Selasa, 25 Disember 2012

Getting Started,PRS

Assalammualaikum,hye korang

  Tak sabar rasenye nak masuk taun baru and bertugas untuk aktiviti Prs taun dpan.Senior da takde so batch zhairi laa plak yg akan mengambil alih tampuk pemerintahan,WAHAHA,rampasan kuasa,haha.Zhairi actually dah lme daa jadi one of the member PRS kat skola ni,mule2 mase form 1 tu rse amazed giler tengok senior2 PRS ni.PRS ni sempoi tau,die bkan macam pengawas,PRS tak banyak kerja.Kerja kiteorang pon relaxe n fun je.Dengan lineup PRS yg berkualiti taun dpan,(ceh),zhairi akan makesure tahun last zhairi sebagai PRS akan jadi best sesangat.

  Tak lpe jgak berdoa kpd Allah SWT agar semua urusan dibawah kendalian batch 2013 akan menjadi sempurna.Zhairi pon dlam mse yg sme rindu giler kot kat semua senior2 PRS yg zhairi dah anggap cam kakak n abang sendiri.Kenangan n pengalaman ngan diorang takleh ditukar ganti beb.Wish they all gud luck.Salute to you :)

  Kay laa,nnti zhairi update lagi,wassalam,peace out.

Around The Corner

Assalammualaikum,hi korang:)

 Rsenye dah lme gak zhairi tak update,busy sket laa kebelakangan ni,maklumlaa nak msok taun bru kan,2013,so makin banyak laa kerja yang perlu dibereskan sebelum tahun baru menjelma.Antaranya ialah beli kelengkapan skolah.Baru je lepas beli kelengkapan skola baru for sesi persekolahan next year.Ade laa sikit2 barang nak kene renew like kasut, beg and alat tulis.Baru semangat nak pergi skola.

  Tup Tap Tup Tap daa nak msok taun baru,soo ape azam korang next year???,zhairi dah terpikir daa,banyak azam ni,kalau nak tulis memey tak habis.So zhairi harap ape yg korang azamkan itu berjaya korang laksanakan.Jangan berazam je,realisasikan azam korang dengan bersungguh sungguh,In Shaa Allah,boley punye.

  Ape2 pon,zhairi punye azam yg paling utama ialah 9A SPM 2013,thats my priority now,yes now onwards.Kay laa,chow,wassalam

Selasa, 18 Disember 2012

Aizat Amdan Rsponse To Me!!!!!

Assalammualaikum,hye guys :)

  Tadi kan zhairi bkak twitter tau,sje nak tau result PMR kengkawan.Pastu zhairi ternampak Aizat Amdan punye tweet.Zhari pon test laa nasib tweet to Aizat Amdan.Tak Sangka beliau respons!!!!!! WOW,really really tak sangka.

  Zhairi memang da lme admire kat hasil seni dan bakat Aizat,klau bleh satu hari nnti zhairi pon nak jadi cam beliau.Klau nak tau die siap bagi tips lagi kat zhairi untuk menjadi songwriter.Best kan????

  Ok laa,ape2 pon im still one of the biggest fan of Aizat Amdan.....

  GTG,peace out,wassalam

Goodbye

Assalammualaikum,hye

  Lagu ni zhairi dedicate kat seseorang yg zhairi pernah ske dulu.Skang ni still teringat kat die.zhairi cube sedaya upaya lupekan die but takleh gak.Lagu ni memberi inspirasi kat zhairi to say goodbye to her.Semoga beliau ceria slalu :)

wassalam,peace out

Isnin, 17 Disember 2012

Aku Boleh Berjaya

Assalammualaikum,hye guys :)

Harini zhairi nak cite pasal satu topik yg mungkin ade relate ngan life korang.Pernah tak korang merasa diri korang ni tak pandai,tak istimewa,kurang sempurna,tidak berupaya dan mempunyai pelbagai kelemahan???,mesti pernah kan.Sebagai manusia zhairi pon rse yg sme jugak.Kadang2 kite rase cam dah putus asa ngan diri kite kan?? But tahukah anda kelemahan itu sendiri bleh memberi kite kekuatan.

