimurkai oleh Allah.Kenape?,baiklah,zhairi akan cube merungkaikannye...insyaallah

  Zhairi faham bahawa sebagai manusia,kite mempunyai perasaan suke dan menyukai orang lain,but tak semestinya kite kapel.Kerana ape,kapel adalah salah satu trend yg dimulakan oleh orang2 kafir yg dimurkai Allah.Nabi telah berpesan kepada kita bahawa seorang muslim haruslah membezakan diri mereka dengan orang kafir,soo kalau muslim itu sendiri mengamalkan trend kafir,adakah kita berbeza dari orang kafir??? Renungkanlah...

  Sebab kedua,kapel itu sendiri boleh menimbulkan fitnah dan menaikan shahwat seorang lelaki mahupun perempuan itu,dan ia seterusnya boleh membawa kepada maksiat dan kemurkaan Allah SWT.Bermula dari bertentang mata,berpegangan tangan seterusnya melakukan zina,tidakkah semuanya bertitik tolak daripada kapel,hmmm,sendiri mau ingatlaa bro

  Soo,kalau suke,just simpan didalam hati n takyah kapel2 ni. cukup berkawan biase.Kalau dah jodoh tak kemane bro.Berdoa dan yakin kepada Allah SWT. Hanya DIA lah yg mengetahui ape yg terbaik bagi kite sebagai hamba.Okaylaa,renungkannye,wassalam,chow

Khamis, 28 Jun 2012

Istanbul N Umrah Picture...

Assalammualaikum,hey guys,hari ni zhairi nak share my picture kat istanbul,Mekah n Madinah....enjoy







Yo Im Back

Assalammualaikum dan salam sejahtera kpd pembaca sekalian.Im back finnaly,selepas lme gak laa berehat panjang.Mesti korang nak tau kan zhairi pergi mne,hmm,actually bru lpas balik umrah.Not bru lpas ,lme gak laa.Tu tak sempat nak update.Lpas blik umrah busy nak catchup study n exam.Sedikit sebanyak membuatkan zhairi busy gak laa....hmm

  So zhairi skang lbih fokus kearaah pelajaran zhairi,maklumlah dah banyak ketinggalan,n busy gak with gitar,haha.Hari2 jamming.School like ussual,kawan2 pon mcam biase je,tak banyak sangat laa berubah.cme skang ni zhairi semakin happy with them.Hari2 semangat nak dtang skola.Diorang laa yg menjadi semangat zhairi skang ni,haha(ayat nerd).

  OK laa,ape2 nnti zhairi update later,babai

Sabtu, 17 Mac 2012

Ibu Dan Ayah,ANUGERAH TERINDAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera kpd para pembaca sekalian.Arini wa nak kongsi ngan lu orang pasal satu anugerah terindah yg Allah SWT kurniakan kat kite sume,iaitu PARENTS or IBU BAPA.kenape wa nak cite pasal ibu bapa ni kan,takde sebenarnya semalam mase wa duduk sensorang,wa teringat kata2 seorang ustad tu,ibu bapa adalah anugerah terindah yg dikurniakan oleh Allah SWT untuk korang.Btol ke,hmmm.Lets figure it out....

   Cube kite renung kembali wajah ibu kite.Wajah seorang wanita yg melahirkan korang ke muka dunia ini.N then tanye balik kat diri korang,SAYANG TAK AKU KAT WANITA MULIA INI.Cube korang tanye kat diri korang sendiri,sayang tak aku pada wanita ini,IBUKU.Kite renung kembali saat kite dilahirkan,wanita inilah yang bersabung nyawa dalam proses untuk melahirkan korang kat dunia ini.Wanita inilah yang menangis kegembiraan apabila mendengar tangisan pertama korang.Wanita inilah  yg telah mendakap korang sesudah korang dilahirkan,BESAR TIDAK JASA WANITA INI.Saat korang berusia 1 hari hingga hari ini,wanita inilah yg telah membesarkan korang,dengan penuh kasih sayang dan kesabaran,dari mula korang meniarap hingga boleh lari berganti ganti,wanita inilah yg telah membesarkan korang.BESAR BUKAN JASA WANITA INI.Wanita yg bernama seorang IBU.