  Kelemahan boleh membawa kpd kekuatan?? Whats the meaning?? Whats the meaning??? Ok here 's are the secret.Sebenarnye kelemahan korang tu boley korang adaptasikan menjadi satu titik kekuatan buat korang.Sebagai contoh,pernah tak kawan2 korang memandang rendah terhadap kelemahan korang.Contoh korang tak pandai math laa,kawan2 korang mesti memandang rendah kan.OK,mulai hari ini,kalau ade sesiape shj memandang rendah kat korang tak kire laa dari segi aspek ape pon,anggaplah ia sebagai satu cabaran wat diri korang dan jangan sesekali jadikan ia sebagai sindiran.Buktikan dekat mereka yg kita juga berhak berjaya.Sindiran mrk tu secara tidak langsung dpat memberi kita motivasi untuk berjaya.

  Tiada manusia yg sempurna dlm dunia ni,masing2 ade kelemahan.Malah org yg berjaya sekarang pon masih ada kelemahan individu yg hanya mrk sendiri ketahuinya.Apa yg membezakan ialah cara kita memandang dan mengatasi kelemahan tersebut.Pandanglah kelemahan itu sebagai punca untuk kita berjaya.Manusia dilahirkan sama shj,semua org berhak berjaya.Kegagalan masa kini bukan bermakna selamanya.Katakan pada diri kita sendiri setiap hari,AKU BOLEH BERJAYA.Banyakkanlah berdoa kpd yg Maha Esa agar diberikan bantuan kpd kita untuk berjaya.

  Akhir kalam,AKU BOLEH BERJAYA,peace out,wassalam

Cikgu Fadzilah

Assalammualaikum,hye :)

  Hrini zhairi nak cite pasal seorang cikgu yg zhairi amat kagumi,sanjungi dan hormati,cikgu fadzilah nmenyer,guru klas zhairi mse form 4.Zhairi cite sket pasal latar blakang beliau ni,menurut ceritanye,belaiu ni asal dari keluarga susah.Dok kat kampung,skola pon kat kmpong.Snang cite org susah laa dulu2.But atas keazamannya,die tlah berjaya menjadi seorang cikgu yg berkaliber.

  Beliau ni da ajar zhairi dari form 3 lagi,mule2 tu die ajar sivik n then skang ni ajar zhairi fizik.Cikgu Fadzilah ni cukup knal ngan perangai zhairi,da bley bace daa.Semenjak msok form 4 ni kan pelajaran zhairi terok gak laa,yg tinggi,tingi giler markah,yg rendah,rendah giler,nyawa2 ikan.Zhairi pon jadi down laa sbab bende ni.But cgu Fadzilah ni da bley bce daa,Beliau laa yg sekarang ni slalu memberi sokongan dan dorongan untuk zhairi.Cikgu Fadzilah slalu menasihatkan zhairi pada setiap ketika.

  Satu bende yg zhairi ske pasal cikgu fadzilah ni,susah nak nengok beliau ni marah or melenting.Senyum je spanjang mse.Kalau pelajar wat salah or tak dengar cakap pon die tegur ngan penuh berkhemah.Jasa dan pengorbanan beliau tidak terbalas oleh zhairi.

  Akhir kalam,hargailah cikgu2 anda yg slama ni banyak membantu korang.Mereka semua taknak ape2 pon,just nak tengok kite berjaya,sudah cukup buat mereka.Jasa dan pengorbanan mrk tidak terbalas dengan apa2 pon dimuka bumi ini.

  Ok laa,peace out,wassalam

Kito Oghe Kelate....

Assalammualaikum,hye :)

  Tetiba rase cam nak update something berkenaan keturunan zhairi sendiri.Untuk pengetahuan korang mak zhairi asal dari kelantan n ayah asal dari kay el,so zhairi ni half kelantan laa kire,boley msok gang lagi,haha

  Kalau cite pasal klate ni memey nok cerito dok habih,banyok benar speciallity.But yg paling zhairi ske pasal klantan ialah tradisinya itu sendiri.Oghe klate banyok tradisinye,daripada wau,pergi ke budu,dikir barat,nasik berlauk,longhat kelate itu sendiri dan yg paling penting skali bola sepak laa.Sape tak knal THE REDS WARRIORS,memey hebak sokmo,hehe

  Zhairi ni ade laa sket2 lidah klantan,buleh laa kecek klate tapi bunyi siam sket laa,haha.Mse ibu zhairi pantang bersalin adik dlu,zhairi tinggal kat kampung sebulan,soo secara tak langsung terpengaruh untuk kecek klate.