  Ayah,seorang yg steady,dalam kemachoan disaat korang hendak dilahirkan,ade gak perasaan risau.Risaunye seorang ayah seakan akan beliaulah yg hendak melahirkan korang,haha.Cube kite lihat dan renung kembali wajah ayah kite,hensem bukan,haha.Kelihatan wajah yg indah,sabar dan penuh ketegasan.Saat selepas korang dilahirkan,lelaki inilah yg mendakap korang mengucup korang dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang.Lelaki inilah yg mengAzankan korang dengan perasaan gembira yg tidak terhingga.Lelaki inilah,dari hari pertama korang dilahirkan sehingga hari ini,menjaga dan membesarkan korang serta memberi didikan tanpa keluh kesah dan penat lelah.BESAR TAK PENGORBANAN LELAKI INI,lelaki yg bernama AYAH

   Hrgailah ibu bapa kita dan jagalah perasaan mereka denga penuh kesabaran sebagaimana mereka menjaga korang sewaktu korang kecil.Ingat tak lagi waktu korang meragam,ade mereka marah korang tanpa belas kasihan,ade mereka herdik korang tanpa simpati,mereka mengerti bahawa korang masih kecil.Sabar melayan ragam korang tanpa sebarang rungutan.Patutkah apabila kita sudah besar sekarang,kita mengherdik mereka,menghina mereka,melawan kata mereka,sedangkan mereka lah yg membesarkan kita,sudah tentu tidak sahabatku.

  Wa sebenarnye sedih sangat melihat insan2 yg dimuliakan Allah ini sekarang banyak ditempatkan dirumah rumah orang2 tua.Apa dosa mereka wahai sahabatku.Bertanya wa pada diri wa,APAKAH DOSA MEREKA SEHINGGA SANGGUP DIHANTAR KE RUMAH JAGAAN ORANG2 TUA.Dimanakah putera puteri mereka yg mereka besarkan dahulu.Jelas kelihatan kesedihan pada air muka mereka.Mereka tidak pinta kasih sayang daripada seorang jururawat atau penjaga dirumah tersebut.tidak mereka pinta harta yg menggunung dri anak mereka sebagai balasan,tidak mereka pinta kemewahan dunia,tetapi mereka hanya mahukan kasih sayang seorang anak yg pernah mereka besarkan dari sekecil tapak tangan hingga menjadi manusia berjaya.Dimana anak2 mereka wahai sahabatku,Fikirkanlahh....

   So hargailah ibu bapa kita,Insyaallah dijamin syurga,IBU BAPA ANUGERAH TERINDAH,wassalam

Jumaat, 16 Mac 2012

Puzzle Cintaku....

Assalammualaikum kpd para pembaca sekalian.Wa nak update lagi,yeay.Kali ni wa nak update pasal Puzzle cinta.Kemende laa puzzle cinta tu bro...haha,tu laa kite nak cite skang ni.

   Bagi wa cinta tu ibarat puzzle,lu orang tau tak puzle tu ape?Alaa,puzle yg slalu kite men waktu kecik kecik tu.Yg ade gambo pastu dipotong n dikerat n then dicampur campurkan untuk memeningkan pale otak kite,haa tu laa puzzle.Klau korang tanye Aizat Amdan,beliau mungkin kate cinta itu ibarat susun silang kata,yg terakhir untukku,sekian lama ku mencari,rupa rupanya didepanku....ha itu aizat,kalau tanye saiful apek lak,cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan,walau pedas hingga mengalir air mata masih mau dimakan juga.....itu kalau saiful apek.Kalau lu orang tanye wa,wa kate cinta itu umpama puzzle.kenape?hmmm

  Cinta itu umpama puzzle sbab kite kene susun puzzle cinta tu barula kite bleh nampak cinta yg hakiki itu.Kepingan puzzle tersebut dipegang oleh beberapa orang individu disekeliling kite.Contohnye puzzle tersebut terbahagi kepada empat.Kepingan pertama dimiliki oleh ibu bapa dan keluarga kita.Mereka memegang kepingan pertama sejak kita dilahirkan lagi.Kepingan kedua pula ialah dimiliki oleh kawan kawan kite.Kawan kawan kite memperolehi puzzle ini daripada kita sejak hari pertama kita memulakan persahabatan.Kepingan ketiga dan yang paling utama ialah milik Rassululah SAW,junjungan besar kita.Rassululah adalah pemilik mutlak kepada puzzle cinta kita.

  Kesemua puzzle tersebut datangnya dan berasal drpd Allah SWT.Allah SWT lah yg mencipta dan memiliki serta menganugerahkan puzzle ini kepada kita.Kepingan terakhir yg penting dan paling rahsia ialah Kepingan Jodoh iaitu pasangan hidup kite.Semua puzzle ini perlu disatukan untuk kite lihat sejauh mane dan setinggi mane cinta kita.Barang diingat,semua puzzle cinta ini milik Allah SWT yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Hargailah dan carilah puzzle cinta anda dan satukanlah untuk memperoleh cinta yg hakiki.

 WASSALAM

Kenangan PRS


Assalamualaikum kpd pembaca sekalian.Arini wa ade update video untuk korang.Ni wa wat sendrik tau.Video ni cite tentang sume kenangan wa ngan PRS SMKS4 BANDAR KINRARA.Hope enjoyed.... Wassalam


Tak Hensem Ke Aku?

Assalammualaikum kpd para pembaca.Update lagi,hehe.Tibe tibe wa nak cerita ngan korang pasal satu topik yg agak menarik iaitu tak hensem ke aq.Hmm itu persoalannyer,wa tanye same lu orang,tak hensem ke wa ni?Haha,wa sure sume pernah bertanya pada diri sendrik tak hensem atau tak cantik ke diri lu orang kan,ini yang wa nak bincangkan.

   Wa cite pengalaman wa laa kan.Bile kat sekolah je,maklumlah,wa ni diklasifikasikan sebagai seorang yg bertubuh agak besar dalam erti kate lain gemuk or gempal,haha.Jadi bile kat sekolah tu wa rase wa la lelaki yg paling tak hensem dalam sekolah tu.Awex pon taknak pandang wa.Bile balik kampong plak lain cite,wa tengok sume sepupu wa cantik2 n hensem2 belaka.Itu menjadikan wa rase wa laa cucu yg paling tak hensem antara cucu2 nenek wa.Itu menjadikan wa rendah diri dan rase agak terasing.

   Keadaan fizikal diri wa ni membuatkan wa rase rendah diri dan kadang kadang tertekan.Jujur wa cakap,wa pon nak jadi cam orang lain gak,hensem n adorerable.Wa pon slalu berangan jadi hensem dan diminati ramai wanita,haha.But itu sume cume angan angan.Bile kawan2 wa ejek wa gemok,ade laa sket terasa but still okey(walaupon dalam hati rase cam nak pijak2 je mamat tuh tapi cover line,haha).

  Tapi kini wa sedar,sume kengkawan wa nak kawan ngan wa bukan atas alasan kecantikan paras rupe wa.Yg paling penting hati kita ni baik,btol tak.Wa dah mula rase menghargai kekurangan diri dan mengasah kelebihan diri yg sedia ada.Kunci kepada kehidupan ini ialah percaya pada diri sendiri,jangan pikir ape yg orang nak kata kat kite,lantak pi depa.Yg penting kita yakin walaupon bagaimana pon fizikal kite,GEMOK,KURUS,PENDEK,HIDUNG KEMEK,KAKI TEMPANG,kite boleh jadi seperti orang lain.Kite berhak untuk merasa kite ni hensem or cantik.Tiada siapa yg berhak menghalang impian dan harapan kite.Lagipon Allah SWT tidak pandang fizikal hambanya,Allah SWT memandang kepada hati dan nurani hambanya.

  Kalau ade orang ejek korang,biarkan sahaja,sampai bile dia nak ejek korang.Yakin pada diri sendiri..ingat,sume orang hensem dan cantik dengan cara masing2,ok.Got to chow,wassalam

Cinta Itu Milik Allah

Assalamualaikum kpd member memberku sekalian.Arini wa taouching sket,ntah laa,tak tau nape.Actually,sejujurnyer sebab wa rindu kat dua insan,yup dua insan yang dah pergi meninggalkan wa.Satu tlah meninggal dunia dan satu lagi masih ade tapi tiada di dpan mata wa.Wa cite sket laa kat lu orang wa rindu sape....ok.