  Darah klantan masih ade lagi dlm diri zhairi.Zhairi nak tros kekalkan darah klantan ni dlm keturunan zhairi.Klau bleh bini zhairi pon nak orang klantan coz zhairi minat oghe kito,haha.In Shaa Allah,kalau jodoh tak kmane kan....

Akhir kalam,GOMO KLATE GOMO!!!!,walaupon membesar di kay el,mok yong tetap dihati,haha

wassalam,peace out

Kawan??Apa Ertinya

Assalammualaikum,holaa :)

Arini zhairi nak cite pasal satu topik nih.Zhairi percaya korang semua mesti ade kengkawan kan??of course laa kan.Semua org ade kawan,but adakah kite mengenali semua kawan2 kite?Ini harus kite renungkan bersama...

  Zhairi bercerita melalui pengalaman sendiri,setelah lime belas tahun hidup didunia yg fana ini(ceh ayat) zhairi daa jmpe pelbagai jenis kengkawan.Setelah msok zaman menengah barulah zhairi kenal yg mne satu kawan dan yg mne satu lawan.Bagi zhairi sendiri kawan ertinya individu yg sentiasa ada tak kira susah atau senang.Time kite jatuh die ade,time kite diatas pon diorang di belakang kite.Bukan senang nak jmpe kengkawan camni...

  Ape yg paling zhairi takot skali adalah mendapat kawan yg hanya hadir dikala kite senang shj.Individu camni laa yg paling zhairi tak ske coz mereke2 nih hanya mengambil kesempatan dikala kesenangan jer but time susah bayang2 pon tak nmpak.

  Kat sini zhairi nak list laa beberapa kengkawan yg slama ni zhairi knal n rapat sangat ngan zhairi.Mereka inilah yg selalu dibelakang zhairi,menyokong dan membantu zhairi dikala susah dan senang.

  firstly,Izzudin Aiman,seorang yg baik dan kuat agama,die ni zhairi dah anggap mcam abg zhairi sendiri.Die punye persahabatan ngan zhairi ni memang sampai akhiratlah zhairi ingat.Sampai satu hari zhairi muntah kat mesejid pon die tolong basuhkan.Bukan senang nak dapat kawan cam die ni.

  Secondly,harivin,seorang berbangsa india,pandai orgnye,selalu membantu zhairi didalam segenap sudut frasa kehidupan.Jasa die ni memang tak terbalas oleh zhairi.

  Thirdly,hasif,cute little guy,rakan sekelas zhairi,slalu membuat zhairi gembira n ketawa.Slalu gak membantu zhairi tak kira apa pon berlaku.Die ni memang satu otak ngan zhairi.

  Diorang ni laa yg slalu menceriakan hidup zhairi,mewarnainye dengan keikhklasan mrk.Ilove you guys really2 much.Zhairi harap korang pon akan mendapat kawan yg terbaik untuk diri korang.

  Ok laa,nnti zhairi update lagi,wassalam,peace out....

Ahad, 16 Disember 2012

Cinta Seorang Ayah

Assalammualaikum,

Sekadar renungan bagi semua anak2,pengorbanan seorang ayah......hayatilah

Wassalam...

Damailah Disana

Assalammualaikum,

Dua tahun lpas,zhairi menerima kenyataan bahawa org yg zhairi sayang sudah tiada lagi didunia ini.Che Mah atau zhairi panggil nyang(singkatan kpd moyang).Orang yg selama ini membesarkan zhairi dari umur zhairi 1 bulan sampailah besar panjang.