   First,actually wa rindu kat seorang perempuan ni,hmm,masih single,lawa n smart laa gak but die dah pindah skola.Wa bkan ape,yes wa pernah ske kat die but wa tak penah ngaku pon kat die.Time die nak pergi asrama baru wa admit yg wa ske kat die.Ok laa,wa bukak balik kisah lame yg masih segar dalam ingatan wa nih.Wa knal die waktu darjah empat,waktu tu die cute sangat but wa takde feeling pon kat die waktu tu,maklumlah,kecik lagi.N then masok skola menengah f1 sampai f3 wa klas ngan die,haa nak dijadikan cite mase f3 time nak amik PMR tibe2 bleh ske kat die.Nak tahu nape wa ske kat die,First die prety of course,and second die sporting,but yg paling wa ske pasal die ialah ketawa die.Sebenarnyer wa takot nak mengaku perasaan wa kat die,takot kene reject,haha tapi takpe dah lepas pon mende tu.Sambung pasal tadi,hmm wa suke sangat tengok die senyum n ketawa coz die nampak cantik sangat bile senyum n ketawa.Dan yg paling penting dialah sumber inspirasi dan semangat wa kat skola.But as i said,cinta itu milik Allah,mungkin cinta ini hanya pinjaman atau ujian kpd diri ini,atau mungkin cinta ini tertunda untuk masa akan datang,semua dah tertulis.Insyaallah,ade hikmahnyer.Wa cume harap die sudi menerima wa menjadi sahabatnya ....Insyaallah.

   Cinta wa yg kedua yg wa rindu sangat ialah aruah moyang wa.Beliau telah dua tahun meninggalkan wa.Wa dibesarkan oleh moyang wa sejak umo sebulan lagi.Beliau menyayangi wa seperti cicitnya sendrik(of course laa,haha).Yg wa terkilannye,saat die menghembuskan nafas yg terakhir wa takde disisinye,wa kat umah mase tuh,n then ibu wa call n bagitau moyang wa dah takde.Agak terkilan jugak kerana tidak sempat peluk dan kucupnye pada saat saat terakhir.Hanya sekujur tubuh yg layu sahaja dapatku kucup sebagai kenangan terakhir.But memori yg ade dlam ingatan ini akan ku remember sampai akhir hayatku.Al Fatihah buat Moyangku Tercinta,Kekasihku.Cinta ini milik Allah,tiada siape yg berhak menghalang cinta ini der.Sampai suatu saat akan ditarik balik cinta yg diberi.

   Hargailah cinta anda,bukan sekadar gupren or boipren but insan yg ada disisi kita skang ni terutamanyer ibu n ayah lu orang.Cinta ini hanya pinjaman,suatu saat pasti akan ditarik balik der,Hargai cinta anda,wassalam

Khamis, 15 Mac 2012

HIDOP INI DRAMA

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian.Tetiba memalam ni wa rase cam nak update blog n tetiba wa terpikir mengenai kehidupan di dunia serba fana ini(tetiba jiwang).Tapi btol,setiap hari kite smakin hampir ngan kematian n dalam tak sedar sudahkah kite memilih watak hidop kite untuk dilakonkan....ini yg wa nak kongsi.

   Kengkadang kan,wa rase idop wa ni macam drama sinetron pon ade,macam drama melayu pon ade,n ade skali tu wa berangan nak jadi macam cite twilight(euuu,OMG),tapi sume tu hanya angan2 wa je,sume orang berhak berangan,takde sape berhak stop kan korang daripada berangan.Mesti korang pon pernah berangan macam wa kan(haa kantoi),kalau pompuan tu,time kecik2 berangan nak jadi princess,time besor ni,layan cite korea berangan dialah heroin nyer tuh.Sbenornye tak salah korang nak pikir camtu,go for it,tak mustahil ape yg korang angan angankan tu akan menjadi kenyataan,kan.Silakanlah berangan kerana angan2 ialah kunci kpd perubaha dunia.

   Klau manusia tak berangan,mane mungkin terciptanyer ipad or i phone yg korang pakai skang tu.Mr Jobs,member wa,dulu time pakai henpon picit2,die mungkin dah terpikir vision untuk mencipta henpon yg memudahkan idopnyer,takyah nak picit memicit lagi dah,tinggal touch jer kan.Itu sume bermula dari angan2 tau,angan2 lah yg merubah dunia skang.

   Dalam idop ni ade memacam karakter,ade jahat,baik,romeo,juliet,makcik,pakcik,dan sebagainyer.Sume membawakan watak masing2.Tapi persoalannyer,adakah kite memilih watak yg btol untuk dilakonkan dan dipentaskan di seni kehidupan ini.Adakah cukup hanya watak itu untuk dibawa sampai ke mati,Fikir fikirkanlah.....

   Ape yg wa nak tekankan disini ialah setiap watak memainkan perana yg penting dalam kehidupan anda.Mungkin anda,ya ANDA yg bakal mengubah dunia ini menjadi lebih kehadapan dimasa akan datang,siapa tahu.Insyaallah,sumenye dah tertulis.The main point is,be yourself and sentiasa konpiden terhadap diri sendrik,kay.

  Okaylah,got to chow,wassalam n babai

Rabu, 14 Mac 2012

HELLO GUYS,IM BACK

Assalamualaikum kpd para pembaca yg budiman(ayat standart).Wow,agak lame gak saye tinggalkan blog ni atas alasan kebusy an yg memecahkan kepala jugak laa.Iye laa adat owang amik PMR,tido pon ngan buku,makan buku,sume buku la(ayat standart nak cover line tak bace buku).

    Cakap psal PMR,ni ade berita hangat tapi dah suam suam kuku gak laa pasal da lame berita ni wa simpan sowang2.Wa dapat 7A1B ngan berjayanya,WAHAHA,tahniah kpd diri wa sndrik kerana telah berjaya memberjayakan diri ini ngan jaya dan berjayanya,haha.Akhirnya dapat gak wa membuktikan kat dunia yg wa bleh wat tak kira ape pon yg mendatang dlam hidop wa.Alhamdullilah.

   Hmm,skang ni wa busy ngan gitar,AWEX,no no takde lagi,atas alasan tersendiri,hahaPRIVATE(btol ke eja ni).Sbonyer nak khabor,sjak msok f4 ni banyak busy laa macha.Lagi lagi blaja subjek bru,aduuussss,sakit kpala.Ni pon bru lpas exam,tgah cuti semester(ceh ayat universiti,Cuti Semester).Tah camno laa result exam aq,tkot kantoi je,susah bro.Tapi tak ape, gagal sekali bkan bererti gagal dua kali,gagal dua kali tak semestinyer gagal tiga kali,gagal tiga kali tak semestinyer gagal...Argh aq tak nak gaagal laa,kompom.Sebenarnye orang yg gagal ialah orang yg tak bangun dari kegagalannya sendiri,so jangan jadi penggagal,haha.

  Tingkatan baru,klass bru,aq tlah dikelaskan(maksudnyer diletakkan kelas same dengan) Hasif,Syed,Arina,Julia,Syahir,Mael,Malan dan yg sewaktu dengannyer.Wa cakap tros trang diorang memang cool.Saye ske kawan ngan diorang,haha(ayat kanak kanak ribena).Bkan ape,dah laa pandai,rajin2 plak tu(kalau diorang bace mesti tergelak),haha.Jujurlah,memang best klass ni,4SCIENCE2 2012.

  Hmm,ramai gak kawan2 aq yg da pindah,yg aq rindu skali Muaz(jangan salah faham kami bkan pasangan gay).Bkan ape,die seorang yg baik cecangat,n beragama,tu wa ske kawan nan die(muaz kalau bace ni kembang idong,haha).Wa rindu gak sume kengkawan wa yg da pindah,Shakif,Alifah Anis,Salman,Ali n ramai lagi laa.Wa doakan lu orang tros sukses n maju.

  Minggu dpan insyaallah wa akan pergi menerima jemputan drpd NYA ke tanah suci Mekah Almukarromah,insyallah bertolak pada malam rabu(ari selasa malam laa,20 hrbln 3 2012),pkol bape tak pasti dan kompom naik kapal terbang bkan berenang ke sana.Kapal tebang ape wa tak pasti tapi sure KAPAL TERBANG okay(takot korang ingat aq naik kapal laut,mau sebulan baru sampai,haha),insyaallah.Rase di hati best giler,maklumlah,umrah ni bkan sume owang bleh wat,bkan sume orang dapat seru,kan.Insyaallah,doa doakan keselamatan sye pergi n balik.

  Ok laa,ape ape nnti wa roger2 ngan lu orang kay,wassalam,bubai