  Terdetik selalu di hati zhairi rase kesedihan dan kerinduan yg tidak terhingga kpd beliau,rase sedih dan hiba selalu bermain di dalam fikiran zhairi saat dirinya tergambar di minda.Orang yg slama ini banyak berkorban mase dan tenaga membesarkan dan melayan segala karenah zhairi sudah tiada lagi.

  Cita cita beliau ialah untuk melihat zhairi dewasa dan menjadi manusia berguna.Masih teringat lagi kata2 beliau"kalau panjang umo nyang bulehlaa nyang nengok kau bujang".Sering beliau mengungkapkan kata2 itu kpd ku.Tetapi Allah SWT lebih menyayangi beliau,belaiu sempat menjagaku setakat usia 13 tahun shj.

  Al Fatihah buat moyang tercinta.......

Seorang Budak

Assalammualaikum

Ini kisah seorang budak,
Budak biasa beremak berbapak,
Tiada bezanya,lahirnya kedunia,
Lengkap sifat cukup usia,

Setahun membesar dalam keluarga,
Ayahnya askar pertahankan warga,
Emaknya suri rumahlah tangga,
Punyai kakak berbeza usia,

Genap setahun mereka bersama,
Ayah pergi meninggalkan keluarga,
Emak dicerai,dibuang keluarga,
Pulanglah emak bersama anaknda,

Tempat berteduh sudah tiada,
pulang ke kampung,tempat asalnya,
Budak diberi,kpd neneknda,
Membesarlah ia dengan seadanya,

Hari ke hari budak dewasa,
neneknda dianggap sebagai bonda,
tempat ayahnda,diganti atuknya,
membesar tanpa mengetahui asalnya,

Hari ke hari,kenallah dirinya,
Akan asal usul dirinya,
Budak menerima dengan seadanya,
hanya terdiam tiada suara,

Budak sifatnya suka berdiam,
segala rahsia hanya dipendam,
usaha,ilmu,dicari mendalam,
akhirnya segulung ijazah digenggam.

Kini budak sudah dewasa,
Sudah menjadi ketua keluarga,
Panggilan ayah,tersemat didada,
dua anak tuhan kurnia,

Sungguh hiba hidup si budak,
sejarah lama enggan dibukak,
tidak pernah hidupnya berlagak,
jauh sekali bersifat bongkak,

Kini budak hidup selesa,
disamping keluarga yg tercinta,
budak inilah,kupanggil ayah
tempat meminta kasih dicurah.

Daniella


Assalammualaikum,hye.

 Zhairi nak share pasal salah seorang penyanyi youtube kegemaran zhairi iaitu Daniella (sori nme blakang tak ingat).And one of the most favourite cover yg zhairi ske karya die ialah lagu ni,radiohead-creep.

  Lagu ni ade laa sedikit sebanyak relate ngan life zhairi,sbab tu zhairi rase cam suke n cam nak nangis je dengar die nyanyi lagu ni.

  So zhairi harap korang enjoy,wassalam,chow :)

The Time Has Come

Assalammualaikum,hye semua :)

 Sedar tak sedar da nak masuk tahun baru buat kite semua.2013,itulah tahun yg akan menentukan masa depan zhairi n some others people.SPM,zhairi akan mengambil peperiksaan ini tak lme saje lagi,cuak giler kot.

  Sebenarnya f4 ni terus terang zaman down bagi diri zhairi sendiri.Semuanya berpunca dari sikap zhairi sendiri.Pelbagai laa peristiwa yg dah berlaku terutamanya berkaitan dengan pelajaran zhairi.Tahun gelap buat zhairi dimana zhairi berasa amat susah n hampir2 putus harapan.

  So segalanya bermula dari diri kite sendiri,kite yg akan menentukan mase dpan diri kite sendiri.Dengan ini bermulalah azam baru zhairi,saat dan detik ini,SPM is my priority,In Shaa Allah,denagn sokongan dan doa ibu bapa,bantuan kengkawan zhairi yg sentiasa berada di sisi,segalanya tidak mustahil lagi. Kejayaan yg lme harus dilupakan sama sekali dan jadikannya pendorong untuk mse hadapan.

  Segalanya bermula sekarang,ye sekarang,wassalam,peace out